Header Ads

ads header

Flash News

Game atas Game


GAME 1

Kenapa Najib bangkitkan isu duit KWSP? Tak lain tak bukan kerana Najib tahu kedudukan kewangan KWSP. Najib arif yang KWSP tak punya cukup tunai untuk diberikan kepada pencarum. Najib mahu ambil peluang di situ.

DS Anwar pada awalnya tidak bersetuju duit hari tua rakyat diusik. Tapi kemudian ubah pandangan apabila melihat ada keuntungan di situ. Ini pelik kononnya bekas Menteri Kewangan terbaik dunia ikut bekas Menteri kewangan terburuk dunia.

Pertama, rakyat memang perlukan duit. Dan kedua, PN takkan mampu tunaikan. Ini akan buatkan rakyat marah kepada PN dan itu menguntungkan PH.

GAME 2

PN asalnya berkeras tidak mahu beri duit KWSP. Berbagai-bagai episod sedih cuba diketengahkan. Termasuklah cerita KWSP terpaksa jual aset.

Tetapi kemahuan rakyat terhadap duit mereka tak dapat dibendung. PH dan UMNO gunakan isu itu dengan cemerlang untuk menolak bajet seterusnya menjatuhkan PN tanpa dicap sebagai derhaka kepada YDPA malah disokong oleh rakyat.

Dengan anggapan PH tidak mungkin akan menyokong bajet, PN mengambil langkah berani mati. Tanpa diduga, Menteri Kewangan menyatakan persetujuan kepada tuntutan pembangkang di saat akhir iaitu ketika sessi penggulungan, bersandarkan 2 natijah.

GAME 2 - NATIJAH I

DSAI gagal dapatkan bilangan number yang mencukupi untuk merampas kuasa. Maka PN dengan bangganya berkata yang DS Anwar hanya menipu. Kemudian mereka dengan bangga berkata mereka memang kerajaan yang cukup majoriti.

GAME 2 - NATIJAH II (a)

DSAI cukup numbers, Muhyiddin akan bubar parlimen. Kemudian PN akan masuk PRU dengan sentimen PH derhaka titah YDP Agong. Dan lagi, PRU terpaksa diadakan ketika Covid-19 kerana PH gila kuasa.

Mereka akan kata lagi, walaupun tuntutan PH sudah ditunaikan, tetapi kerana terlalu ingin rampas kuasa, DS Anwar enggan terima dan akibatnya rakyat yang terpaksa tanggung.

Rakyat akan berasa geram dan rasa dimangsakan. Akhirnya mereka luahkan kemarahan pada kertas undi. PH tergolek dan terkubur.

GAME 2 - NATIJAH II (b)

Mahathir dengan licik akan mendapatkan sokongan dari beberapa kumpulan dalam Umno dan juga PH, kemudian dengan sokongan lalang dari Borneo, dia mampu mengumpul numbers dan menghadap YDP Agong untuk jadi PM kali ketiga.

GAME 3

Secara tiba-tiba DS Anwar tidak menyokong undi belah bahagian. Secara tidak langsung Belanjawan 2021 dikira lulus di peringkat dasar.

Menteri Kewangan ternganga. Mana nak cari dana untuk tunaikan apa yang disebut dalam penggulungan tadi. Sekarang PN dah terjelepok dalam perangkap sendiri.

Mahathir juga meroyan. Sepatutnya dia dapat buktikan DSAI tak cukup sokongan. Dan kalau cukup pun, dia sepatutnya dapat mencilok tang konar dan menjadi PM untuk kali ketiga. Sebaliknya dia pula kelihatan tiada sokongan.

Semuanya kerana DS Anwar dah tukar permainan. Kononnya muncung senapang tertuju ke mulut Muhyiddin dan Tengku Zafrul. Mahathir pula terbelit dalam simpulan yang dia buat sendiri.

Tapi malangnya muncung senapang ke atas DSAI sehingga wujud keenyataan DSAI akan letak jawatan sebagai Ketua Pembangkang dan PH jika tak boleh jatuhkan Muhyiddin selepas 7 hari.

******
Ini telahan secara logik berdasarkan pemerhatian. Nampaknya game ini makin menarik. Kerana lain dirancang, lain yang terjadi. Sekarang siapa pun tak tahu apa rencana seterusnya.

Tulisan ini berdasarkan pemerhatian aku terhadap apa yang berlaku. Tiada sumber rasmi dari mana-mana parti mahupun individu.

.
- R a j a G e l a p -




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


4 ulasan:

  1. So dlm hal ni apa fungsi Pas? Citer hikayat puteri gunung ledang? Mana si penglipur lara tu skrg?

    BalasPadam
    Balasan
    1. mabuk ketum 1253 dan DENGKI DGN PAS...PIHAK LAIN yang main dan kena GAME... PAS yang dsalahkan. PAS TIDAK MABUK DAN KEMARUK KUASA dan jawatan.masuk praya pun sebagai tggjwb demokrasi berparlimen,TGHH pun menolak ura2 sbgai tpm..sanggup jadi nelayan.

      Padam
  2. PAS tetap disalahkan oleh pendengki.PAS tenang sekarang ini dan terus kerja dengan amanah yang diberi.PAS tidak perlu kecoh kerana manusia profesional lagi hebat dan hebat sudah keluar masuk pAN anak butir DAP.30 tahun PAS merintah kelantan tiada rasuah.22 bulan PAN masuk jadi kerajaan,org kanan Mat Sabu dituduh rasuah juta2.
    PAS parti paling tenang tanpa kecoh dan kepoh.

    BalasPadam
  3. PAS relax je... Fungsi asal sebagai wakil pd rakyat, bukan nak ikut2 game org2 bodo tu..

    BalasPadam