Header Ads

Header ADS

Kalau BN (UMNO) lawan PN (PAS + BERSATU) pada PRU-15, Agaknya UMNO boleh pertahan kubu mereka?


Saya antara orang sayang gembira apabila UMNO dan PAS boleh bersama dalam Muafakat Nasional. Saya lagi gembira sebelum ini ada kenyataan bahawa BERSATU diajak bersama dalam MN.

Tapi malangnya bila PN memerintah hampir 7 bulan, ada segelintir golongan dalam UMNO mula mengapi-apikan hubungan UMNO-BERSATU.

BERSATU tak menyertai MN. Penubuhan PN menjadi kelam kabut, PAS sertai PN. MIC sertai PN kemudian keluar bila ada desakan daripada UMNO.

MN kurang mesyuarat memang salah satu sebab covid-19, tapi sebab lain UMNO mencari alasan untuk kurang mesyuarat. Rupanya UMNO ada agenda lain nak tubuh kerajaan bersama Anwar.

Akibat daripada itu, UMNO pecah kepada 3. Golongan terpinggir dalam UMNO mula serang PAS kononnya PAS khianati MN kerana menyertai MN.

Pertanyaa adalah UMNO akan guna logo MN, tinggal logo BN  kalau MN mendaftar? Ini semua mainan puak terpenggir laman UMNO yang mungkin tidak dapat jadi calon bila UMNO bersama PN.

Akibat serangan ini, ada cybertropper UMNO menyerang PAS. PAS pun ada jentera IT dan Cybertropper, PAS balas serangan malah akibat daripada itu MN rugi UMNO, rugi dan PAS rugi.
Sekarang UMNO mula dibenci semula oleh rakyat terutama golongan profesional. Memang golongan akar umbi kurang terjejas tapi golongan ini mula menolak UMNO kerana UMNO tak serik.

Hasil kajian kemudian ini menunjukkan sokongan kepada UMNO merosak 6%. Malah sokongan kepada pimpinan UMNO terutama yang bermasalah intyegriti merosak sehingga 11%.

Saya setuju dengan tulisan Ab Jadil Backer UMNO harus berubah jika mahu sokongan padu rakyat kembali, bukannya memburukkan PAS dan PPBM

Jika ditakdirkan kita bertanding sendiri kita harus bersedia bertanding dengan memberi tawaran yang lebih baik - kepimpinan dan manifesto - kepada pengundi, bukannya memburukkan Pas dan PPBM.

Kita harus berubah jika mahu sokongan padu rakyat kembali.

UMNO rasa dia abang besar dan rasa hebat kerana di memang beberapa siri PRK. Adakah itu menunjukkan bahawa UMNO sudah kuat dan rakyat kembali kepada UMNO?

Kita ambil contoh PKR GERIK nanti. Ini adalah kubu UMNO.


Jika BN (UMNO) megah rasa hebat dan akan bertanding sendiri atas BN. Agaknya Gabungan PN antara PAS + BERSATU boleh kalahkan UMNO atau tidak?

Itu belum kira lagi PH. Kita belum kira lagi serang PAS terhadap UMNO yang PAS simpan kerana UMNO dah bertaubat.





Ini contoh baharu 3 pengkhianatan UMNO terhadap rakyat yang PAS tak serang dan dedah pun. Saya nak tanya ada 3 aje ke pengkhinaatan UMNO terhadap rakyat?

GERIK kubu UMNO pun belum tentu UMNO boleh menang.
Apatah kawasan yang UMNO memang tipis.

Jadi UMNO tolanglah serik dan insaf
Tolong tahan nafsu
Tolong hormati MN
Tolong tutup mulut pemimpin tak sedar diri.

BEKAS AHLI UMNO TERNGGANU





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


5 ulasan:

  1. Okay. Sila duduk semeja runding Please.
    Buatlah zoom ke apa ke.
    Beritahu UMNO, your time is finished. Jadi MP UMNO dah tak macam dahulu dah. Dahulu, you dapat "get away with Murder".Today tak boleh camtu lagi.
    Jadi MP dah tak boleh jadi kaya raya lagi. Tak boleh. Now you have to be job focus and performance focus.

    A good example is Dr. Khairuddin from PAS, he continued his job despite being attacked from PH. And he did perform well. This is what it means to be professional.

    For MPs, it's No more free ride. Everything will be questioned. Everything will be accountable. The Social Media is more powerful than mainstream media.

    BalasPadam
  2. Angkuh,sombong dan rasa malaysia ni UMNo punya.Semua orang kena tabik,kena ikut umno.Inilah kebodohan yang masih menebal.Jenis manusia angkuh taknak insaf.Pelahap kuasa.Rakyat benci perangai macam ni.Insaflah wei UMNO

    BalasPadam
  3. Sedikit analisa bodoh contoh mudah tentang kekuatan UMNO, PAS dan BERSATU

    Amik contoh di Semenanjung, UMNO bertanding 105 kerusi dan menang 46 kerusi.

    Nisbah kekuatan UMNO ialah 46 drpd 105, = 43.8%.

    PAS bertanding 144 kerusi dan menang 18 kerusi.  Nisbah kekuatan PAS iah 18 drpd 114, = 12.5%

    Bersatu bertanding 52 kerusi dan menang 13 kerusi.  Nisbah kekuatan Bersatu ialah 13 drpd 52,= 25%

    Bila dicampur nisbah PAS dan Bersatu 12.5%+25% = 37.5% berbanding UMNO 43.8%

    Persoalan di sini, melalui kerjasama PN antara Bersatu dan PAS, berapa banyakkah kerusi yang PAS sanggup korbankan untuk beri laluan kpd Bersatu bagi mengelakkan berlakunya pertembungan 3 penjuru?

    Jgn dilupa sejarah PAS dalam rundingan pembahagian kerusi semasa dlm Pakatan Rakyat, PAS telah letakkan calon di DUN Kota Damansara dan Sg Acheh, hingga berlaku fight 3 penjuru  yg menjejaskan kemenangan PR waktu itu.

    Pada PRU14 tlh berlaku pertandingan 3 penjuru di 46 kerusi antara Bersatu, UMNOndan PAS. Bersatu hanya menang 10 kerysi, UMNO menang 30 kerusi dan PAS menang 6 kerusi.

    Malah utk kekalkan dikotomi 10 kerusi yg sedia ada itupun adalah suatu yg amat meragukan.

    Di Pantai Timur Bersatu boleh tutup kedai. 16 drpd 34 kerusi yg ditandingi Bersatu di Kelantan, Terengganu dan Pahang, semua kerusi Bersatu kalah dgn dpt undi hanya 101,488 dari 884,773 jumlah undi, dan undi popular Bersatu di Pantai Timur hanya 11.5%.

    Justeru, bergayut di atas dahan PN  adalahjalan sukar dan payah.

    Adalah hampir mustahil utk PAS sedekahkan kerusi-kerusi selamat mereka kepada Bersatu.
    PAS menang tanpa bantuan sesiapa dan ahli tegarnya mungkin tidak gembira menyerahkan kerusi² trsbt kpd Bersatu atas muafakat Perikatan Nasional.

    BalasPadam
  4. Sememangnya ahli akar umbi UMNO dah MELUAT dengan perangai MP UMNO yang tidak sedar diri...yang masih lagi nak bermain tarik tali dalam PN...APA SALAHNYA BERKOMPROMI untuk MELUMATKAN PERJUANGAN PH dalam HALA TUJU MENTADBIR MALAYSIA dengan KUASA MAJORITI BANGSA MELAYU DAN ISLAM...HARAP MP UMNO BERUBAH dalam mencari KESEPAKATAN bersama dengan BERSATU dan PAS...bukannya BERLAGAK SOMBONG sebagai ABANG BESAR !!!..berubah untuk AGAMA,BANGSA DAN NEGARA..!!!

    BalasPadam
  5. Masih lagi dulu kini dan selamanya...

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.