Header Ads

ads header

Flash News

Erdogan khalifah tidak rasmi


RAMAI yang kurang sedar bahawa saat ini umat Islam memiliki seorang pemimpin berstatus ‘khalifah tidak rasmi’ yang berjaya mengimbangi keangkuhan material, ketenteraan dan ideologi Barat.

Pemimpin itu berjaya mengimbangi antara kuasa ketenteraan Amerika Syarikat (AS) dan Rusia, menangani sekatan ekonomi AS, memupuk perjanjian perdagangan bebas sesama negara Islam (termasuk Malaysia), mengusahakan kestabilan Syria dan Libya serta memperjuangkan pembebasan Palestin daripada Zionis.

Terkini, pemimpin itu kembali terkehadapan mempertahankan kemuliaan junjungan besar Nabi Muhammad SAW daripada penghinaan berterusan pemimpin sekular Perancis, Emmanuel Macron. Pemimpin Islamis itu ialah Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan.

Selepas runtuhnya Khilafah Uthmaniyyah hampir 100 tahun lalu, umat Islam di seluruh dunia ibarat anak ayam kehilangan ibu.

Walaupun dikurniakan kekayaan sumber, populasi dan wilayah sebegitu luas, umat Islam berterusan menjadi hamba imperialis secara bergilir-gilir, menjadi hamba Portugis, Perancis, British, Belanda, hamba ideologi komunis Soviet dan hari ini majoritinya diperhambakan hegemoni AS.

Maruah dan wilayah umat Islam dipijak dengan dahsyat sekali oleh para imperialis – hingga ke tahap sebaha-gian umat Islam sendiri turut berasa malu dan hina dengan Islam, al-Quran, sunnah dan alim ulama.

Dalam tempoh ketiadaan khalifah, kiblat pertama umat Islam di Masjid al-Aqsa, Baitulmaqdis Palestin telah dijajah Yahudi Zionis. Wilayah dan hasil bumi umat Islam pula diagih-agihkan sesama imperialis dengan bantuan tali barut rejim tempatan dalam kala-ngan umat Islam sendiri yang kenyang dengan habuan duniawi yang sedikit.

Pandangan alam Islam diganti pandangan alam sekular yang didominasi material tanpa pertimbangan dosa pahala. Akibatnya, kekuasaan sistem kewangan AS dengan ‘petrodollar’ yang menggantikan sistem tambatan nilai wang dengan nilai emas Bretton Woods menyaksikan majoriti pemimpin dunia Islam pasca-Khilafah ibarat lembu kenyang.

Berjuang


Hasil persekongkolan mereka dengan pelaburan sistem riba ‘petrodollar’ – diperkukuhkan dengan sokongan politik dan ketenteraan Barat meskipun rekod hak asasi manusia mereka cukup buruk – pemimpin umat Islam ini memekakkan telinga dan membutakan mata terhadap penjajahan sistematik Zionis dan juga penghinaan berterusan terhadap agama Islam termasuklah kepada imej Rasulullah SAW.

Namun, hari ini Erdogan menebus kembali ‘dosa-dosa’ pemimpin umat Islam pasca-Khilafah. Tidak hanya be-retorik, Presiden Turki itu bertindak dengan sebenar-benarnya melalui kuasa ekonomi, politik dan ketenteraan. Di sebalik segala kekangan dalam sistem sekular Turki warisan Mustafa Kamal Attaturk, ditambah pula dengan hegemoni global AS pasca-Perang Dingin, Erdogan dengan ijtihad politik berhasil menterjemahkan visi Islamis dalam dasar luar Turki sejak tahun 2003.

Beliau menempelak Perdana Menteri Israel pada Forum Ekonomi Dunia, tidak henti-henti memperjuangkan nasib Palestin di PBB, membangunkan Iraq pasca-Bush, mengusahakan kestabilan politik Libya, Syria dan terkini di Cyprus Utara dan Azerbaijan.

Status khalifah tidak rasmi Erdogan turut diterjemah dalam dimensi sosio-budaya. Jika beberapa bulan lalu Erdogan berjaya mengembalikan semula status tapak bersejarah Hagia Sophia di Istanbul sebagai masjid, terkini beliau tidak berdiam diri dengan sikap hipokrit Macron. Presiden Turki itu mengecam Presiden Perancis sebagai ‘memerlukan rawatan mental’ atas sikap permusuhannya terhadap Islam. Malah, Erdogan juga menggerakkan usaha memboikot produk Perancis.

Hari ini, kita setidak-tidaknya mempunyai ‘suara’ khalifah tidak rasmi yang berani memperjuangkan kepentingan strategik dan maruah umat Islam.

