Header Ads

ads header

Flash News

MCA kaji kedudukan dalam BN - Liow


Satu daripada parti terbesar dalam BN mengumumkan akan mengkaji kedudukan mereka dalam gabungan itu dua hari selepas Pakatan Harapan (HARAPAN) memperoleh kedudukan majoriti di Dewan Rakyat.

Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata jawatankuasa pusat parti itu akan mengadakan pertemuan hari ini bagi membincangkan prestasi mereka pada PRU ke-14.

"Sementara itu parti juga akan membincangkan arah tuju politik MCA.

"Satu bedah siasat akan diadakan kemudian untuk meneliti pelbagai isu termasuk kedudukan MCA dalam BN serta langkah masa depan parti," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Penegasan itu diumumkan dua hari selepas MCA hampir kalah di semua kerusi yang ditandinginya dalam PRU pada 9 Mei lalu.

Dalam PRU kelmarin MCA hanya memenangi satu kerusi parlimen dan dua kerusi dewan undangan negeri (DUN).

Menurut Liow beliau juga tidak akan mempertahankan kedudukannya sebagai presiden MCA dalam pemilihan akan datang parti itu.

"Jawatankuasa pusat akan menggerakkan proses pemilihan parti sesuai dengan perlembagaan. Justeru kepimpinan baru akan dibentuk.

"Dengan itu saya secara rasmi mengumumkan tidak akan cuba mendapatkan mandat sebagai presiden MCA sekali lagi dalam pemilihan parti," katanya.

Bekas menteri pengangkutan itu juga memberitahu keputusannya untuk melepaskan jawatan pada pemilihan parti itu sudah diterima MCA.

Pada masa sama kata Liow MCA akan mencari formula bagi mengukuhkan proses reformasi parti.

Tambahnya MCA akan memainkan peranan sebagai parti pembangkang serta memantau kerajaan baru Malaysia.

"Penubuhan dan perkembangan MCA adalah daripada rakyat dan parti tidak teragak-agak untuk melakukan proses semak dan imbang ke atas pihak berkuasa dalam hal-hal kepentingan rakyat," katanya.

Dalam kenyataan sama Liow yang gagal mempertahankan kerusi parlimen Bentong itu turut mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.



......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Tiada ulasan