Hubungan dengan Anwar mesti dipertahankan, kata AMANAH
Presiden AMANAH Mohamad Sabu menegaskan hubungan AMANAH dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sudah dibina sejak 20 tahun yang lalu mesti dipertahankan.
Bagaimanapun menurut Mohamad di sebalik semua pihak mempunyai kelemahan masing-masing ianya perlu diperbaiki.
“Begitu jugalah di dalam Pakatan Harapan yang menggabungkan tiga parti iaitu AMANAH, DAP dan PKR.
“Yang lebih utama bagi kita adalah kesatuan dan persahabatan.
“Dalam masa yang sama kita sentiasa mencari jalan memperbanyakkan kawan dan mengurangkan lawan. Inilah sikap saya,”katanya.
Hal yang sama berlaku dalam perhubungan Mohamad dengan Tun Dr
Mahathir apabila ada suara menasihatkannya untuk meninggalkan Tun
Mahathir dan menghentam beliau, Mohamad katakan tidak.
“Kita telah bekerjasama dengan beliau, sama-sama sepentas melawan kerajaan Kleptokrat yang sangat berkuasa, mengenali di antara satu sama lain, masakan saya hendak memaki hamun beliau,” ujarnya.
Ketika berlawan dengan BN yang dipimpin oleh Dr Mahathir sebelum ini,
beliau bersungguh-sungguh berlawan sehingga ditahan di bawah Akta ISA
sebanyak dua kali, namun setelah bekas perdana menteri itu menubuhkan
Gerakan Selamatkan Malaysia untuk melawan BN pimpinan Najib Tun Razak
AMANAH menghulurkan tangan untuk bekerjasama.
“Maka kita terus bekerjasama dan bergabung di bawah Pakatan Harapan.
“Kerja keras yang kita lakukan telah berjaya di dalam pilihanraya yang lalu dan mengambil alih kerajaan pada Mei 2018,” katanya.
Katanya, apabila AMANAH bergabung ianya sukar untuk berpisah malah sentiasa mencari titik persamaan dan melupakan perbezaan silam dan ianya membuahkan kejayaan.
“Begitu jugalah halnya apabila kita bekerjasama dengan PKR pimpinan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.
“Di dalam kerjasama ini, setiap orang ada kelebihan dan kelemahan.
Tetapi apabila kita sudah bergabung amat sukar untuk berpisah disebabkan
lamanya perhubungan sesama kita dan kesamaan titik perjuangan,’
katanya.
Pada pengundian undi belah bahagi Belanjawan 2021 Khamis lalu, hanya
13 orang sahaja Ahli Parlimen Pembangkang yang bangun menolak belanjawan
itu menyebabkan ia diluluskan.
Sehubungan itu, Anwar Ibrahim mengaku telah membuat keputusan sebagai Ketua Pembangkang untuk mengarahkan agar tidak menyokong dan menolak cadangan undi belah bahagi dalam Dewan Rakyat.
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com







©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
jika amanah terus mendokong anuar..,bererti amanah akan disisihkan oleh rakyat..,tak mustahil lama kelamaan amanah akan lenyap ditelan zaman...
BalasPadampimpinan dalam amanah, pkr hari ini, bukan jenis pemimpin yg diidamkan oleh rakyat malaysia, khusus umat melayu Islam...
Ya betul.,kuburkan amanah pengkhianat
Padammesti kena tahu sejarah puak2 yang mahukan penubuhan amanah ( google lah sendiri ), secara rengkas amanah adalah diasakan atas restu dan sokongan dap, dap bersetuju membiayai amanah dalam penubuhannya, parti amanah penganti parti pas dalam perikatkan bersama dap dan pkr, tak kemana pun islamnya parti amanah tu.....melainkan....
BalasPadamMasa DAP hina Islam, PAN kunci mulut sebab takleh tegur,sebab rahmataian alamain.kalu DAp dihina atau diketuk, PAN akan berdiri dihadapan sekali mempertahankan majikannya.Tu sahaja perjuangan PAN.jangan harap nak bela Islam.Ust Ahmad Awangpun bisu sekarang.
BalasPadamUstaz ahmad awang ulama terompah kayu,diam bila islam di hina dap,
PadamTu pun puak PAN rasa perjuangan betul??
Tu aku berani kata kat puak pan nie buta perut dalam perjuangan untuk agama dan rakyat.
Padan la mat sabu keluar pas pun buat semak perjuangan Pas saja.
patut lenyap pong,....amanah ni.
BalasPadamPAN parti Lebai yg kecewa apabila PAS x mahu sodomi dgn DAP,namun Kebai2 yg kemaruk nak sodomi dgn DAP pung buat party PAN kini mrk telah ouas dgn DAP ingin sodomi dgn PETAI
BalasPadam