Header Ads

ads header

Flash News

PH Disekolahkan Oleh Prof USM, Peluang Telah Disia-Siakan, Legitimasi Kerajaan PN Telah Diakui


Agak mengejutkan bila membaca komentar keras Prof Dr Ahmad Fauzi Abdul Hamid dari USM ke atas PH hari ini yang sudah menyamai komentar saya sendiri pula kerana beliau yang saya kenali selama ini adalah seorang yang boleh dianggap agak mesra dengan pembangkang.

Ini adalah komentar keras Prof Dr Ahmad Fauzi Abdul Hamid tersebut:

“Undi Khamis lalu sepatutnya perlu menjadi undi hilang keyakinan de facto terhadap Kerajaan PN. Peluang seperti ini tidak muncul dua kali. Menolak undi belah bahagi adalah sama dengan menerima legitimasi Kerajaan PN, pintu belakang atau tidak. PH boleh buat lebih baik jika ia menyediakan Bajet Bayangan. Dalam situasi sekarang, ia malah tidak mempunyai Kabinet Bayangan, yang menceritakan banyak mengenai ketidakmampuannya menghadam fakta bahawa ia tidak boleh sentiasa berharap untuk mengambil-alih kerajaan ini melalui pembelotan, seperti apa yang ada dalam fikiran Anwar Ibrahim bila beliau mengumumkan kepada negara pada 23 September bahawa Kerajaan Muhyiddin telah jatuh.”

“Kepercayaan telah dikhianati. Undi Bajet kali pertama adalah detik yang amat ditunggu-tunggu. Secara Perlembagaan, ia adalah peluang yang telah disia-siakan, sama ada kerana takut melawan Agong atau kerana PH sendiri tidak mempunyai nombor yang cukup. Bagi mengembalikan kepercayaan, mereka perlu menunjukkan kesediaan untuk memainkan peranan bermakna sebagai blok pembangkang sehingga pilihan raya umum seterusnya dalam tempoh dua ke tiga tahun. Susun team PH dalam bentuk Kabinet Bayangan, sediakan pemimpin-pemimpin muda untuk menggantikan generasi Anwar, berhenti bercakap mengenai ketiadaan legitimasi pada kerajaan pintu belakang ini bila PH sendiri telah memberikannya legitimasi. Mereka kerajaan pintu belakang, tetapi mereka sekarang duduk selesa dalam dewan secara sah.”

Ini pula adalah versi asal komentar keras Prof Dr Ahmad Fauzi Abdul Hamid tersebut:

“The Thursday vote was supposed to be the de facto no-confidence vote against the PN government. A chance like that doesn’t come twice. Refusing a bloc vote is tantamount to accepting the legitimacy of this PN government, backdoor or not. Pakatan Harapan (PH) could have done better had it prepared a Shadow Budget. In the present situation, it doesn’t even have a Shadow Cabinet, which tells a lot about its inability to digest the fact that it cannot keep on hoping to overturn this government by defections, as what Anwar Ibrahim seemingly had in mind when he announced to the country on September 23 that Muhyiddin’s Government has fallen.”

“The trust is broken. The first Budget vote was the much awaited moment. Constitutionally speaking, it was a squandered opportunity, whether for fear of opposing the Agong or exposing PH’s own numerical inadequacy. To regain trust, they need to show their readiness to play the meaningful role of an opposition bloc until the next general elections in two to three years’ time. Organise PH’s team in the form of a Shadow Cabinet, prepare young leaders to replace Anwar’s generation, stop harping about the illegitimacy of this backdoor government when PH itself has legitimized it. Backdoor they are, but they’re now ensconced in the house legally.”

Kamarul Yusoff





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan