Header Ads

ads header

Flash News

Muhyiddin tergugat jika tunduk rombak Kabinet kata AMANAH


Kedudukan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri dilihat akan tergugat jika Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu tunduk kepada desakan beberapa pihak yang mahu Kabinet dirombak.

Timbalan Pengerusi AMANAH Melaka, Datuk Sofi Abdul Wahab berkata, adalah satu tindakan tidak tepat jika Muhyiddin menurut permintaan Umno yang didakwa meletakkan syarat agar kerajaan menyingkir Menteri yang tiada jawatan utama di dalam parti.

Menurutnya, ini hanyalah satu episod desakan pertama pada mana pada masa akan datang, Umno sekali lagi akan melakukan desakan serupa sehingga Muhyiddin takut kehilangan sokongan.

“Sekiranya beliau tunduk kepada permintaan Umno ini, bila-bila masa Umno akan terus menekan beliau kerana kelemahannya berhadapan dengan rakan komponennya.

“Bila Muhyiddin tunduk dan menerima segala cadangan dan desakan Umno, maka sudah tentu ini menggambarkan beliau tidak mempunyai satu ketegasan.

“Pada masa akan datang, kita yakin Umno akan terus mendesak sekiranya mereka tak dapat apa yang mereka mahukan, sehingga Muhyiddin terpaksa tunduk kerana sedar mempunyai majoriti hanya dua kerusi sahaja,” katanya dalam satu rakaman video di YouTube hari ini.

Terdahulu, sebuah portal melaporkan bahawa Biro Politik Umno dikatakan memberi kata dua kepada Muhyiddin agar membuat rombakan Kabinet dan menyingkir Menteri yang tidak mempunyai jawatan utama dalam parti.

Menurut sumber portal berkenaan, permintaan itu dan beberapa permintaan lain dikemukakan kepada Muhyiddin oleh Ahmad dan Tengku Adnan dalam satu sidang maya.

Biro Politik Umno juga dikatakan mahu semua pelantikan Kabinet mewakili parti itu mengambil kira hierarki dalam parti.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan menegaskan bahawa berita yang ditularkan itu hanyalah spekulasi semata-mata.

Sementara itu, Sofi yang juga Adun Durian Tunggal berkata, sebarang perubahan sokongan dalam Perikatan Nasional (PN) dengan hanya dua kerusi, bakal merisikokan kedudukan Muhyiddin dan juga kerajaan yang diterajuinya.

Dalam pada itu beliau berkata, Muhyiddin perlu menimbangkan kesan sekiranya beliau menuruti kehendak Umno, kerana komponen parti yang lain juga boleh meletakkan syarat sekiranya Muhyiddin mahu mereka terus menyokong.

MR :  AMANAH nak prihatin kepada kerajaan PN? 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


3 ulasan:

  1. buat yang terbaik untuk malaysia khasnya keselamatan negara, kemakmuran ekonomi dan kesejahateraan rakyat, puak amanah dan puak2 desparado tidak akan berdiam diri selagi ada kedamaian di malaysia, apa yang mereka mahu malaysia sentiasa bergolak seperti bergaduh sesama sendiri di era pemerentahan ph.

    BalasPadam
  2. Sibuk nak jaga tepi kain org. Cuba pergi selak kain puak2 hang sendiri. Busuk kohong!!!

    BalasPadam