Header Ads

Header ADS

UMNO harus berubah jika mahu sokongan padu rakyat kembali, bukannya memburukkan PAS dan PPBM


Yang marah-marah dan mengamuk ini mungkin tidak faham:

Dasar parti sehingga hari ini ialah "UMNO/BN akan berunding dengan Pas dan PPBM supaya tidak berlaku pertembungan sesama sendiri."

Antara dasar utama dalam perundingan ialah semua kerusi yang dimenangi oleh UMNO termasuk yang lompat akan ditandingi oleh BN semula.

Jika ada permintaan untuk 'swap' maka UMNO akan pertimbangkan. Misalnya jika PPBM mahukan kerusi Larut maka PPBM mungkin kena bagi kerusi Kubang Pasu atau Jerlun kepada UMNO.

Demikianlah seterusnya.

Jika tiada persetujuan maka pasti BN akan bertanding sendiri. Ini terserah kepada pucuk pimpinan parti.
Mengapa perundingan ini diadakan?

Kerana yang di atas tahu realiti untuk menang PRU tidak semudah menjerit dalam media sosial dalam kalangan kita sahaja.

Ada banyak faktor orang mengundi dan mengubah pola pengundian mereka.

Dalam keadaan pengundi UMNO hanya 2.5 juta orang, dan pengundi sebenar boleh mencecah 19 juta orang pada tahun hadapan, kita perlu melihat dan memahami kehendak dan persepsi pengundi luar juga.

Logo bukan segala-galanya lagi. Jumlah sokongan kepada BN bukan sekadar isu dalam PRU-14 tetapi telah merosot sejak 2008 berterusan pada 2013 dan berakhir pada 2018 dengan pelbagai isu besar.

Justeru untuk BN kembali menjadi satu 'political force' memerlukan masa dan pemulihan.

Sebab itu pemimpin di atas lebih cenderung mengadakan kerjasama politik supaya kita dapat kembali stabil dan menjadi peneraju semula pada masa hadapan.

Ada orang yang marah sangat kerana merasakan UMNO harus memerintah selama-lamanya. Ia satu pegangan yang sangat terpuji namun kita kena sedar realiti dan harus bertatih semula untuk berada di kedudukan dulu.

Ada yang marah-marah sebab mungkin peluang menjadi calon akan tipis. Mereka telah biasa bila jadi calon ada peluang dapat dana politik dan menjadi kaya waktu pilihan raya walaupun parti kalah.
Ada yang marah-marah dan ego kerana merasakan kita tidak patut kalah dalam PRU lepas. Lalu kita menyalahkan orang lain sebagai pengkhianat dan pembelot.

Namun adalah lebih baik kita mencari jalan memulihkan parti ini dan membina satu imej baharu yang mampu menarik pengundi-pengundi muda dan pengundi atas pagar lain.

Kita harus menunjukkan kesediaan untuk berkompromi dan berkorban dalam menjaga kepentingan agama, bangsa dan negara. Sudah tentu kompromi itu bukan bermakna memberi parti lain ruang terlalu besar sehingga membunuh kita.

Namun dalam masa yang sama kita tidak boleh dilihat terlalu ego sehingga menyebabkan orang menyampah dengan kita.

Atas faktor itu kita kena menunjukkan kesediaan untuk berunding terlebih dahulu sebelum tidak bersetuju.

Jika ditakdirkan kita bertanding sendiri kita harus bersedia bertanding dengan memberi tawaran yang lebih baik - kepimpinan dan manifesto - kepada pengundi, bukannya memburukkan Pas dan PPBM.
Kita harus berubah jika mahu sokongan padu rakyat kembali.

Ab Jalil Backer

MR : Pimpinan UMNO sepatutnya rujuk data kajian bukan rujuk emosi ahli.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


6 ulasan:

  1. Langsung tak setuju. Kalau Umno bersama parti bunga kemungkinan akar umbi boikot untuk mengundi. Parti bunga punca segala mala petaka. Perkukuhkan MN pegi mampos sama PN

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jgn cdpat melantah lihat diri sendiri dlm BN berapa ada parti kenapa bolih kalah dan kenapa kalah lihat di situ dahulu berapa kerusi UMNO menang MCA menang,MIC menang dan GERAKAN MENANG. Yg UMNO lari,MCA lari MIC lari dan GERAKAN lari cuba hitung lari pervi ke mana? Harap sabar dan muhasabah diri itu yg terbaik.

      Padam
  2. Bagus Hunus Keris Tikam Bunga

    BalasPadam
  3. Bodoh tersulah berbalah.Angkuh dan masih ingin dilihat kuat.Makin benci perangai macam UMNO ni.Tak insaf lagi teruma ageng uban putih nak masuk esok lusa

    BalasPadam
  4. Bn umno..sudah jatuh terduduk..sekarang nie pas menadah bahu memberi kekuatan untk bangun,.menjadi MN.so bersatu datang atas kesedaran menjadi PN lantas membantu merampas kuasa dari PH haram jadah haprak.
    Jadi..berbuat lah terbaik untk rakyat.kami akan beri undi.
    Umno jgn buat kami benci.
    Pas bersatu ada di hati
    Jgn umno kami x undi sekali lagi.kami undi umno kerana pas .
    Kami undi pas kerana umno.
    Kami undi bersatu kerana pas dan umno.
    Jgn sampai kami undi pas bersatu tapi kami tak undi umno.
    Kerana kami rakyat.
    Fikir2lah..
    Berbaik2lah..

    BalasPadam
  5. Rasanya UMNO tak buat rakyat marah. Tapi Bersatu yg buat akar umbi dan pemimpin UMNO marah. Lompat parti, lari dari parti yg dah kalah, khianat parti sendiri, kejar jawatan, terhasut dgn ajakan atau mungkin ugutan atok. Mana mungkin orang tak marah dgn sikap pemimpin macam tu. Rakyat marhain pun boleh jadi menyampah.

    BalasPadam

Imej tema oleh A330Pilot. Dikuasakan oleh Blogger.