Header Ads

Header ADS

Presiden Pas dicadang jadi pendamai selamatkan PN


SHAH ALAM -
Sekretariat rundingan terdiri daripada pemimpin tiga parti iaitu Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), UMNO dan Pas perlu segera diwujudkan sebagai 'jaksa pendamai'.

Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Razali Idris berkata, ia bagi menyelamatkan kesatuan dan kesepakatan sedia ada sekali gus dapat mengekalkan pemerintahan Perikatan Nasional (PN).

Menurutnya, kewujudan sekretariat itu antara lain untuk memastikan persengketaan dalam soal perebutan kuasa dapat dielakkan agar kerajaan PN dapat memberi tumpuan kepada kesejahteraan rakyat.


"Bagi memastikan usaha pendamaian ini dapat dicapai perlu ada ‘political will’ atau iltizam politik, ‘political commitment’ (komitmen politik) dan juga ‘political sincerity’ (kejujuran politik).

"Perlu ada kelompok pendamai membabitkan tiga parti ini. Cukuplah berebut kuasa sebaliknya menumpukan kepada ekonomi negara akibat pandemik koronavirus (Covid-19)," katanya kepada Sinar Harian hari ini.

Mengulas lanjut, Razali mencadangkan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilantik sebagai 'pendamai' memandang Ahli Parlimen Marang itu dihormati dalam kalangan pemimpin Bersatu dan UMNO.

"Untuk menjayakan agenda ini secara bersama. Saya cadang Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai pencetus gerakan pendamaian ini. Dalam gerakan ini kita perlu satukan tiga parti ini.

"Iltizam yang utama ialah untuk menyelamatkan negara, komitmen politik untuk menyatukan kita dan berpendirian serta berpegang kepada janji yang telah dipersetujui bersama," katanya lagi.

Tambahnya, gabungan Bersatu, UMNO dan Pas merupakan sebuah gabungan terkuat Melayu Islam yang pernah dibentuk, sekiranya ia berpecah maka adalah sukar untuk membinanya semula.

#Sumber : SH 

MR :  Cadangan yang baik 


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.



10 ulasan:

  1. Orang yang istiqamah beramal dengan Islam pada waktu kalah dan menang, sentiasa diangkat martabatnya dan dimuliakan.Tidak meminta-minta jawatan.Apabila diberi, laksanaka dengan penuh amanah kerana dalam setiap keadaan ada pertimbangan dosa dan pahala. Semoga Allah memberkati TGHH walaupun sering dipersenda dan diperlekeh oleh puak PH

    BalasPadam
  2. Dalam Islam kene berdamai dgn semua pihak.. bukan pihak2 die je.. PAS pun kene berdamai dgm Amanah dan PKR.. barulah jadi contoh yg baik pada semua.. lagi satu PAS jgnlah bias dgn pihak2 berkepentingan.. dulu kemain baik dgn UMNO masa PH memerintah.. bila dah memerintah UMNO nak ditinggalkan plak UMNo ni utk menyokong Bersatu.. kan tak baik tu.. dah sama2 sekapal dulu buatlah sekapal.. kalau dulu sekapal dgn DAP dan berpecah mungkin orang boleh paham sbb agama... sekarang ni sekapal dgn UMNO dan sama2 melayu Islam pun PAS nak berpecah jugak.. ni sbb ape plak?.. nampak sgt dah mabuk kuasa, pangkat dan duit.. huhu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. 1.27,ko tak payah la buat Komen, cerita yg tak betul pasal PAS. Bila pulak PAS nk tinggalkan umno. Pas cuma ajak melayu bersatu. Tapi pkr ngan pan ni ,payahlah sikit. Muka aje melayu tapi bertopengkan dapigs. Jadi Pak turut dapigs, nak menghancurkan melayu ngan Islam.

      Padam
  3. Aku cadangkan Hadi usulkan hudud dan tutup kilang. Dah lama sgt x dgr citer 2 perkara tu. Walaun biawak mmg x igt dah. Balik2 meratip DapDapDap sejuta kali.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak payah tunggu hj Hadi la. Kau pun boleh buat. Tapi buat dgn cara lain la sikit. Itupun kalau kau ni mengaku orang Islam. Ke kau ni golongan dapigs, meroyan tak tentu pasal. Mcm org hilang kuasa aje. Marah sgt bila sebut nama dapigs. Kalau kau tak nak bantu nti orang cop kau macam komodo, bapak biawak.

      Padam
    2. Betul cakap Encik.
      Hello Tuan Awanama.
      Sila ambil perhatian.
      Hudud is not only the responsibility of PAS. Hudud is the responsibility of ALL Muslims !
      Kau faham tak ?
      Ertinya , jangan tunggu PAS nak bawakan usul ni , kamu juga perlu bantu PAS utk bawa usul ni.
      Kalau kamu tak sanggup bantu PAS , maka adalah tanggungjawab kamu utk bawa usul ini atas kapasiti kamu sendiri.
      Kamu faham tak ?
      Macam solat dan puasa. Siapa yang tanggungjawab utk laksanakan ? PAS kah ? Atau kamu sendiri yang tanggungjawab ?

      Hudud dan syariah Islam ini tanggungjawab semua umat Islam. Tau ! Kamu bila mati nanti gerenti kamu akan disoal. Gerenti. Itu sebab jikalau kamu tak larat nak pikul , jangan nak mengada kritk PAS tentang isu ni kerana jikalau kamu mengkritik maka tanggungjawab itu akan jatuh kepada kamu. Maka kamu tentu akan disoal oleh Allah kelak.

      Kamu jangan main-main. Perkara Hudud dan syariah ini perintah Allah bukannya perintah Tuan Guru Haji Hadi.
      Kau sedarlah.

      Padam
    3. aku perati ja hang ni awannama... jangan sampai aku mandrem hang..hahah

      Padam
  4. Smpi ugut nk mandrem. Blh jatuh syirik ko ni Zul..isytifar la

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.