Header Ads

ads header

Flash News

Di Mana UMNO Menyambut Ulang Tahunnya Yang Ke-72 Hari Ini?


11 Mei 2017 lalu, Datuk Seri Najib menyambut Ulang Tahun UMNO ke-71 yang disertai lebih 100,000 ribu ahli UMNO begi mununjukkan simbol kepada kekuatan parti itu.

Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam ucapan perasmian berkata, perhimpunan itu memberi semangat kepada beliau."Saya semakin bersemangat malam ini. Rasa lebih yakin kerana bukan saya keseorangan. I am not alone. I am not lonely sebab saya dikelilingi pemimpin UMNO yang berdiri dalam saf yang padu."


"Prinsip taat setia kepada parti dan negara. Sebab itu dengan kepimpinan padu kita tidak berasa gentar. Walau apa cabaran mendatang oleh pihak lawan kita akan hadapi," kata Najib.

Najib berkata, sambutan ulang tahun ke-71 itu juga menjadi bukti bahawa bahawa perhimpunan itu lambang kesetiaan dan pengorbanan golongan bumiputera.

"Kita berhimpun untuk tunjuk parti UMNO terkuat di bumi Malaysia. Kita sudah cukup kuat? Kita sudah bersedia esok bubar Parlimen? katanya lagi


"Inilah semangat luar biasa UMNO. Siapa kata UMNO tak kuat. Kalau dia kata tak kuat tengok sahaja perhimpunan ini. Ini segelintir sahaja. Ada tiga juta lebih ahli termasuk di kampung dan bandar," kata Najib.

Sebelum ulang tahun UMNO 71, Mahathir bersama Najib dalam menyambutnya. Mari kita mengibau kembali gambar-gambar nostagia tersebut.



Sebagai seorang yang Islam mengajar kita untuk perpandukan kepada Al-Quran sebagai panduan hidup. Mari kita 'toleh' apa yang Allah Maha Kuasa berfirman:
"Allah meluaskan rezeki dan menyempitkannya bagi siapa yang Ia kehendaki. Mereka bergembira dengan kehidupan dunia, padahal kehidupan dunia itu (jika dibandingkan dengan) kehidupan akhirat, hanya kesenangan (yang sebentar)." (QS. Ar Rad, 13:26).
Tak ada apa yang dibanggakan dengan kekuasaan sementara yang Allah berikan jika kita tidak mentaatinya untuk melaksanakan perintah Allah. Apa alasan sekali pun kita berikan nescaya Allah akan menilainya.


Hari ini Allah berikan kuasa kepada PAKATAN HARAPAN. Selain daripada janji 10 dan Janji 100 hari HARAPAN mesti menegakkan hukum Allah.

Jika sekiranya PAKATAN HARAPAN berdolak dalih dalam hal ini PAKATAN HARAPAN sama seperti BARISAN NASIONAL, UMNO.

Rakyat kini memerhati dan membuat penilaian.


......
Cucu Bavoo
Editor,

http://mindarakyat.blogspot.com/

Tiada ulasan