Header Ads

ads header

Flash News

Penjawat awam tidak patut menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN)


KUALA LUMPUR:
Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) hari ini menyelar pihak yang berpandangan penjawat awam tidak patut menerima Bantuan Prihatin Nasional (BPN) kerana tidak terjejas oleh penularan wabak Covid-19.

Sambil menyifatkan kenyataan itu sebagai “pandangan sempit”, Presiden Cuepacs Adnan Mat berkata, pemberian BPN ialah untuk isi rumah dalam kategori B40 dan M40 tanpa mengambil kira mereka bekerja di sektor kerajaan atau swasta.

“Jika pendapatan isi rumah mereka lebih daripada yang ditetapkan, maka ia tetap tidak layak walaupun bergelar penjawat awam.

“Begitu juga di sektor swasta, jika pendapatan isi rumah lebih daripada syarat ditetapkan mereka juga tidak layak untuk menerima BPN,” katanya dalam kenyataan.

Beliau mengulas kenyataan seorang perunding kewangan menerusi program Sinar Live semalam yang menyatakan penjawat awam tidak sepatutnya menerima BPN kerana tidak terkesan atau tidak dipotong gaji sepanjang penularan Covid-19 serta pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP).

Adnan Mat.

Adnan juga menegaskan adalah tidak adil untuk mengatakan penjawat awam tidak layak menerima BPN hanya disebabkan mereka masih menerima gaji seperti biasa sepanjang PKP dan penularan Covid-19.

“Harus diingatkan sekali lagi, tidak semua pasangan penjawat awam turut sama-sama bekerja di sektor kerajaan.

“Ada dalam kalangan pasangan yang merupakan suri rumah sepenuh masa, bekerja sendiri seperti penjaja kecil serta bekerja di sektor swasta,” tegasnya.

Katanya, ada juga dalam kalangan pasangan terbabit dibuang kerja, tidak dapat berniaga dan terjejas pendapatan.

“Dalam hal ini, tidak kira sektor mana mereka bekerja, jika isi rumah itu mempunyai pasangan terjejas pendapatan, sewajarnya mereka dibantu, apatah lagi dapatan kerajaan mengelaskan isi rumah tersebut sebagai B40 atau M40.

“Justeru, adalah tidak adil jika kita melabelkan atau membuat keputusan dengan hanya melihat konteks yang sempit.

“Cuepacs percaya keputusan yang dibuat oleh kerajaan adalah adil dan memikirkan keseluruhan rakyat yang terkesan oleh Covid-19,” katanya.

#Sumber :  FMT

MR : Kalau nak ambil juga boleh, ambil dan letak di masjid atau berikan kepada yang memerlukan   


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


6 ulasan:

  1. Kerajaan telah menetapkan syarat untuk memohon bantuan BPN maka sesiapa sahaja termasuk kakitangan swasta dan kakitangan awam dll yang memenuhi syarat tersebut adalah layak mendapat bantuan BPN tersebut.

    Wang bantuan BPN tersebut akan digunakan oleh rakyat untuk membeli barang keperluan asas maka bantuan BPN tersebut menolong meringankan beban rakyat dan menggerakkan semula kegiatan ekonomi dalam negara selepas tempoh PKP.

    Malangnya masih terdapat sebilangan orang yang merasa sakit hati dan dengki terhadap rakyat yang mendapat BPN kerana hati mereka hitam berkarat.

    Inilah species 'rumah sudah siap, pahat masih berbunyi' yang suka mencari publisiti murahan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pakar ekonomi, Prof Madya Dr Mohd Yusof Saari berkata: .....

      "Di samping itu, inisiatif dan program bantuan yang terkandung di dalam Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (Prihatin) dan Penjana (Pelan Jana Semula Ekonomi Negara) sudah menunjukkan hasil positif ke arah pemulihan ekonomi," katanya kepada Bisnes Metro.

      Sumber:
      https://www.hmetro.com.my/bisnes/2020/07/604609/beri-kesan-kepada-pemulihan-ekonomi

      Padam
  2. utamakan yang betul betul terkesan dan hilang mata pencarian akibat covid 19. Bagi yang bergaji tetap rasanya tidak terkesan sangat.

    BalasPadam
  3. aku penjawat awam anak sembilan. aku bayar zakar lebih dari apa yang patut dibayar sbb niat nak bantu golongan yang memerlukan. bila ada bantuan BPN mcm ni, bukannya utk berbelanja mewah, dapatlah menyimpan sedikit utk keperluan anak-anak di masa akan datang.

    BalasPadam
  4. Aku pengusaha kantin di Pejabat kerajaan. Skrg 70% staff 'WFH' so Mana aku nak dapat income.

    BalasPadam