Header Ads

Header ADS

Nik Abduh yakin ahli Umno, Pas buang pemimpin yang rosakkan MN


Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz yakin seluruh ahli dan penyokong partinya dan Umno akan segera membuang mana-mana pemimpin yang cuba merosakkan Muafakat Nasional (MN).

Ahli Parlimen Bachok itu percaya seluruh pemimpin Umno dan Pas menjunjung MN yang “diikat kukuh dengan nama Allah”.

Walau bagaimanapun, dia mengingatkan kekeliruan yang berlaku tidak boleh menjadi punca dan alasan kepada kepanasan, kemarahan dan kebencian.

“Ia adalah ujian daripada Allah yang bertujuan menguji kekuatan dan kesabaran para hamba-Nya yang dirahmati.

“Tumpu kepada penyatuan, pemurnian dan kesepakatan. Hindari wasangka dan keraguan sesama sendiri. Kenali tipu daya musuh,” katanya dalam hantaran di Facebook.

Hari ini, Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan dalam satu kenyataan menyatakan kesemua 18 Ahli Parlimen parti itu menyokong kerajaan Perikatan Nasional (PN) dipimpin Muhyiddin.

Beliau turut menyeru seluruh Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) untuk terus istiqamah mempertahankan kepemimpinan Perdana Menteri dan kerajaan PN.

Mengulas lanjut, Nik Abduh menegaskan pentingnya MN dipertahankan kerana PN tidak wujud tanpa MN.

“Negara kita perlukan Muafakat Nasional demi kesejahteraan bersama. Tanpanya, tiadalah Perikatan Nasional (PN),” tegasnya lagi.

MN merupakan kerjasama politik Umno dan Pas yang secara rasmi memeterai piagam bersama pada Himpunan Penyatuan Ummah di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), 14 September tahun lalu.

Dari segi penguasaan Dewan Rakyat pada masa ini, Pas hanya mempunyai 18 kerusi berbanding Umno yang menguasai 39 kerusi Parlimen.

MR :  Rakyat tak suka politik 'klu klik' 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


10 ulasan:

  1. kalau belah umno h2o, khairy, anuar musa, kalau belah pas takiyudin.

    BalasPadam
  2. Ni baru nampak kenyataan tu bijak sikit.. kena paham yg UMNO bergabung dgn PAS membentuk MN.. bila dah ada MN segala kenyataan rasmi hendaklah dibuat senada dan seirama.. susah sama susah senang sama senang.. ni bila UMNO kena buli PAS buat bodo ja.. sibuk dok jaga kepentingan dia.. sepatutnya PAS kene jumpa Bersatu dan bagi amaran jgn dok buli gabungan dia.. barulah Bersatu tu ketaq sikit.. ni terus nak bagi sokongan kat Muhyidin ikut suka dia ja.. tak jaga pun perasaan UMNO gabungan dia.. kawan apa macam ni.. bila ada kedudukan dan pangkat terus nak tinggal kawan.. buat malu orang Islam ja perangai lagu ni.. buang ja Takiyudin tu.. Khairudin sekali.. UMNO pulak terajang Annuar Musa,Hishamudin, Ismail Sabri.. ni semua geng jilat Bersatu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sokong 100%. Pas kena main peranan. kena betul2 ikut acuan islam.

      Padam
    2. Pas berjuang nk selamatkan negara ..umno berjuang nak selamatkan parti..sb tu umno kena ikut rentak pas..pas pembangkang yg baik suatu ketika dulu ,skarang sebahagian kerajaan..manakala umno kerajaan dahulu yg penah tumbang dan kini bangkit menjadi kerajaan bsama pas dgn muhyidin dari bersatu menjadi pm..so pakat2 jagalah dgn sabar jgn sampai telepas jwatan pm ke anwar atau pH... Seeloknya umno ikut rentak PAS yg mahir politik matang dan sejahtera demi kedaulatan raja2 melayu dan rakyat

      Padam
    3. awanama 3.21 pagi, kalau betullah pas ini betul2 ikut Islam seperti mana yang tuan katakan, tegakkan lah keadilan. kalau sebelum ni pas n umno begitu mesra tapi tiba2 berubah bila siyidin jadi pm. si yidin yang kita sama2 tentang masa zaman ph dah jadi buah hati pada pas. si midin terang2an buli dan aniaya umno, pas buat dunno aje. lepas tu pas boleh claim islam le, berjuang untuk islam le, syumul le, macam2 lagi lah. kalau betul2 pas betul parti Islam as you claimed it to be so, i dare pas to uphold the true Islamic principles, BUKAN Islam pilih kasih.

      Padam
    4. PAS sokong muhyidin sebab Anuar tu dibelakangnya ada DAP. 9tersirat)
      UMNO sokong kiri kanan sebab nak selamatkan diri. (tersurat)

      tak perlu khuatir memikirkan jalan ceritanya dan berspekulasi.]
      politik ni sifatnya berubah, seronok diikut macam layan drama, tapi twist plot dan jalan cerita susah dibaca.. tanpa script dan dimainkan LIVE.

      teringat cerita polis...ada good cop dan bad cop masa soal siasat.
      masing-masing memainkan peranan untuk memastikan islam menang dan melayu mempeloporinya. the art of politics bro...
      MN tu terdiri dari pakar-pakar berpolitik tahap tinggi yang KINI sudah punya matlamat baru.

      Kita layan ja dulu... walau unorthodox semacam mana pun , itulah POLITIK MATANG DAN SEJAHTERA.
      Menarik jalan cerita zaman dajjal ni yer... what will happen next..?
      let the games begin..

      Padam
    5. Penny for thoughts for you en zul.
      Segahagian Pas n sebahagian umno ( takiyuddin n h2o nuar musa n sewaktu dengannya ) tiba tiba sokong yidin sebab jadi menteri n sekarang dah selesa.
      TIDAK semua dalam umno hendak melepaskan diri. contohnya dsnr (who else) memang mahu dirinya dibicarakan utk membersihkan dirinya.
      Akhir kalam ( malas nak tulis panjang2 ) yidin nika gee, jemin video n hamzah kereta terbang kena dipancung OR..... it's the end game for muafakat nasional. i kid you not man!

      Padam
  3. PAs mesti desak/perjuangakan isu2 keadilan, con.kes Adib bomba,dakwa kes2 berkaitan LTTE,kes video semburit,kes, Forex kes LGE, isu UEC, isu pembesar suara masjid di PP,isu Memali dll yg seumpamanya. Jg wajin tdk Bersekongkol dgn golongn rosak akhlak yg plg dilaknat Allah (LGBT). Barulah insyaa-Allah nmpak istiqamahnya pd perjuanhsn Islam menegakkan keadilan Dan menolak kezholiman

    BalasPadam
  4. Apa citer perjuangan HUDUD sm RUU355?

    BalasPadam
  5. Pemimpin pas mcm ini saya suka, dlm MN ada umno dan pas, bila kawan kena pijak kena buli kawan satu bangun tolong angkat dn naikkan ke atas, kawan ini lah yg terbaik utk jadi kawan, siapa kita tanpa tanpa kawan kita, jgn mudah lupa
    bila berada di atas, tanpa sokongan dia kita tdk berada d atas. ..

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.