Header Ads

ads header

Flash News

Harapan bakal jadi BN 2.0?


 SHAH ALAM - Pakatan Harapan (Harapan) dikhuatiri akan menjadi BN 2.0 jika terus menerima mana-mana individu dari BN memasuki gabungan itu.

Bekas menteri, Tan Sri Dr Rais Yatim berkata, sekiranya perkara itu berlaku maka pengorbanan selama ini adalah sia-sia.

“Kalau kini diterima masuk oleh Harapan semua pihak yang rasa tersepit hidup, maka yang akan wujud ialah BN 2.0 dengan segala peil (perangai) rosaknya. Sia-sia bergalang leher setakat ini.

“Ayuh segerakan janji-janji untuk rakyat,” katanya dalam catatan di Twitternya, awal pagi tadi.

Semalam, tiga Adun BN di Johor mengumumkan menyertai Bersatu iaitu Adun Sedili, Rasman Ithnain; Adun Johor Lama, Rosleli Jahari dan Adun Endau, Alwiyah Talib.

Bagaimanapun, Pengerusi Harapan, Tun Dr Mahathir Mohamad memberi jaminan akan menyiasat dan menapis terlebih dahulu pemimpin parti lain yang menyeberang ke Harapan.

Dalam perkembangan lain, Rais turut menggesa Harapan agar tidak mengambil remeh teguran Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli mengenai isu pengumuman Kabinet.

“Jangan ambil remeh teguran Rafizi. Dia dah banyak berkorban,” katanya.


......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
https://telegram.me/mindarakyat
https://www.facebook.com/Mindarakyat

1 ulasan: