Header Ads

ads header

Flash News

Mukhriz Terkejut Harga Daging RM36 Sekilo


“SAYA terkejut apabila melihat harga daging di Kedah meningkat kepada RM36 sekilogram sedangkan pada 10 tahun lalu, ia berharga sekitar RM18 saja,” kata Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Sehubungan itu, beliau berkata, kerajaan negeri Kedah memandang serius isu kenaikan barang keperluan harian khususnya di bulan Ramadan.

Menurutnya, pihaknya dan kerajaan Persekutuan sedang merangka mekanisme bagi mengawal harga barang keperluan.

“Rakyat tertekan dengan keadaan ekonomi negara masa kini, ditambah pula dengan kenaikan harga tanpa kawalan yang menambahkan derita rakyat.

“Sehubungan itu, kita sedang berusaha mengatasi isu ini, tetapi memerlukan sedikit masa untuk menyelesaikannya,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Penyampaian Sumbangan dan Berbuka Puasa Peringkat Parlimen Jerlun di pekarangan Masjid Melele di Jerlun, malam tadi.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jitra berkata, dasar kerajaan negeri yang baru ini akan memberi tumpuan kepada golongan asnaf dengan meringankan beban hidup rakyat dan membantu mereka meningkatkan pendapatan. – Metro Online

MR : Ramai pemimpin tak pernah ke pasar, mana dia tahu harga barang dan kesusuhan rakyat?

......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
https://telegram.me/mindarakyat
https://www.facebook.com/Mindarakyat

10 ulasan:

  1. Wah jutawan (atau billionwan) konon terkejut melihat harga daging di Kedah meningkat kepada RM36 sekilogram. Takkanlah jutawan tak mampu beli daging pada harga RM36 / kg.

    Sepatutnya rakyat yang miskin dan sederhana terkejut berok melihat kenaikan harga keperluan asas sejak pakatan memerintah negara ini.

    BalasPadam
  2. Kita ucap terima kasih kepada pengundi ph yg memilih untuk membayar lebih tak lama lagi sst dijalankan maka barang2 asas akan hilang lagi dipasaraya dan kedai runcit sbb barang nak naik

    BalasPadam
  3. Tak lama lg akan ada menteri yg kata SST dapat menurunkan harga barang....

    #AM2.0

    BalasPadam
  4. yang penting najib turun ,barang asas/petrol x turun x per

    BalasPadam
    Balasan
    1. Komen 2:35 ptg ditulis oleh badut pakatan yang hanya pandai makan dedak sahaja.

      Padam
    2. Najib bukan masalah utama tapi system pemerintahan sekarang yg menjadikan najib mcm tu? Tengok mcmana system mengubah umno dan najib.. kalau system tak berubah.. ph pun akan jadi mcm tu jugak. Sepatutnya kerajaan bekerja utk rakyat.. tapi rakyat tak boleh tentukan apa yg diorg nak semua. Rakyat masih perlu dorongan dan nakhoda kerajaan pemerintah. Kalau nakhoda hidup berdasarkan janji palsu, fitnah dan jiwa sekular.. ada harapan ke nak jadi nakhoda yg bagus utk dunia dan akhirat?

      Padam
  5. Statistik menunjukkan penghuloq aka pelobi terbesar dalam PRU berlalu adalah para peniaga. Bila dah dapat kuasa, dividen harus mau. Tiada siapa boleh buat apa2 selain kuasa pengguna. Namun apakan daya kuasa pengguna sudah berpecah 4 atau 5. Telan meskipun pahit.

    BalasPadam
  6. Malaysia tidak menjadikan bidang pertanian sebagai satu sekuriti negara. Saya tidak terkejut dengan harga daging RM 36 sekilo memandangkan harga makanan ternakan terlalu mahal. Harga daging lembu di Terengganu RM 30-32 sekilo. Pengalaman saya penduduk kampung berpakat menyembelih lembu sendiri menunjukkan harga tersebut tidaklah menguntungkan mana setelah ditolak kos masa dan tenaga ianya sekadar pulang modal sahaja

    BalasPadam
  7. Komen2 yg positif = penjual daging/org yg berkepentingan

    Komen2 yg negatif = pengguna/ marhaen

    😁😁😁

    BalasPadam
  8. awat yang dia duk pi banding dengan 10 tahun lepaih tu.. awat tak banding harga zaman dia jadi MB?? sebab lebih kurang jugak kan harga tu.. tak payah nak terkejut sangatlah..

    BalasPadam