Header Ads

ads header

Flash News

Mungkin ini petanda baik untuk negara kita Umno pun boleh berkerjasama dengan DAP - Peja


Ahmad Faizal Azumu mengakui bahawa dia sebelum ini tidak menjangka akan digulingkan, dengan Umno memainkan peranan utama.

Dalam wawancara dengan Astro Awani, Faizal mengatakan bahawa dia selalu bertemu pemimpin Umno di mesyuarat kabinet dan mesyuarat lain, tetapi tidak menjangka akan digulingkan.

"Kami selalu berjumpa di perjumpaan exco dan perjumpaan dalam urusan kerajaan. (Saya) tidak difahamkan mengenai apa-apa permasalahan. Tapi mungking kerana kerusi menteri besar itu terlalu diidamkan (dan) hasil percaturan dibuat untuk menepikan saya," katanya.

Faizal digulingkan di Dewan Undangan Negeri Perak hari ini dengan usul yang diajukan oleh ahli parlimen Umno dan disokong oleh 48 dari 59 Adun.

Dalam wawancara berasingan, Ketua Bahagian Umno Padang Rengas, Nazri Abdul Aziz memberitahu Malaysiakini bahawa rancangan untuk menyingkirkan Faizal sudah bermula sejak dua bulan lalu.

Ketika ditanya apakah dia merasakan Bersatu dikhianati oleh Umno, Faizal, yang merupakan timbalan presiden Bersatu, tidak menjawab secara langsung dan sekadar berkata keutamaannya adalah memberi tumpuan kepada rakyat.

"Kalau nak dikirakan perasaan saya, masih nak merajuk jugalah. (Tapi) akhirnya, sebagai pemimpin kita mesti berjiwa besar. Kepentingan rakyat ini mesti diutamakan.

"Saya akan berbincang dengan kepimpinan Umno, PAS dan lain-lain untuk perkara berkaitan," katanya.

Faizal menambah tumpuan utamanya adalah sama ada apa yang berlaku di Perak akan memberi kesan kepada perikatan Nasional-BN-PAS-GPS di peringkat nasional atau di negeri-negeri lain.

"Saya paling risaukan ia boleh mendatangkan impak yang tidak baik di peringkat kebangsaan, di negeri lain.

"Jadi saya mengesyorkan jika nak buat perkara seperti menukar menteri besar, ini boleh dibincangkan di peringkat PN.

"Tidak perlu dilakukan ke sidang dewan dan kerjasama dengan parti-parti lawan. Tentunya masalah ini akan menguris perasaan ahli-ahli kami di semua peringkat. Masa ini saya harap semua orang akan bersabar," katanya.

Mengenai spekulasi bahawa Umno dan Pakatan Harapan (PH) bersekongkol dalam rancangan untuk menggulingkannya, Faizal berkata kemungkinan itu yang terjadi.

"Mungkin ini petanda baik untuk negara kita masa Umno pun boleh berkerjasama dengan DAP untuk menggugurkan saya sebagai menteri besar," katanya.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


17 ulasan:

  1. Tak perlu ajak dap pun utk tubuh kerajaan Baru. Cuma tukar je mb Baru dgn sokongan pn dan mn yg sedia ada. Yg sikit kerusi, buat cara sikit kerusi. Beri sokongan dari belakang. Yg banyak kerusi, jalankan kewajipan, amanah dgn ikhlas. Kalau tak ikut sifir yg mudah tu, sampai bila2 pun tak akan ada yg berpuas hati. Cuba Kita duduk di tempat mrk, adakah Kita masih boleh berpuas hati. Krn kalau Tak ikut aturan Allah, maka kuasa itu Tak akan dipandang sebagai amanah dari Allah lagi.

    BalasPadam
  2. Suatu parti nasionalis pernah mengkhianati parti Islam yang menjadi sekutunya dan sekarang parti nasionalis yang sama telah mengkhianati parti bumiputera yang menjadi sekutunya.

    Oleh sebab itu terdapat kemungkinan parti nasionalis akan kencing parti Islam untuk kali ke-2 maka parti Islam perlu berhati-hati sekarang bimbang pisang berbuah dua kali atau tangan dipatuk oleh ular yang sama dalam lubang ular yg sama.

    Pengkhianatan telah bermula apabila parti nasionalis menjilat puak kafir harbi yang memusuhi Islam dan umat Islam. Bukankan ini menunjukkan sikap puak munafiqun ???

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lps ni maufakat nasional akan terkubur mcm tu je kerana sikap tamak haloba.....

      Padam
  3. Rba dapigs 11.38, nak jadi penghasut kpd kesatuan ummah. Tak payah layan.

    BalasPadam
  4. RBA 11:42 ternakan parti kafir harbi roket sedang membela skandal cinta haram parti nasionalis dan parti roket dengan melabelkan cinta haram itu sebagai 'kesatuan ummah'.

    Sejak bila puak kafir harbi roket memeluk agama Islam ???

    RBA sepatutnya menyimpan sedikit kebodohan RBA untuk keturunan RBA sendiri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak perlulah nak mengapi-apikan pepecahan. Kencing sini, kencing sana. Nak melaga2kan dgn parti Islam lah , nak kutuk parti nasionalis lah. Tak perlu pun Kita nak tubuh kerajaan dgn kafir dapigs. Kesatuan yg ada skrg pun boleh diteruskan. Cuma tukar mb je. Yg sikit kerusi, teruskan sokongan, yg ada kerusi lebih, Kita beri kpd yg berhak. Kita Cari jalan penyatuan ummah melayu. Kalau semua masih rasa tak sedar2 lagi, alamatnya geng dapigs akan berkuasa semula. Masalahnya ummat melayu Kita ni, takde roh keislaman. Kuasa yg ada tu, tidak dianggap sebagai amanah dari Allah.

      Padam
    2. Wah barua meno sokong pengkhianatan parti nasionalis. Tidak bermoral langsung !

      Padam
    3. Tiada pengkhianatan pun di sini, dari dulu lagi mrk dah nyatakan ketidakpuasan hati. MB patut dipegang oleh parti yg mempunyai kerusi yg banyak. Tapi Masing2 buat pekak telinga aje, bila pegang kuasa, Tak berani nak lepaskan.

      Padam
    4. Maaf sudah 2 x sultan yg melantik MB... Bukan lantikan sendiri
      Maaf sekali lagi

      Padam
  5. Mb yg ada pun dh ok, kenapa nk berebut pulak asyik tukar mb je, esok lusa x stuju dgn mb tukar lagi, ataupun tukar mb 6 bln skali

    BalasPadam
    Balasan
    1. Politik Malaysia dah hancur kerana giler kuasa.....x fikir masalah rakyat sedang hadapi pandemik covid 19.....semua nk jawatan dr Pusat hingga ke Negeri....UMNO blm muhasabah diri...sampai Pas tolak pembentukan kerajaan negeri baru....apa la bodoh sgt diorg ni.....

      Padam
  6. Umno masih anggap dia tetap abang besar..,sedang bersatu abang kecil.., ditambah pimpinan faizal azumu yg terlihat lemah, tdk perform utk kemajuan perak...maka tersungkitlah faizal sebagai MB...apa pun barisan pimpinan perak tdk spt PH dahulu yg ramai dibarisi pimpinan rasist utk mengangkat, membesarkan kaum masing2..

    BalasPadam
  7. krisis di Perak ulangan 2009 bila 2 pkr 1 dap jadi katak menyebabkan Nizar kecundang..begitu juga Semalam SANDIWARA UNDI PERCAYA ...umNO telah KUBURKAN MB PERAK 2kali NIZAR dan AHMAD Faizal...umNO dgn sikap berdendam menghasut ego kuasa menyerlahkan lagi bila tidak mengambil ikhtibar KECUNDANG PRU 14...buat lupa putaran roda...ada masa berdiri dan ada masa tersungkur...rakyat akan saksikan betul ke RATIB umNO NO DAP NO ANWAR sebagai pegangan mereka.???????

    BalasPadam
  8. Lepas ni UMNO ambil Sabah pula.

    BalasPadam
  9. Lps ni lg ramai org menyampah kat UMNO...kalau x cy bubar Parlimen skrg...mesti UMNO hancur...PPBM naik.....cuba kalau x percaya......giler kuasa sanggup buat ape saja.....tunggu PRU 15 mesti guling UMNO

    BalasPadam
  10. Disebabkan membuat usul tak percaya MB...
    Ingatkan senang boleh dapat jawatan MB...
    Sekali PAS tarik diri...
    Sudahnya dah tak cukup kerusi......


    Apabila suka buat keputusan sendiri...
    Sudahnya susahkan rakyat dan Parti sendiri...
    Bila dah tak cukup kerusi...
    Sanggup jual maruah dan bangsa sendiri, jemput pembangkang join parti semata- mata nak jadi MB

    BalasPadam