Header Ads

ads header

Flash News

Kita Bukan Hanya Ada Pemimpin Korup, Tapi Pengkhianat Negara! – Dr Noorazman


CYBERJAYA, 04 Mei 2022 –
“Kita ada pemimpin bukan hanya sekadar korup, tetapi pengkhianat negara. Mereka bukan melaksanakan agenda negara, agenda bangsa, agenda agama. Bukan!” tempelak Dr Noorazman, jurucakap Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).

Kenyataan tersebut dikeluarkannya dalam sesi maklum balas peserta Konvensyen Ulama dan Da’i anjuran Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam (PEMBELA) yang berlangsung di Cyberjaya April lalu.

Beliau berpendapat bahawa umat Islam secara keseluruhannya sedang berperang dan diserang, serta menerima ancaman dari pelbagai sudut seperti kesihatan, ekonomi dan terbaru, ancaman akidah dan agama.

“Tahun 2019 berlaku serangan senjata biologi (COVID-19), tahun 2020 berlaku norma baharu. Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bermula dan kita melihat kita semakin lemah, ekonomi semakin lemah.”

Beliau turut menjelaskan bahawa terdapat kemungkinan Malaysia bakal memperkenalkan mata wang digital yang mana jika diimplementasi secara menyeluruh, perkara ini akan menyukarkan sebarang proses pemberian atau sumbangan wang kepada pihak yang memerlukan seperti madrasah.

Dr Noorazman yang juga merupakan jurucakap Gerakan Post-Mortem COVID-19 (GPMC) berkata, Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) hanya menerima laporan berhubung kesan sampingan vaksin sebanyak 6% dan selebihnya tidak dilaporkan. Menurutnya, peratus ini berbeza dengan rekod data yang diberi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Beliau melihat masalah ini sebagai ruang kepada ulama, badan bukan kerajaan (NGO) dan profesional untuk membantu rakyat.

Beliau sedia maklum bahawa kebanyakan pemimpin politik dikuasai oleh pengkhianat negara.

Justeru itu, beliau menegaskan dalam bab politik negara, “Tidak kiralah namanya Islam atau tidak Islam. Kalau tidak bersama rakyat, tidak bersama kebaikan negara kita, agama kita, kita tolak”.





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan