Header Ads

Header ADS

Akaun 1 KWSP bantu pulihkan ekonomi, tingkat kuasa beli rakyat


KUALA LUMPUR –
Dalam keadaan negara berhadapan dengan persekitaran ekonomi yang tidak memberangsangkan akibat Covid-19, kuasa beli rakyat sepatutnya ditingkatkan.

Melalui cara itu, ekonomi negara akan berkembang jelas Majlis Profesor Negara (MPN)  sekaligus membantu mengurangkan risiko pemberhentian pekerja di sektor tertentu.

Sehubungan itu MPN dalam satu kenyataan hari ini berpendirian kerajaan sepatutnya menerima cadangan untuk membenarkan pencarum mengeluarkan wang daripada akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).

“Dalam kontek ini, cadangan supaya KWSP membenarkan pencarum mengeluarkan secara one-off daripada akuan 1 dalam jumlah antara RM5,000 hingga RM10,000 amat dialu-alukan dan sepatutnya diterima oleh pihak kerajaan untuk dilaksanakan,” kata MPN menerusi kenyataan yang sama.

Selain itu pengeluaran wang caruman daripada akaun yang sama juga akan dapat membantu golongan yang diberhentikan pekerjaan akibat penularan Covid-19.

“Kepada pekerja yang diberhentikan seperti mereka yang terlibat dengan sektor pelancongan, penerbangan, perhotelan, pendidikan swasta dan lain-lain perkhidmatan yang terjejas teruk dengan krisis ekonomi, kemudahan tunai ini amat diperlukan untuk mereka memulakan kembali kegiatan bagi meneruskan kehidupan dan kesejahteraan mereka,” tambah MPN.

Untuk rekod, sebelum ini, pihak kerajaan telah memperkenalkan Skim i-Lestari KWSP di bawah pakej prihatan dimana dalam tempoh lima bulan dari April hingga Ogos 2020 di mana seramai 4.57 juta pencarum telah diluluskan untuk kerajaan yang membenarkan pengeluaran bulanan dari akaun 2 KWSP.

Jumlah pengeluaran iLestari adalah sebanyak RM7.48 bilion.

Demi melihat negara kembali pulih dari aspek ekonomi, kerajaan perlu memperhalusi cadangan yang sama, kata MPN.

“MPN melihat untuk negara kembali pulih daripada kemelut ekonomi pada masa akan datang, kerajaan perlu berjiwa besar dengan meneliti dan memperhalusi setiap cadangan dan idea yang diberikan tanpa mengira latar belakang politik.

“Fenomena yang luar biasa menuntut polisi dan kebijakan yang luar biasa, kepentingan rakyat dan kesejahteraan rakyat mesti diutamakan. Itulah norma baharu yang patut menjadi amalan kita,” kata MPN lagi. -MalaysiaGazette

 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


2 ulasan:

  1. Dalam Islam juga tiada sebarang dalil yang mewajibkan umatnya untuk menyimpan wang dan harta sebanyak mungkin atas alasan untuk hari tua. Islam mewajibkan umatnya untuk berbelanja harta di jalan Allah dan jika ada lebihan diwajibkan zakat bagi harta yang tertentu,ganjaran pahala berganda seperti mengeluarkan sedekah dll. Boleh dikatakan golongan yang tidak bersetuju pengeluaran bersyarat KWSP biasanya mereka yang telah mempunyai wang yang tidak habis di makan dan berada dalam zon selesa atas kerusi empuk .Mereka ini penganut fahaman ekonomi kapitalis yang di ajar oleh yahudi ataupun fahaman syaitan yang menakutan manusia menjadi miskin bila berbelanja dengan mengeluarkan simpanan. Alasan popular ialah kerana kononnya itu simpanan hari tua seolah olah mereka terlupa kepada perencanaan Tuhan yang telah di atur untuk manusia. Mereka lupa diluar sana lagi ramai orang yang tiada simpanan KWSP dapat meneruskan kehidupan di hari tua.Ketika dalam keadaan sekarang, ramai penyimpan sedang kesusahan seperti hilang pekerjaan,belenggu hutang dan lain lain, pengeluaran sedikit simpanan dijangka mampu merangsang ekonomi. Sila beritahu apa kerugian kepada negara dan para penyimpan sekiranya pengeluaran akaun 1 ini di benarkan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yea setuju sangat kwsp dikeluarkwn dlm tempoh pandemik ni..kebnyakkan kita yg bergaji kecik ni mengharapkan simpanan kwsp..nilah masanye untuk merasa duit kwsp di waktu zawan sukar ni..harap krajaan pertimbngkan..

      Padam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.