Dalam undang-undang perompak, tak boleh khianat ketua.. nahas tahu!
Kehadiran polis dengan lebih 12 kereta dan sebuah lori Black Maria di rumah Datuk Seri Najib Razak menimbulkan kemarahan orang yang rapat dengan bekas perdana menteri itu.
Seorang sumber yang bercakap kepada Malaysiakini menyifatkan tindakan polis itu yang dibuat sehari sebelum umat Islam berpuasa adalah tidak wajar.
Sumber itu turut berkongsi gambar Najib yang kelihatan tertidur di sofa dengan masih memakai baju Melayu sama yang dipakai ketika berterawih semalam, sementara pegawai polis daripada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial dikatakan menggeledah rumah bekas perdana menteri itu.
Menurut sumber itu lagi, sebagai bekas perdana menteri, Najib perlu dihormati dalam apa jua situasi.
"Ini sesuatu yang tidak wajar. Kenapa mereka (polis) tidak menggeledah lebih awal? Beliau (Najib) perlu bersiap untuk sahur," katanya.
Sumber itu juga mengkritik Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung operasi polis itu yang dilakukan seminggu selepas Pakatan Harapan (HARAPAN) menang dalam pilihan raya umum (PRU) ke-14.
"Nampak macam pembalasan dendam Mahathir sudah menang. Saya harap dia gembira di mana jua dia sedang tidur sekarang," tambahnya.
Terdahulu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Amar Singh Ishar Singh mengesahkan polis menjalankan 'pencarian' di kediaman Najib di Taman Duta, Kuala Lumpur.
Amar Singh bagaimanapun enggan mengulas lanjut berhubung perkara itu.
Amar Singh juga dipetik sebagai berkata bahawa operasi serupa turut diadakan di lima lokasi lain, termasuk di Pavillion Residence di Kuala Lumpur dan di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya.
Operasi itu dipercayai mempunyai kaitan dengan skandal 1MDB.
Kira-kira pukul 10.30 malam, lebih 12 kereta polis dan sebuah lori Black Maria tiba di kawasan luar rumah Najib.
Susulan itu, timbul spekulasi mengatakan bekas pengerusi BN itu mungkin akan ditangkap.
Semalam, Dr mahathir berkata Najib mungkin akan didakwa dalam tempoh terdekat. Pengerusi HARAPAN itu juga menolak kemungkinan akan membuat tawaran dengan Najib.
Perdana menteri juga mendakwa bekas peguam negara Tan Sri Abdul Gani Patail memberitahu beliau rancangannya untuk mendakwa Najib setelah bekas presiden Umno itu tidak lagi berkuasa.
Abdul gani sebelum ini mengetuai unit khas yang terdiri daripada bekas ketua polis dan pengarah Bank Negara serta SPRM bagi menjalankan siasatan berhubung RM2.6 bilion yang didepositkan ke dalam akaun Najib, selain isu berhubung SRC International.
......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
https://telegram.me/mindarakyat
https://www.facebook.com/Mindarakyat
pelakun hindustan dh mula dah berlakun, rupanya nk ajak najib join dgn PH ha ha.
BalasPadamGunung tak lari, yang berlari2 keliling gunung tu apa hai
BalasPadamPegar tidak terbang, tangan bau tahi,
So takyahlah sempret2 sangat eh, raya lambat lagi.
Pm4 sapaa aa.. dia ni katenye buleh tahan jugak bab bab duit ni.. dah bank in balik kot duit yg ter ambik dulu tuu..
BalasPadamRakyat swing kerana marah DSN dan GST..Bukan mereka inginkan sangat Tun atau simpati pada DSAI..pru 15 nanti PH berwajah baru BN 2.0 akan berdepan dengan rakyat semula
BalasPadamHehehe
Padamperiuk dgn belanga hahaha
BalasPadam