Header Ads

ads header

Flash News

‘Ada usaha campur tangan supaya debat Najib-Anwar tidak diadakan di UM’



Empat bekas pemimpin pelajar Universiti Malaya mahu universiti berkenaan supaya membenarkan Dewan Tunku Canselor (DTC) digunakan sebagai lokasi perdebatan antara ketua pembangkang Anwar Ibrahim dan bekas perdana menteri Najib Razak.

Bagi mereka adalah pelik dan tidak berpatutan sekiranya urusan melicinkan penganjuran debat ini dilengahkan.

“Berdasarkan maklumat yang diperoleh melalui beberapa sumber, kami mendapati terdapat keraguan yang wajar bahawa ada usaha campur tangan daripada ‘pihak atasan’ yang cuba menurunkan 'wahyu’ dan memberi tekanan supaya penganjuran debat ini disusahkan dan dihalang daripada mengambil tempat di DTC.

“Atas kepercayaan kepada kebebasan akademik dan kebebasan berkegiatan di kampus, kami bertegas bahawa sebarang usaha untuk mengekang penganjuran program yang berbentuk wacana dan debat adalah satu tindakan yang terkebelakang dan menghina institusi yang seharusnya menjadi pelantar dalam membugarkan penganjuran wacana dan forum yang sihat,” kata mereka dalam satu kenyataan, hari ini.

Empat mereka itu adalah Fahmi Zainol (presiden Persatuan Mahasiswa Universiti Malaysa [PMUM] 2013/2014), Ammar Atan (presiden PMUM 2014/2015), Akmal Hazieq (presiden KMUM 2018/2019) dan Haziq Azfar Ishak (presiden KMUM 2019/2020).

Menurut mereka, kelulusan program kegiatan persatuan mahasiswa adalah bawah Kesatuan Mahasiswa UM (KMUM) secara penuh bermula tahun 2019 dan prosedur permohonan tempat yang telah dibuat lebih awal dengan tanpa sebarang halangan sebelum pengumuman debat Anwar-Najib dibuat.

Pada awal April lalu, KMUM menawarkan untuk menganjurkan debat antara Anwar dan Najib mengenai dakwaan “menyelamat” atau "bail out" Sapura Energy Bhd.

Ia susulan permintaan Najib yang berulang kali supaya kerajaan menggunakan dana Khazanah Nasional Bhd dan Petronas untuk membeli aset Sapura Energy bagi mengelakkannya daripada jatuh ke tangan asing.

Menurut Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil, Universiti Malaya tidak bersetuju dewan universiti itu digunakan untuk debat tersebut.

Justeru, penganjur sedang mempertimbangkan untuk mengadakan debat sama ada di Pusat Sivik MBPJ atau Pusat Pelancongan Malaysia (Matic).

Perdebatan itu dijadual berlangsung pada 12 Mei.




Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan