Header Ads

Header ADS

"Tolak Anwar, tolak DAP" - Hishammuddin pula bersuara


KUALA LUMPUR:
Pemimpin-pemimpin UMNO nampaknya mula bersuara selepas tular sepucuk surat kononnya Presiden parti Melayu itu menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri yang baharu.

Terbaharu, Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menegaskan bahawa beliau tidak pernah menyokong Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu sebagai Perdana Menteri.

"Seperti yang dikatakan oleh Ahmad Zahid, beliau tidak boleh menghalang Ahli-Ahli Parlimen untuk menyokong Anwar.

"Tetapi jika surat itu benar, saya tidak mendapat maklumat, dan ini bukan pendirian saya (menyokong Anwar) sebagai Ahli Parlimen UMNO.

"Saya ingin menyatakan secara tegas bahawa saya tidak menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri," katanya dalam entri di laman Twitter, pada Sabtu.

Dalam kemas kini saya, bekas Naib Presiden UMNO itu mengulangi pendirian bahawa beliau secara konsisten menolak Anwar dan DAP.

Sebelum itu, Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin turut memaklumkan bahawa jika surat tersebut benar, ia jelas tidak mewakili pendiriannya.

Terdahulu, dalam satu surat bertarikh 11 Oktober 2020, yang didakwa dihantar Ahmad Zahid sendiri kepada Yang di-Pertuan Agong, Ahli Parlimen Bagan Datuk itu didakwa berkata, sokongan tersebut turut didukung ahli-ahli Parlimen UMNO.

Selain nama dan tandatangan Ahmad Zahid sebagai pengutus, surat tersebut turut dilihat mempunyai tandatangan ahli Parlimen Pekan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai saksi akuan berkenaan.

Bagaimanapun, dua jam lalu UMNO menafikan sekeras-kerasnya surat tersebut dan meminta semua pihak supaya tidak terpedaya dengan surat palsu berkenaan.

#Sumber :  Astro  

  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


16 ulasan:

  1. Apa2 je lah UMNO. Janji kerajaan PN kekal sampai PRU15. Kalau you all dengar nasihat President PAS, in Sya Allah, istiqomah hingga kemenangan.

    BalasPadam
  2. Sokong dap bermakna khianat kepada agama

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul..sokong DAP adalah PENGKHIANAT AGAMA dan BANGSA...lalu DSAI , TUN MAHATHIR dan MAT SABU dalam PUAK apa untuk macai2 PAKATAN HARAPAN letakkan ???...FASIK..MUNAFIK..@..MAKSUM..???

      Padam
    2. Sokong h20 bermakna....... ( aku nak sambung tapi aku dah berazam nak berhenti mencarut )

      Padam
  3. Sokong PN bermakna sokong pengkhianatan yg takde dalam ajaran agama Islam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Orange Gila je yg kata PN pengkhianat Dan org Gila juga yg kata PH membela rakyat, menolak rasuah Dan banyak lagi.

      Padam
  4. Sokong PN makna pengkianatan? Apa tu. Khianat untuk elak mungkar PH,adalah betul.PH naik,bukan Islam berlumba persendakan Islam.PAN kunci mulut sebab nak jaga DAP tapi guna slogan rahmatain alamin. Rasuah pemimpin PH setelah 22 bulan berkuasa tiada tandingnya.Bising tentang rasuah,tentang kleptokrasi,malaysia miskin.Semua tu hancing.Atuk sibuk sidang media umum nak jad PM, PM MY pula sidang media beri duit kepada rakyat.Sangat berbeza.Bye-bye PH.
    Dulu undi PH, la ni sorryyy ye.PH sila masuk kubur

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau sokong jemin video macam mana pulak. apa komen pas?

      Padam
    2. Ini permainan kotor Puak2 PH. Close kes bro.

      Padam
  5. rakyat memang dah tau lama kat dalam jiwa ko cuma ade Mahathir dan Jemin je.. ko sanggup jadi barua 2 ekor ni.. ko bertahan duduk dalam UMNO demi menyalurkan maklumat sulit pada Mahathir dan Jemin.. ko yg patut UMNO tendang keluar.. Anwar pun tak perlu sokongan kau tu..

    BalasPadam
  6. Mengapa hanya TOLAK NUOR DAN DAP?
    MADEY?

    Akar umbi/penyokong umno mau TOLAK ANWAR DAP MADEY.

    Jadi utk madey yes? Teringat dulu ada gambar viral termasuk jumpa jemin.

    BalasPadam
  7. HANYA TOLAK ANWAR DAP.
    ADAKAH UTK MAHATHIR YES?

    JIKA YES UTK MAHATHIR BERMAKNA YES UTK DAP. KERANA KRONI MAHATHIR ORG KAYA DAP? PENYUMBANG DANA DAP?

    BalasPadam
  8. Siapakah 3 sekawan yg selalu diwar warkan sebagai kaki mahathir dlm umno?

    Tak mustahil maklumat dalaman umno disalurkan ke pihak musuh.

    BalasPadam
  9. Masa umno jatuh selepas pru14 kau diam? Umno dihina semasa jatuh kau diam? Umno di perlekehkan bersatu kau diam? Dlm parlimen zmn ph kau diam? Taknak lawan pm madey? Umno tarik gear dgn bersatu kau setangkas kilat menjawab. Dgn surat palsupun kau dah sawan. 2 menteri umno naik sawan dgn surat palsu.

    Nasib baik ada akar umbi dan penyokong umno yg menaikkan umno kembali membolehkan kau muncul.

    Kau bkn pemimpin tertinggi umno tapi jd menteri. Dpt restu atok ke?

    BalasPadam
  10. Cerdiklah sikit wahai pemimpin2 Melayu..hentikanlah ketamakan dan perebutan kuasa yg boleh menghancurkan agama, negara dan bangsa..kami rakyat dah bengong dgn perangai kamu

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.