Header Ads

ads header

Flash News

Macam2 Penindasan Yang Cikgu2 Alami Hanya Kerana Tak Sokong BN


Cikgu-cikgu dah lama ditekan dan dipergunakan oleh kerajaan sebelum ini. Tekanan politik bila masuk sekolah memang mengganggu urusan dan menimbulkan tekanan.

Bayangkan, ada sekolah yang mana GBnya orang kuat kerajaan lama mewajibkan semua guru perempuan pakai tudung merah pada setiap hari Isnin. Malah pernah didedahkan, ada sekolah menurunkan gambar Tun M bila Tun M keluar UMNO.

Belum lagi dicerita ada guru yang ditukarkan ke pedalaman hanya kerana bergambar dengan Anwar Ibrahim. Yang ditukarkan kerana hadiri ceramah pembangkang (masa itu), yang diberi amaran, surat tunjuk sebab dan dikenakan tindakan hanya kerana ada tampal pelekat parti pembangkang pada motor atau kereta.

Sedangkan mereka berbangga-bangga upload gambar dipersidangan UMNO, menyertai perhimpunan parti politik serta program-program bermotifkan politik.

Dia buat tak apa, orang buat memang kena.

Paksaan dan peraturan yang bermotifkan politik diserap ke sekolah untuk mengugut guru dan pendidik agar terus tunduk dan akur. Hal ini memang menjadi dendam yang terpahat dilubuk hati.

Itu semua penganiayaan dan kezaliman yang dipendam lama. Kudis jika dibiarkan boleh jadi barah.

Sebenarnya, ramai pendidik tidak layan pun politik. Ramai yang atas pagar. Mereka hanya turun menjalankan kewajipan masa mengundi sahaja.

Namun kezaliman dan penganiyaan serta tekanan politik dalam kerjaya mereka itu menjadi dendam. Mereka balas pada kertas undi untuk tukar kerajaan.

Mereka menghukum semula kerajaan lama menerusi pilihanraya bila suara mereka disekat dan tidak diberi peluang langsung untuk mempertahankan hak mereka.

Mereka benci ditekan oleh orang politik. Mereka benci pendidikan dipolitikkan. Mereka benci ada pendidik yang tak layak naik tapi diberi jawatan hanya kerana kabel politik.

Rosak sistem pendidikan bila dicampur aduk dengan politik. Bila jawatan orang atasan di sekolah, jabatan dan kementerian itu naiknya dengan cara politik, maka kotornya mengalir sampai ke bawah.

Semua warga pendidik terkesan dengan permainan politik dalam pendidikan.

Bersihkanlah semula pegawai yang naik dengan kabel politik dan selalu mengugut guru sebelum ini. Tolonglah bersihkan wahai kerajaan yang baru. Buang mereka ni, hantar semula menjadi guru biasa.

Naikkan mereka yang benar-benar layak dan berkaliber, bukan jenis kaki ampu.

Dan ingatlah kerajaan baru, jangan diulangi kesilapan kerajaan lama ini. Jangan ulangi perangai zalim mereka. Jangan ulangi sikap mereka yang salah guna kuasa dan gunakan kuasa politik untuk mengugut para pendidik.

Biarlah pendidikan di bawah pemerintahan baru lebih telus dan tidak diganggu dengan ancaman berbaur politik. Atau PRU akan datang mungkin pengundi atas pagar ini berubah fikiran. Hati-hati.

Asingkan politik dengan pendidikan. Barulah pendidikan kita akan terus maju dan terbilang.

*****
Ini adalah pendapat peribadi aku sahaja. Tiada statistik mahu pun data yang menyokong artikel ini. Kalian bebas untuk bersetuju atau tidak. Namun pada pandangan aku, inilah situasi yang perlu orang atasan nilai dan teliti.

Puaka Bersekutu
#MFS

Oleh : Mohd Fadli Salleh




......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
https://telegram.me/mindarakyat
https://www.facebook.com/Mindarakyat

2 ulasan:

  1. Napoleon kecil tidak bersetuju dengan warna kegemaran guru tidak harus berterusan. Lebih tidak harus berterusan ialah bilamana guru tidak bersetuju dengan warna kegemaran murid2nya.

    BalasPadam
  2. Setuju ,
    Berilah kebebasan pada setiap org.utk bergiat dlm Mana parti asalkan tidak tergsnggu kerja sekolahnya.

    BalasPadam