Sama seperti Salahuddin al-Ayubi yang tidak meminta-minta untuk diiktiraf sebagai khalifah umat Islam meskipun berjaya membebaskan Baitulmaqdis daripada penjajahan Tentera Salib, begitulah juga sikap Erdogan yang kita saksikan hari ini.

Abdul Muein Abadi
Penyelidik PhD di Faculty of Governance and Global Affairs,
Leiden University, Belanda
   


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


5 ulasan:

  1. Ooo Allah.. permudahkn lah usaha dan urusan Tuan Erdogan untuk membela ugama dan menyatukan umat Islam.

    BalasPadam
  2. Kita telah melihat bagaimana KERAjaan Arab Saudi dan negara Arab Teluk dll menjadi barua Amerika Syarikat yang menjadi sekutu rejim pengganas Israel untuk memusnahkan Iraq dan Libya dll dan menggulingkan kerajaan Saddam Hussain, Muammar Gadaffi, Morsi dll kerana pemimpin-pemimpin Arab ini menyokong Palestin menentang rejim pengganas Israel.

    Sekarang umat Islam sedang ditindas di negara kafir oleh pemimpin-pemimpin kafir harbi yang bertopengkan 'demokrasi'. Negara-negara umat Islam juga ditindas jika negara tersebut enggan tunduk kepada kemahuan kuasa besar dan sekutu mereka.

    Oleh sebab itu, sudah tiba masanya dunia Islam memerlukan seorang khalifah baharu seperti Presiden Endorgan untuk melindungi umat Islam dan negara umat Islam.

    BalasPadam
  3. Terbaik erdogan, teruskan perjuangan. Kami umat islam berdiri mberi sokongan kpd anda.

    BalasPadam
  4. Terbaik Endorgan.. teruskan perjuangan demi Islam.. Endorgan tak perlukan serban dan jubah utk digeruni musuh.. Turki tak memerlukan agama rasmi Islam utk memartabatkan Islam sebagai kuasa pemerintahan.. Turki tak memerlukan ketuanan bangsa utk menjadi kuasa besar Islam didunia.. segala2nya akan menjadi dan diberkati Allah bila Islam itu dihayati dari dalam diri walaupun dimana kita berada.. bukan laung2an pertahankan Islam tapi hati penuh dendam makian pada kafir.. kita perlukan laungan2 Islam disertai hati penuh sifat ukhuwah dan sifat dakwah.. jauhkan sekali laungan2 pertahankan hak bangsa.. Islam tak ajar cara begitu.. kalau susah atau mundur wajib dibantu tak kira bangsa apa sekalipun sehingga mereka maju dan berdikari.. contohilah Indonesia.. mereka tidak perlu Islam sebagai agama rasmi tapi rakyat Islam mereka mampu melahirkan ulama2 yg terbilang didunia..

    BalasPadam
  5. Propaganda roket yang bertopengkan 'Islam' di atas mungkin ditulis oleh RBA ternakan roket untuk menghina dan menipu umat Islam dan menegakkan Malaysian Malaysia yang akan menghapuskan hak agama Islam dan hak kaum Melayu ISLAM sebagai penduduk asal negara ini di waktu umat Islam di India, China, Myanmar dll ditindas kerana tidak mempunyai kuasa politik.

    Sesungguhnya Presiden Erdogan juga membela hak kaum Turki yang beragama Islam di seluruh dunia.

    Model 'Islam' versi roket ialah liberalisme, sekularisme dan pluralisme iaitu matlamat menghalalkan cara iaitu ideologi sesat lagi menyesatkan.

    RBA menulis [Quote] contohilah Indonesia.. mereka tidak perlu Islam sebagai agama rasmi tapi rakyat Islam mereka mampu melahirkan ulama2 yg terbilang didunia.[Unquote]

    Komen di atas adalah contoh pembohongan RBA yang sangat jelas untuk menipu umat Islam.

    Fakta menunjukkan Islam bukan agama bagi negara Indonesia dalam Perlembagaan Indonesia maka kerajaan Indonesia memberikan kebebasan untuk mengamalkan pelbagai ajaran sesat seperti Qadiani, 'Islam' liberal dan syiah dan proses kristianisasi berlaku dengan pesat di Indonesia.

    Akibatnya umat Islam yang jahil tentang agama Islam mudah ditipu dan disesatkan oleh musuh Islam. Maka mereka akan murtad semudah menukar baju kerana kebebasan beragama yang melampau di Indonesia.

    Pemimpin dan ular-mak PANdir sanggup menjual agama untuk mendapatkan sedikit keuntungan dunia dengan 'menjual' maruah diri kepada puak kafir harbi roket.

    Maka mereka menjadi Syaitan bisu @ pasu bunga setiap kali pemimpin kafir harbi roket menghina Islam dan menafikan hak umat Islam.

    BalasPadam