Header Ads

ads header

Flash News

Tanpa Musa, Hajiji pilihan yang jelas, kata penganalisis


PETALING JAYA:
Seorang penganalisis politik berkata Hajiji Noor dari PPBM menjadi “pilihan yang jelas” sebagai calon Gabungan Rakyat Sabah untuk ketua menteri (KM), selepas Barisan Nasional memilih untuk tidak meletakkan bekas ketua menteri Musa Aman pada pilihan raya negeri.

“Ini akan membuatkan perbezaan ketara (kalau Musa bertanding) kerana ‘auranya’ sebagai bekas KM pasti akan mengatasi Hajiji,” kata Azmi Hassan dari Universiti Teknologi Malaysia.

Beliau berkata Ketua BN Sabah, Bung Moktar Radin, akan menjadi liabiliti kerana perbicaraan rasuah beliau masih sedang berjalan.

Hajiji dinamakan pakatan Gabungan Rakyat Sabah semalam, walaupun Pengerusi BN, Ahmad Zahid Hamidi, berkata gabungan itu membantah jawatan itu diserahkan kepada parti lain.

Azmi Hassan

Azmi berkata sekiranya BN berkeras mahu calon mereka dipilih, “ia akan memanjangkan isu KM dan memberi Warisan peluang untuk merampas kuasa”.

Dengan kompromi Umno ini, parti itu mungkin mendominasi jawatan Kabinet seperti memegang jawatan timbalan ketua menteri dan menteri.

Perselisihan dalaman BN

Awang Azman Pawi dari Universiti Malaya berkata perselisihan antara pemimpin Umno Sabah antara sebab BN “menyerahkan” jawatan KM.

Awang Azman Pawi

“Kalau diikutkan, semua pemimpin Umno membantah cubaan PPBM Sabah untuk mendominasi arena politik,” katanya.

Terdapat calon lain yang sesuai selain Bung dan Hajiji tetapi tidak diberi peluang. “Sekiranya Musa bertanding, beliau pasti akan menjadi KM.”

Azman menambah Hajiji sekarang perlu menunjukkan “kemurahan hatinya” dan tidak memonopoli kedudukan strategik seperti kementerian kewangan dan kementerian kerja.

“Serahkan ia kepada timbalan ketua menteri. Tidak akan berlaku perebutan kuasa kalau beliau buat begitu.”

#Sumber :    FMT

 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan