Header Ads

ads header

Flash News

Wujud ‘dalang’ paksa KM Melaka tandatangan surat peletakan jawatan kata Rospandi


Selepas Timbalan Ketua Umno Melaka Ali Mohamad, menafikan dakwaan Sulaiman Md Ali dipaksa menandatangani surat peletakan jawatan, kini ada pula pimpinan tinggi negeri, percaya wujud ‘dalang’ memaksa ketua menteri itu berundur.

Pemangku Ketua Umno Bahagian Alor Gajah Rospandi Leman, berkata beliau tidak menafikan ada paksaan pihak tertentu supaya Sulaiman menandatangani surat itu, dalam masa terdekat.

Rospandi bagaimanapun tidak mahu mendedahkan pihak yang dikatakan menjadi dalang dalam isu berkenaan.

“Yup, yes (ya). Awak pun tahu ler (dalang),” katanya menurut laporan Berita Harian.

Sementara itu, Ketua Umno Bahagian Hang Tuah Jaya Mohd Ridhwan, pula berkata, Barisan Nasional (BN) Hang Tuah Jaya sebelum ini sudah bersetuju untuk berpegang kepada janji yang dinyatakan dalam manifesto BN Melaka pada pilihan raya negeri (PRN) lalu, yang menamakan Sulaiman selaku ketua menteri Melaka.

“Kita berpegang dengan janji yang dibuat kepada rakyat Melaka itu, namun isu paksaan supaya Sulaiman menandatangani surat untuk melepaskan jawatan dalam tempoh terdekat di luar pengetahuan saya,” kata laporan itu.

Dalam pada itu, Ketua Umno Bahagian Kota Melaka Abdul Razak Abdul Rahman, ketika dihubungi enggan mengulas dakwaan terbabit, manakala ketua Umno Bahagian Jasin Hasan Abd Rahman, pula akan mengeluarkan kenyataan berhubung isu berkenaan dalam tempoh terdekat.

Semalam, Ali yang juga Ketua Umno Bahagian Tangga Batu, dilaporkan berkata, lima Ketua Umno bahagian di Melaka sebulat suara mempertahankan Sulaiman sebagai ketua menteri sehingga habis penggal.

Menurut laporan Bernama, hari ini, beliau menafikan khabar angin dakwaan Sulaiman dipaksa menandatangani surat peletakan jawatan itu disifatkan sebagai fitnah dan tidak berasas. FMT





Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram
https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
mindarakyat@gmail.com

MindaRakyat Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.


Tiada ulasan