Header Ads

ads header

Flash News

Awas! kemunculan Parti Barbarian

Oleh Mummy Rokiah

Hampir rata-rata Mesyuarat Agung Tahunan Cabang Parti Keadilan Rakyat (PKR) berlaku kekecohan, insiden bantah-membantah, ketegangan dan keganasan sepanjang tiga minggu lalu dan berakhir semalam.

Cabang-cabang yang ganas adalah Kapar, Klang, Petaling Jaya Selatan, Kuala Langat, Pasir Gudang, Tebrau, Kota Tinggi,Saratok, Lubuk Antu, Serian, Jerai, Merbok dan Kuala Nerus. Dari Serawak sampai ke Kedah.
Rakyat tahu, insiden-insiden sebegini bukanlah perkara baru dalam PKR kerana PKR bermula dan diasaskan dari keganasan dijalanan yang dipelopori oleh Penasihat mereka Anwar Ibrahim.


Anggota-anggota mereka berdaya berucap berapi-api menaikkan semangat sehingga tercetus keganasan jalanan dengan membakar harta awam dan kenderaaan. Wajah-wajah mereka ketika itu kelihatan amat bengis dan menakutkan seperti wajah penasihat mereka AnWAR Ibrahim.

Tian Chua berkemammpuan berguling-garak di atas jalan. Gopala Krisnan berkemampuan ludah-meludah kepada pihak berkuasa.

Anggota-angota mereka hampir semuanya terdiri dari taring-taring tajam yang hanya percaya bahawa demokrasi itu harus ditegakkan melalui keganasan dan demonstrasi jalanan.

Hari ini di dalam kandang mereka ada beruang, ada harimau, ada musang, ada singa, ada gajah, ada ular tedung, ada naga dan ada buaya. Mereka tidak akan aman untuk duduk berdiskusi, berbincang dan bermesyuarat dengan waras serta berkepala dingin.

Sesama mereka juga di dalam senyap mahu meratah dan membaham sesama sendiri, dalam kata mudah “harap-harap percaya tidak”.

Hari ini rakyat sendiri boleh menilai bagaimana akan terjadi jika mereka diberi peluang memerintah negara ini. Nescaya kita semua akan beralih ke zaman barbarian bersenjatakan belantan. kapak bodo dan berkain cawat.

Kata Barbarian “ kita orang tak kira orang, kalau orang kacau kita orang, kita orang makan orang"

Tiada ulasan