Header Ads

ads header

Flash News

Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar angkat sumpah jadi MB Terengganu


KUALA TERENGGANU: Bekas setiausaha politik presiden PAS, Ahmad Samsuri Mokhtar mengangkat sumpah sebagai menteri besar Terengganu bersama 10 adun sebagai exco, malam ini.

Istiadat mengangkat sumpah dan menerima watikah pelantikan itu berlangsung di depan Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin di Istana Syarqiyyah, di sini, kira-kira 9 malam tadi.

Samsuri memenangi kerusi negeri Rhu Rendang dengan majoriti 6,028 undi, menewaskan calon Barisan Nasional, Nik Dr Nik Wan Ku dan Zarawi Sulong dari Pakatan Harapan.

Samsuri yang juga pengarah pilihan raya PAS Pusat serta pakar penerbangan dan aeroangkasa pertama kali bertanding pada pilihan raya umum ke-14 semalam.

Selain Samsuri, 10 lagi adun PAS turut mengangkat sumpah sebagai exco.

PAS berjaya membentuk kerajaan Terengganu selepas menguasai 22 daripada 32 kerusi negeri di Terengganu.

PAS pernah mentadbir Terengganu pada 1999 hingga 2004.

Di Kelantan pula, Datuk Ahmad Yakob selesai mengangkat sumpah kira-kita 11 pagi tadi selepas parti Islam itu memenangi 37 daripada keseluruhan 45 kerusi negeri.

Berikut senarai exco Terengganu:
1. Ahmad Samsuri Mokhtar
2. Satiful Bahari Mamat
3. Alias Razak
4. Mohd Nor Hamzah
5. Azman Ibrahim
6. Datuk Tengku Hassan Tengku Omar
7. Ariffin Deraman
8. Hanafiah Mat
9. Wan Sukairi Wan Abdullah
10. Mamad Puteh
11. Mohd Nurkhuzaini Ab Rahman


......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

3 ulasan:

  1. tahniah kpd semua exco yg tlh dilantik. diharap dpt jalankan tugas dgn amanah. tunjukkan cara pgursan terbaik yg islam ajarkan hgga maju dan mantapnya negeri terengganu darul iman.

    BalasPadam