Header Ads

ads header

Flash News

Asyraf Wajdi, Noraini & Zahida ketua Pemuda, Wanita & Puteri Baharu


KUALA LUMPUR: Bekas timbalan menteri Datuk Asyraf Wajdi Dusuki, Ahli Parlimen Parit Sulong Noraini Ahmad dan Zahida Zarik Khan diumum pemenang pemilihan ketua Pemuda, Wanita dan Puteri yang selesai hari ini.

Kemenangan mereka akhirnya diumumkan Setiausaha Kerja Datuk Seri Ab Rauf Yusof pada sidang media di Auditorium Umno, Pusat Dagangan Dunia Putra malam tadi selepas tertangguh sejak 5.00 petang tadi.

Mereka akan menggalas tanggungjawab jawatan itu bagi penggal 2018-2021.


Asyraf diumumkan sebagai pengganti Khairy Jamaluddin selepas mengalahkan 7 pencabar lain dan pesaing terdekat, Senator Khairul Azwan Harun.

Beliau digandingkan dengan Naib Ketua Shahril Suffian Hamdan yang juga mengalahkan 8 pesaingnya.

Noraini mengantikan Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil selepas bersaing hebat dengan Datuk Azizah Mohd Dun dan seorang pencabar lain.

Beliau digandingkan dengan Naib Ketua Norliza Abdul Rahim yang menewaskan 3 pesaingnya.

Di sayap Puteri pula, Zahida berjaya menewaskan seorang pencabar, Nor Hazreena Mohamad Hashim.

Beliau digandingkan dengan Naib Ketua Nurul Amal Mohd Fauzi yang mengalahkan 4 calon lain.

Sebanyak 191 bahagian mengundi untuk ketiga-tiga sayap dalam pemilihan Umno kali ini.


MR : Kulit bersalin, isi masih tetap sama, menolak agenda Islam....


............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Whatsapp Telegram Facebook Emel kepada MR Twitter RSS
©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.

3 ulasan:

  1. nampak ada perubahan. akar umbi sudah mula menolak 'sayap' yang ada pegangan yang longgar dan kebarat-baratatan. cerah untuk kerjasama.

    namun sama ada kerjasama akan jadi kenyataan atau tidak adalah bergantung kepada kepala yang baru jua. kalau trend sama, nyatalah ia.

    dan berdasarkan corak sayap yang baru ini, bolehlah diagak aspek mana yang mahu dilihat untuk dimiliki oleh si bakal kepala.

    tunggu!

    BalasPadam
  2. saya melihat sebagai tanda positif kepada Islam dan Melayu. Proses pembersihan sudah bermula. Sekarang ni nak kene get rid of orang2 atasan yang karut marut ni. Otai2 macam Ku Li patut berehat atau direhatkan, sudah tidak relevan lagi.

    BalasPadam
  3. yess...kita akar umbi Umno mahu orang yng berasal dari orang kebanyakan
    berjaya kerana usaha sendiri bukan sbb keturunan...atau asal usul...dan yng penting pegangan Islam amat kuat dan boleh berunding dgn Pas utk menjstuhkan PH..InsyaAllah...kan..itu yng Pas nak...kan...orang yng berlatarbelakang kan agama...

    BalasPadam