Header Ads

ads header

Flash News

Pemerasan seks dan penipuan online: Pengajaran yang berat

Oleh V Shuman

Adakah anda akan percaya apa sahaja yang anda lihat dan dengar di Internet hari ini? Jika ya, adakah anda akan melakukan apa-apa yang "kawan" dalam talian baru anda minta?

Mungkin bukan anda tetapi terdapat banyak orang lain yang telah kehilangan harta, reputasi mereka dan juga nyawa selepas terpedaya dengan penipuan dalam talian.

Salah satu penipuan yang paling lazim akhir-akhir ini adalah "sextortion", pemerasan seks. Ia melibatkan ahli-ahli sindiket yang memancing pengguna internet untuk melakukan seks siber atau mendedahkan diri mereka pada kamera.

Suspek akan mengumpan mangsa dengan menggunakan profil palsu di laman web media sosial atau lucah, berbaik-baik dengan mereka dan akhirnya menjemput mereka untuk melibatkan diri dengan seks siber.

Tanpa diketahui mangsa, sindiket ini akan merekodkan perbuatan seks dan kemudian mengancam untuk menghantar rakaman kepada rakan-rakan dan saudara-mara mangsa jika mereka tidak dibayar.

Kerana takut imej, reputasi dan hubungan keluarga mereka tercalar, mangsa, sesetengah daripada mereka adalah lelaki yang sudah berkahwin, akan memberi apa sahaja yang diminta oleh sindiket.

Polis Filipina baru-baru ini menangkap lebih daripada 80 orang yang menjalankan rangkaian pemerasan seks antarabangsa. Suspek mensasarkan beratus-ratus orang dan jumlah wang yang diperas adalah antara beratus-ratus dan beribu-ribu ringgit.

Tindakan keras itu berikutan siasatan oleh polis Filipina, Interpol dan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri AS, dan agensi-agensi lain.

Mangsa sindiket adalah dari pelbagai peringkat umur dan bangsa.

Pemerasan seks juga boleh membawa maut, seperti dalam kes seorang budak Scotland berusia 17 tahun yang membunuh diri selepas menjadi sasaran di Skype tahun lepas.

Di Malaysia, seorang jurujual yang telah berkahwin kerugian RM33,000 selepas dia baru-baru ini diperas ugut oleh seorang “gadis” Filipina.

Kelvin Chong, 37, telah ditipu oleh perempuan ini, yang mengenalkan dirinya sebagai Sarah Mae, untuk berbogel, hanya dua minggu selepas menjalinkan persahabatan dalam talian.

Dia menerima balasan ancaman mendedahkan dirinya kepada senarai kenalan Facebook beliau, termasuk keluarga, yang suspek gunakan bagi menawar dalam menipu Chong.

Chong melakukan bayaran sebanyak dua kali, dan kemudian meminta bantuan Ketua Jabatan Aduan Awam MCA, Datuk Seri Michael Chong untuk "mengenengahkan" perkara ini.

Tidak semua penipuan dalam talian melibatkan "seks", dan ia bukan sahaja didalangi rakyat Filipina.

Banyak penipuan dalam talian yang didalangi warga Nigeria telah dilaporkan sejak kebelakangan ini. Kaki tipu ini biasanya mensasarkan wanita kesepian – sama ada bujang, janda atau telah bercerai -.

Satu kes baru-baru ini melibatkan seorang ibu tunggal berusia 63 tahun yang kerugian RM6. juta, yang dibayar demi "cinta sejati" kepada seorang "jeneral" tentera AS.

Namun dia kemudiannya mengetahui bahawa "jeneral" itu adalah sekumpulan 15 lelaki Nigeria yang menipunya.

Mangsa yang mempunyai tiga firma audit, turut menjual banglonya dan sebidang tanah, di samping mengosongkan simpanan dan aset beliau untuk menarik perhatian cinta hati yang baru ditemui itu.

Penipu itu telah meyakinkan beliau bahawa dana itu adalah bagi menyokong sebuah perusahaannya bersama Petronas.

Hanya selepas tiga anak wanita itu mengetahuinya, barulah laporan polis dibuat dan polis menangkap sekumpulan warga Nigeria di Puchong.

Ia hanya mengambil sindiket itu lapan bulan bagi menipu wanita itu.

Mengapa orang tertipu dengan begitu mudah? Kebanyakan mangsa adalah profesional berpendapatan tinggi, jadi apa yang membuatkan mereka buta kepada penipuan itu?

Ia mungkin disebabkan kesepian, keadaan terdesak, ketamakan, atau cinta buta.

Apa sahaja yang dikatakan dan dilakukan, adalah baik untuk kita semua lebih berhati-hati, terutama apabila ia melibatkan kenalan dalam talian.

Jika wang boleh memecahkan kawan-kawan lama, bayangkan kerosakan yang seorang kenalan dalam talian baru boleh lakukan untuk wang.

1 ulasan: