Header Ads

ads header

Flash News

Kempen Emosi Untuk Elak Tunai Janji PRU-14


KERAJAAN baharu Pakatan Harapan telah mula memainkan emosi rakyat Malaysia dengan menarik simpati mereka melalui kempen di media sosial.

Kempen yang paling banyak tersebar sekarang ialah menarik simpati rakyat atas kesukaran pemimpin-pemimpin kerajaan baharu menyelesaikan masalah pendapatan negara.

Sebilangan netizen telah nampak dan menjangkakan apa yang berlaku: Pakatan Harapan menggerakkan kempen supaya rakyat bersimpati dan tidak mendesak serta mengkritik kerajaan kalau janji 100 hari tidak terlaksana.

Cubaan mengelak daripada menggalas masalah inilah yang menyebabkan Menteri Kewangan Lim Guan Eng sebelum ini mengatakan masalah dihadapi negara terlalu besar tetapi kemudian “u-turn” selepas melihat kesan buruk kenyataannya.

Pada masa yang sama, tentera-tentera siber PH di alam siber telah mula menyebarkan cerita-cerita emosi untuk mengalihkan sentimen yang telah dibina sejak berkempen sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 awal bulan ini.

Mereka mula mengatakan yang hutang wajib dibayar walaupun tidak dituntut, sedangkan sebelum ini menjanjikan hutang PTPTN dihapuskan dan pendidikan percuma diberikan.

Para cybertrooper ini bercerita tentang kenapa ramai orang muda yang rajin bercuti ke luar negara tetapi hutang belajar di universiti tidak sanggup dibayar dan mahu dilupuskan?

Ada juga daripada kalangan penyokong mereka yang mengatakan tidak perlu memansuhkan GST kerana mendakwa sebenarnya cukai ini tidak membebankan.

Sudah tentu hujah untuk mengekalkan GST ini tidak ada bezanya dengan hujah kerajaan Barisan Nasional dulu untuk memperkenalkan cukai yang efisyen ini.

Kalau kita melihat garis masa di Facebook, atau mesej-mesej yang sampai di Whatsapp, akan ada cerita-cerita emosi sebegini sampai kepada kita.

Khabarnya, ramai yang terkesan, tersentuh emosi apabila terbaca cerita Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sebak dan mengalirkan air mata apabila memikirkan kantung negara yang semakin tidak berisi, sedangkan Hari Raya Aidilfitri semakin hampir dan bantuan BR1M sudah dijanjikan.

Cerita sebenarnya, detail teknikal dan situasi sebenar perbendaharaan pasti jauh berbeza daripada apa yang diolah untuk menjentik emosi ini, tetapi inilah yang mudah memberi kesan orang ramai.

Nampaknya, kerajaan baharu PH memang bersedia untuk mungkir janji dan telah bersedia dengan kempen media sosial mengalihkan kesalahan kepada kerajaan dahulu dan mengolah persetujuan rakyat supaya reda dengan sebarang tindakan kerajaan nanti.

– Mynewshub.cc


......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
https://telegram.me/mindarakyat
https://www.facebook.com/Mindarakyat

10 ulasan:

  1. Rating pada hari pertama adalah 45%. Hari demi hari, flip berganti flop
    Minggu berganti minggu, flop berganti flip. Genap 100 hari rating mungkin berada pada paras 35%. Itu yang gelabah berok. Muahahaha.

    BalasPadam
  2. ralat-Kempen Emosi+DRAMA PECAH panggung santapan asasi pengundi 5 juta....

    BalasPadam
  3. SeghoPHaaaa BN laa depa

    BalasPadam
  4. Melayu mudah simpati dan selalu lupa

    BalasPadam
  5. hahaha...tak kira lah nak menangis ke nak melalak..janji tetap janji...Kalau tak PH adalah... Kerajaan Munafik..nak sngt kan..nak perintah sangat kan...rasa lah...selalu fitnah..caci.. kutuk BN kan...now Allah byr cash..what goes around comes around...ok..pembangkang well educated...isu emosi ke...we all bakul sampah jerrr...coz yng janji tu sapa...yng beri gula2 tu sapa..so...rakyat yng well educated..tetap tuntut janji...anak billionaire...robert kuok ada...kan..tak cukup duit minta kat depa..janji apa yng PH janji mesti dikotakan...masa dah singkat ni...tak yah berdalih lah...kuar air mata buaya pun we don't care...

    BalasPadam
  6. nak tunai janji mcn mana kalau duit dah tak der, kena buat yg lebih utama dahulu la, .. asalkan kerajaan yg baru ni lebih baik dari kerajaan dulu ok la,

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ewah ewah....masa buat janji tak pikir ke?

      Padam
  7. Dalam komen pun drama jgk.. Kalau xder duit camne nk tunai haha.. Belum pru bukan main bergegar mic pun dibaling.. Hari ni menang esok bla bla bla

    BalasPadam