Header Ads

ads header

Flash News

Kedah, Perak “kusut”. PAS King Maker?


Pakatan Harapan Perak akan mengadap Sultan Perak Sultan Nazrin Azlan Shah petang ini untuk mendapatkan perkenaan membentuk kerajaan negeri, walaupun BN sebelum ini mengumumkan bahawa mereka mempunyai bilangan kerusi yang mencukupi.

Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming memberitahu bahawa pemimpin HARAPAN dijadual mengadap baginda hari ini sekitar jam 3 petang.

Semalam, jurucakap BN Perak, Nizam Isa berkata mereka akan mengadap Sultan Perak untuk mendapat perkenan baginda bagi menubuhkan kerajaan negeri.

Bagaimanapun, Nizam tidak mengulas lanjut sama ada BN akan bergabung dengan PAS atau menyatakan tarikh mengadap Sultan Perak.


Apabila BN membuat kenyataan berkenaan cybertropper, facebook dan blogger telah menyerang PAS konon ini bukti PAS nak bersama dengan UMNO.

Malang juga bagi seorang bekas Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman menulis dalam facebook kononnya keputusan PAS ini tidak mengambil kira suara hati rakyat yang menolak UMNO.

Permainan persepsi dan tuduhan inilah antara faktor PAS agak tidak boleh menguasai Pantai Barat.

Bayangkan Pimpinan PAS masih lagi belum membuat keputusan. Baru dengar apa kehandak UMNO dan PH. Tapi mereka dah membuat tuduhan. Dulu begitu juga, Syura belum putus lagi Ustaz Ahmad Awang dah kata seolah-olah nak berUG dengan UMNO. Apa penyakit ada dalam hati mereka saya tak pasti.



Ustaz Nasruddin Hassan, Ketua Penerangan PAS Pusat dalam kenyataan berkata "Meskipun PRU 14 telah berakhir. Fitnah dan provokasi terhadap PAS kelihatan tidak pernah berakhir."

"Justeru itu, ahli PAS dan para penyokongnya diharapkan tenang dan tidak melatah bila disakat oleh musuh, terutama berkait dengan perkembangan mutaakhir berhubung dengan situasi di Perak dan Kedah."
Katanya lagi.

Hari ini pemimpin PAS Perak mengakan pertemuan dengan pemimpin pusat parti itu di Terengganu untuk membincangkan sama ada untuk membentuk kerajaan negeri bersama BN ataupun HARAPAN.

Perak memiliki 59 kerusi DUN, dan HARAPAN menang 29 kerusi, BN 27 dan PAS tiga.
HARAPAN kurang satu kerusi untuk mendapat majoriti mudah, sementara PAS pula menjadi 'kingmaker'.

Walaupun keputusan pertemuan itu belum lagi diumumkan ada beberapa garis panduan telah dikuarkan dalam isu KING MAKER ini antaranya;

PAS memberikan syarat;
1. RUU 355 mesti diterima
2. Jawatan Exco diberikan kepada 3 YB PAS
3. Portfolio Pendidikan, Tanah dan Agama diberikan kepada PAS.
4. 1/3 Jawatan dalam ahli majlis, JKKK dan Penghulu diberikan kepada PAS.

Ini antara syarat awal yang dikemukan dalam pertemuan awal dengan BN dan HARAPAN. BN macam setuju tetapi HARAPAN main 'tarik tali' lagi kerana jawatan itu penting dan merupakan tuntutan DAP.

Kita tunggu dan lihat.
Jangan sebar fitnah dan pesepsi buruk kerana semua itu Islam tidak ajar kita berbuat demikian.


......
Cucu Bavoo,
Editor

http://mindarakyat.blogspot.com/

1 ulasan:

  1. Harapan kena dengar cakap ulamak dai dulu Lim Guan Eng. Lge cakap kawal jabatan agama islam maka PH pun kena kawal la dan dgr kata org kafir tu.

    BalasPadam