Header Ads

ads header

Flash News

Apa Nasib Sedang Menanti JAKIM?


1. Ura-ura berita berkenaan pemansuhan JAKIM seperti ada asasnya. Sebelum PRU, sudah pun timbul suara-suara lantang kelompok Islam Liberal seperti Siti Kasim yang mendesak JAKIM dimansuhkan kononnya atas sebab kewujudannya tidak berperlembagaan.

2. Hari ini, Perdana Menteri mengumumkan kewujudan JAKIM sedang dikaji semula, sama ada akan dikekalkan atau diteliti semula cara pelaksanaannya.

Katanya lagi, "Islam tidak sepatutnya digambarkan sebagai agama yang zalim dan tidak bertimbang rasa, kerana itu bukan ajaran Islam sebenar."

Kedudukan JAKIM sekarang sedang dinilai oleh kumpulan ulamak yang dilantik oleh Kerajaan PH.

3. Berikut persoalan yang patut ditanya kepada Kerajaan PH.:

a) Siapakah barisan ulamak yang dilantik oleh Kerajaan untuk mengkaji JAKIM.?

b) Adakah kedudukan Islam sebagai agama persekutuan sepertimana yang disebut dalam Perkara 3 Perlembagaan Malaysia itu bermaksud Religion mengikut tafsiran sekularisme Barat atau Ad Din yang sempurna sistem kehidupan mengikut acuan Islam.?

c) Adakah Kerajaan PH menyamaratakan kedudukan agama Islam yang dianuti oleh majoriti rakyat negara ini dengan agama-agama lain.?

d) Adakah Kerajaan PH mahu menjadikan Islam sekadar simbolik urusan rasmi seperti bacaan doa dan sambut perayaan sahaja.?

e) Apakah maksud PM apabila menyebut Islam tidak sepatutnya digambarkan sebagai agama zalim.?

f) Adakah JAKIM pernah menzalimi dan menyekat orang bukan Islam mengamalkan agama mereka.?

4. Hakikatnya, JAKIM ditubuhkan secara berperlembagaan.

Ianya menepati Perkara 3, Perkara 12(2), Perkara 121(1A) dan Sumpah Jawatan Yang di-Pertuan Agong di bawah Perkara 37(1) Perlembagaan Persekutuan.

Jakim adalah agensi yang menguruskan dana awam pembangunan agama Islam berdasarkan peruntukan Perkara 12(2) Perlembagaan Persekutuan dan berada bawah seliaan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

5. Terdapat banyak peruntukan berkaitan agama Islam dan hak orang Melayu yang disebut secara jelas dan nyata dalam Perlembagaan Persekutuan.

Antaranya:
- Islam sebagai agama Persekutuan.
- Hak kebebasan menganut, mengamalkan dan menyebarkan Islam.
- Menggunakan dana awam bagi tujuan Islam.
- Kedudukan terpelihara Mahkamah Syariah.
- Penetapan hal ehwal Islam terletak dalam bidang kuasa negeri.

6. Harapnya Kerajaan PH tidak tersilap langkah dalam mencatur masa depan JAKIM.
Wajarlah juga diperingatkan bahawa Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja juga berperanan penting dalam hal berkaitan agama kerana Agong adalah Ketua Agama Islam bagi Malaysia, Wilayah Persekutuan dan negeri tidak beraja manakala Sultan adalah Ketua Agama Islam bagi negeri masing-masing.

7. Sebarang usaha mencabar mahupun mengganggu gugat kedudukan Islam tidak boleh dipandang ringan kerana ia berkait dengan sistem perundangan dan acuan kita bernegara.

Peringatan ini turut disuarakan oleh Tuan Guru Presiden PAS dalam siri temuramah TV 3 dan Astro Awani kerana isu kedudukan Islam adalah inti kepada perjuangan PAS selama ini.

PAS pastinya tidak gentar untuk ke hadapan menjadi benteng pertahanan tatkala institusi Islam diserang dan mahu dilumpuhkan kuasanya.

Catatan oleh:
Syed Ahmad Fadhli
Pegawai Pusat Penyelidikan PAS
30 Mei 2018


......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
Whatsapp MR | Telegram MR | Facebook MR

10 ulasan:

  1. akhir zaman memegang islam seperti bara api maka bersatulah wahai umat islam sebagai satu saf.

    BalasPadam
  2. Lepas ni saya mohon PAS dan NGO tubuhkan badan penyelia semua pengeluar makanan minuman Muslim Mukmin. Biar kita orang Islam beli dengan orang Islam sahaja. Biar ekonomi orang Islam kukuh. Orang bukan Islam sibuk nak keluarkan makanan halal yang x pasti halalnya tapi mempersendakan Islam, memperlekehkan Islam. Orang Islam pula yang tersepit padahal negara ni majoritinya Islam.

    BalasPadam
  3. Malaysian Malaysia... yg penting PH setelkan hutang2 KERAjaan terdahulu sebelum PRU 15

    BalasPadam
  4. Kalaulah unsur2 negatif akan menyebabkan sesebuah entiti itu layak dibungkus, bagaimana dengan yang ini:

    Sekolah vernalular juga ada elemen2 negatif tapi tidak ada pihak yang rasional yang akan minta ianya di bungkus.

    Why? Why?? why???

    BalasPadam
  5. Ph akan melantik ustaz2 liberal utk melaksanakan islam di malaysia sesuai dgn kaedah pemahaman islam mereka. Kita pula akan dpt menyaksikan apakah bentuk islam rahmatan lilalamin Pan sekejap lagi.

    BalasPadam
  6. Adakah JAKIM zalim dan tidak bertimbang rasa?Adakah ujudnya JAKIM Menyebabkan orang islam menjadi zalim dan tidak bertimbang rasa?Tolong bagi contoh tak faham pulak ambe.

    BalasPadam
  7. Barisan ulamak utk kaji JAKIM
    1) MAZA
    2) RORA
    3) CtKasim
    4) Marina Chin
    5) Sister Islam
    6) IRF Faroq Musa

    BalasPadam
  8. Ulama yang mencadang atau menyokong penutupan JAKIM lebih layak di panggil anjing kerana menjual agama demi habuan dunia

    BalasPadam
  9. Islam dagang di negara Islam,nak buat undang2 sendiri pun x kesampaian.Umat Islam dibendung oleh undang2 sekular. Implikasinya lahir pelbagai pemikiran spt liberalism, pluralsm dsb.

    BalasPadam
  10. PAS kena berani bersuara - jika perlu buat perakakan seluruh negara supaya tahu kedudukan Islam kini terancam oleh DAP dan sekutunya

    BalasPadam