Header Ads

ads header

Flash News

Bekas pegawai SPRM buat laporan terhadap Najib


Seorang bekas pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini membuat laporan kepada SPRM berhubung beberapa dakwaan melibatkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Bekas Pengarah Risikan dan Siasatan SPRM Datuk Abdul Razak Idris berkata laporan itu berkaitan apa yang disyaki sebagai tindakan menghalang siasatan berhubung kes Kumpulan Wang Persaraan (KWAP) dan 1Malaysia Development Bhd (1MDB).

“Saya sebenarnya diminta bos saya dulu buat laporan segera agar Datuk Seri Najib, isteri, anak-anak dan proksi mereka tak sempat lari, dan tindakan diambil sebelum sempat lari.

“Jadi itu antara sebab saya buat laporan, hari ini,” katanya menerusi siarang langsung di Facebook sebuah portal, hari ini.

Abdul Razak turut berkata, laporannya itu dibuat  antara lain menggesa SPRM menyiasat Najib dan rakan-rakanya yang disyaki menggunakan kuasa untuk menghalang siasatan kes berkenaan dan menuntut supaya bekas perdana menteri itu mengisytihar hartanya.

"Mereka juga disyaki memiliki harta yang tidak dapat diperjelaskan (unexplained properties) dengan memuaskan.

“Harta-harta ini dibandingkan dengan emolumen yang sah, bila ada perbezaan itu, harta yang berlebihan itu, yang disebut unexplained properties itu perlu di perjelaskan oleh Najib.

“Jika dia tak boleh jelaskan, ia akan menjadi satu kesalahan dan hukuman 20 tahun penjara dan denda 5 kali ganda nilai harta yang tak boleh diperjelaskan,” katanya.

Abdul Razak berkata beliau akan membuat dua laporan di bawah Seksyen 24 Akta SPRM 2009, kesalahan menggunakan jawatan atau kedudukan untuk suapan.

Satu lagi laporan dibuat di bawah Seksyen 36, dihukum di bawah Sek 36 (3) Akta SPRM 2009.

Abdul Razak bagaimanapun enggan mendedahkan identiti bekas bosnya itu.

Kerajaan Barisan Nasional (BN) pimpinan Najib tumbang pada Pilihan Raya Umum ke-14 Rabu lalu sekaligus menamatkan pemerintahan BN di Malaysia selama 61 tahun.

Susulan kemenangan itu, Tun Dr Mahathir Mohamad pada 10 Mei mengangkat sumpah jawatan perdana menteri buat kali kedua.



.......
Imbas kembali...



25 Jun 2012, Bekas Pengarah Siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR), Datuk Razak Idris  telah menafikan sekeras-kerasnya dakwaan oleh 2 akhbar arus perdana milik UMNO, NST dan BH,  mendakwa bahawa  Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengarahkan beliau untuk mengeluarkan suatu akuan berkanun bersumpah yang membersihkan bekas Timbalan Perdana Menteri kononnya RM3 bilion akaun bank tidak wujud seperti didakwa.

Apa yang dilaporkan oleh New Straits Times dan Berita Harian pada 21 Jun 2012 adalah tidak benar sama sekali.

Sebaliknya Datuk Abdul Razak Idris berkata itu arahan untuk mengeluarkan akuan berkanun bersumpah  datang dari Ketua Pesuruhjaya SPRM ketika itu, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan, dalam usaha untuk mengelakkan suatu sepina oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung fitnah saman terhadap NST pada tahun 2009 yang difailkan oleh DSAI..



......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
https://telegram.me/mindarakyat
https://www.facebook.com/Mindarakyat

2 ulasan:

  1. Nampak sangat ramai org takut hilang kedudukan, pangkat dan jawatan daripada memberitahu kebenaran.

    BalasPadam
  2. Inilah antara kebaikan bila dapur bertukar dari ketua cef biru tua kepada ketua cef biru muda. Kekotoran yang ditinggalkan oleh ketua cef biru tua-6, boleh di kesan.

    Kalaulah dari dulu dapur berbuat demikian bolehlah kekotoran yang ditinggalkan oleh ketua cef biru tua: 1-5, terutama ketua cef biru tua-4, yang disapu di bawah tikar mengkuang dikesan awal dan pihak pengotor diarah membersihkannya.

    Makanya kalau 5 tahun lagi ketua cef hijau ambil alih dapur dari ketua cef biru muda-7, barulah boleh tahu apa kekotoran yang dilakukan oleh ketua cef biru muda-7 dan pasukannya yakni tindakan segera dapat diambil dan bukan 60 akan datang.



    BalasPadam