Header Ads

ads header

Flash News

Pembangkang kalah pengundian belah bahagi pertama hari ini


Ketua Whip PKR Johari Abdul mencadangkan undi belah bahagi, selepas tamatnya perbahasan peringkat jawatankuasa bagi peruntukan pengurusan dan pembangunan untuk Jabatan Perdana Menteri, hari ini.

Ahli Parlimen Sungai Petani itu disokong sekurang-kurangnya 15 anggota parlimen lain, jumlah minimum bagi membolehkan proses itu dibuat.

Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun kemudian membenarkan permintaan itu dan menangguhkan sidang selama 10 minit untuk proses undian. Loceng dibunyikan 2 minit untuk menarik perhatian MP.

Keputusan :

Setuju (PN) : 105
Pembangkang : 95
Tidak hadir : 20

Jumlah MP ketika ini adalah 220 ( setelah 2 MP meninggal dunia).
maka MP Kerajaan adalah 111 (mati 1) manakala 105 (mati 1) dari pembangkang.

Jadi boleh diandaikan yang tidak hadir dari MP Kerajaan adalah
seramai 111-105 = 6 orang

MP Pembangkang yang tidak hadir 105-95 = 10 orang.

..............
Dewan Rakyat hari ini meluluskan peruntukan RM6.9 bilion untuk Jabatan Perdana Menteri di bawah Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 di peringkat jawatankuasa.

Speaker Dewan Rakyat, Azhar Azizan Harun mengumumkan perkara itu selepas majoriti ahli Parlimen memberi sokongan menerusi undi belah bagi.

“Tidak hadir 20, tidak bersetuju 95 dan bersetuju 105, usul disetujukan,” kata Azhar selepas undian belah bagi peruntukan buat 5 kementerian di bawah JPM, iaitu Hal Ehwal Undang-undang, Ekonomi, Agama, Sabah dan Sarawak dan Tugas-tugas Khas.

Terdahulu Dewan Rakyat memberi 10 minit untuk ahli Parlimen mengundi bagi RUU itu.

11 orang mengambil bahagian dalam perbahasan peringkat jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri yang melibatkan lima portfolio iaitu Hal Ehwal Sabah dan Sarawak, Bahagian Undang-undang, Agama, Hal Ehwal Ekonomi dan Tugas-tugas Khas.

Kerajaan PN pimpinan Muhyiddin Yassin diuji sekali lagi hari ini selepas berjaya meluluskan peringkat dasar Belanjawan 2021 dengan mudah Khamis lalu.

Anwar telah "deal" pembangkang digadai Anwar 😅🤣😂





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan