Pemuda DAP gesa Anwar mohon maaf pada rakyat dan rakan sekutu
Pemuda DAP menggesa Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim memohon maaf secara terbuka kepada rakyat dan rakan sekutu dalam Pakatan Harapan.
Ini selepas Anwar memberi arahan saat-saat akhir untuk tidak meneruskan undi belah bahagi pada undian Belanjawan 2021 peringkat dasar semalam.
Setiausaha Pemuda DAP Eric Teh Hoong Keat berkata DAP perlu pertimbang untuk memutuskan "berpisah" dengan PKR dan menyusun semula barisan pembangkang sekiranya Anwar, yang juga presiden parti itu, enggan meminta maaf.
"Anwar telah mengakui bahawa beliau memberi arahan supaya DAP dan PKR agar tidak menyokong usul undi belah bahagi Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat.
"Jadi, beliau perlu bertanggungjawab dengan sepenuhnya atas kesilapan beliau dan meminta maaf terhadap penyokong Pakatan Harapan (PH).
"Sekiranya Anwar masih menegaskan bahawa penilaiannya adalah betul dan tepat, maka pemimpin pusat DAP harus berpisah dengan PKR, tidak lagi bersekutu dengan PKR, biarlah PH dibubarkan dan menjalinkan hubungan kerjasama yang paling minimum dengan parti-parti pembangkang yang lain," katanya dalam kenyataan media hari ini.
Anwar sebelum ini menjelaskan bahawa dia meminta Presiden Amanah, Mohamad Sabu dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng untuk tidak melakukan undi belah bahagi kerana tidak mahu dilihat menolak insentif baru yang diumumkan oleh Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz.
Anwar juga berikrar pihaknya akan meminta undi belah bahagi diadakan semasa peringkat jawatankuasa ketika anggota parlimen membahaskan perbelanjaan setiap kementerian.
Sementara itu, Teh menolak penjelasan bahawa pembangkang akan memastikan undi belah bahagi di peringkat jawatankuasan.
"Penjelasan seperti ini adalah tidak bertanggungjawab sekali. Bacaan kedua (peringkat dasar) merupakan peringkat di mana ahli parlimen menyatakan pendirian mereka berdasarkan prinsip-prinsip.
"Sekiranya belanjawan ditolak di bacaan kedua, maka bacaan ketiga kehilangan keperluannya.
"Pemimpin PH telah mengelakkan undi belah bahagi di peringkat bacaan kedua, bagaimanakah kita mampu menyakinkan penyokong bahawa kita akan memandang serius dalam peringkat yang seterusnya?" soalnya.
Teh turut menyifatkan bahawa kegagalan untuk meneruskan undi belah bahagi sebagai saat yang paling memalukan dalam sejarah perjuangan DAP di Parlimen sejak penubuhan parti itu.
Belanjawan 2021semalam diluluskan melalui undian suara.
Meskipun Ahli Parlimen Pokok Sena Mahfuz Omar ketika itu mengusulkan undi belah bahagi, speaker menolak usul itu kerana hanya mendapat sokongan 13 ahli parlimen, iaitu kurang dua daripada jumlah yang diperlukan.
Susulan itu, beberapa pihak termasuk daripada kalangan pemimpin PH sendiri menyifatkan keputusan ahli parlimen pembangkang untuk tidak mengadakan undi belah bahagi sebagai satu kesilapan dan mengecewakan.
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
Saya cadangkan PKR keluar dari ph susah kalau ada syak@wasangka antara ahli ph.tengok pn ???. harap PRU 15 ada parti dapat majoriti 2/3.xadalah mp nak jadi king maker.😎🤗
BalasPadamBiarkan dap sendirian sebagaii parti perkauman cina dan india itu.., biarkan dap terus jadi pembangkang utk kaum mereka....biarkan....
BalasPadamTak mungkin kaum melayu bersama dgn parti rasist itu....