Header Ads

ads header

Flash News

Orang Melayu Islam dah hilang kuasa kepada bukan Islam?


Orang PH bertanya;
"Apa bukti orang Melayu Islam dah hilang kuasa kepada orang Cina, India dan bukan Islam? Siap kau kata orang Islam dalam PH bodoh dah kena brainwash menentang bangsa dan agama sendiri. Apa bukti kau ada? "


Dan aku jawab;
Setakat ni banyak. Tapi aku ambik satu yang paling nyata dan terbaru. Kes pelantikan menteri antara Lim Guan Eng dengan Dr Mazlee.

Lim Guan Eng dah didakwa di mahkamah tapi masih dibenarkan jadi menteri. Kalau BN atau PAS buat gini tentu Bar Council dan korang  bagai dah protes siap buat demonstrasi. Pada waktu yang sama Lim Guan Eng dan parti DAP dah banyak keluarkan statement statement yang rasis dan menentang Islam. Tapi ada orang Islam dalam PH peduli? Tak ada. Mereka sokong jer macam lembu.

Masuk je kes Dr Mazlee, orang bukan Islam dalam PH mula protes kata dia sokong Dr Zakir Naik. Mula timbul isu dia pensyarah UIA tak sesuai sebab credential dia lebih kepada agama, perlu menteri yang berfikiran sekular. Yang sedih tu orang Islam dalam PH bergaduh sesama sendiri isu ni. Yang menyokong dan yang menentang pelantikan Dr Mazlee. Siap dedua group buat petition kumpul sokongan online.

Waktu buat petition ni nyata group anti Islam menang. Ni disebabkan sokongan ramai bukan sahaja dari bukan Islam tetapi juga orang Islam PH yang dah dijaja jawatan tu patut diberi kepada Mahathir. Orang Islam PH ni lupa ke PM dalam PH tak boleh pegang portfolio ikut manifesto PH?

Last last orang Islam dalam PH yang ada kesedaran sikit ni, terpaksa minta bantuan daripada group PAS dan BN untuk tandatangan petisyen tersebut. Bayangkan sehingga isu lantik menteri pun orang Islam dalam PH terbahagi dua, dan akhirnya kena minta bantuan luar  begitulah hinanya kedudukan orang Islam dalam PH.

Terpaksalah demi mempertahankan portfolio pendidikan daripada jatuh ke tangan puak sekular dan tentera dajjal, orang Islam bersatu. Walaupun pahit bagi PAS membantu salah sorang yang memfitnah PAS, pahit bagi UMNO membantu parti yang memfitnah kata negara nak bankrap tapi rupa rupanya tak bankrap, kena jugak buat demi menyelamatkan pendidikan anak anak dan cucu daripada kesesatan. Barulah petition untuk Dr Mazlee naik dan setakat ni melebihi petition mereka yang membantah.

Persoalannya sampai bila kena jadi begini, yakni orang Islam PH akan selalu minta bantuan PAS dan UMNO/BN untuk mempertahankan Islam? Akan tiba waktu dan situasi kami dari PAS maupun UMNO tak dapat menolong. Apa akan jadi kepada orang Islam di negara ni bila dipimpin oleh parti sebegini?

Lemah sungguh kedudukan orang Islam di dalam PH. Mereka tak mampu mempertahankan Islam langsung. Lantik menteri pun mereka kalah. Sedang seorang bukan Islam yang didakwa rasuah di mahkamah, datang dari sebuah parti rasis dan islamiphobic, tak timbul masalah langsung jadi menteri. Menteri Kewangan pulak tu. Seorang Islam yang menyatakan sokongan kepada Zakir Naik dan Islam, timbul pelbagai masalah.

Itulah bukti negara kita dah dijajah semula secara halus oleh orang bukan Islam. Orang islam dalam PH hanyalah boneka yang senang diperkotak katikkan. Tanpa majority, mereka tak ada leverage untuk duduk berbincang dengan orang bukan Islam as equals. Pedulikan tentang perlu 2/3 undi dan persetujuan Majlis Raja raja untuk pinda perlembagaan bagai. Tak sampai few hours PH menang para penyokong PH dah mintak Agong Sultan semua dihapuskan. Nabi dan Islam dihina secara terbuka online. Orang Islam dalam PH diam jer. And now lantik menteri pun masalah.

Menang sorak tapi kampung tergadai. Itulah nasib orang Islam di dalam PH.

Nor'ezah Sujakhttps://m.facebook.com/groups/1912147758998071?view=permalink&id=2032955470250632


......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
https://telegram.me/mindarakyat
https://www.facebook.com/Mindarakyat

20 ulasan:

  1. Inilah masalahnya,bila pendokong2 PH yg hanya beragama Islam tetapi krg menghayati tuntutan2 Islam itu sendiri. Terperangkap dgn perangkap yg mereka sndiri pasang!

    BalasPadam
  2. Bila dah ramai kecapi kesenangan bertambah ramailah enau dalam belukar. Enau ini hanya fikir untuk lepaskan pucuk masing2. Walhal ada ramai lagi yang tidak mewah yang hanya boleh berpaut pada dahan yang kukuh dan dahan kukuh itu hanya boleh tumbuh menerusi semangat kesatuan.

    BalasPadam
  3. Apa boleh buat... nasi dah jadi bubur... makan bubur la 5 tahun ni

    BalasPadam
  4. yg paling WIN OTOK LEMBU aka cucuk idung aka menang sorak maruah tergadai ashamed

    BalasPadam
  5. Artikel fitnah .. kata matang dan sejahtera ... kesian tgk, meroyan la korang dgn cerita2 mimpi krg .

    Kalau ini je level fakta dan hujan orang PAS smp bila jd pembangkang .. 100 tahun pon tak heran ..

    Islam yg penuh kebencian walhal nabi dah ajar Islam yg penuh kasih sayang .

    BalasPadam
  6. pas asyik berdoa agar Malaysia diambil oleh org kafir knp ? pelik

    BalasPadam
  7. Yang tulis mcm sakit hati sebab kalah je hahahahaaaaaaa

    BalasPadam
  8. Kenapalah mereka ni suka mengulang2 ulasan yg sama, menuduh orang2 PH yg kononnya "Islam tetapi krg menghayati tuntutan2 Islam itu sendiri. Terperangkap dgn perangkap yg mereka sndiri pasang!" Bijak benor menilai keIslaman orang lain. Sakit hati benor LGE yg non-muslim diangkat sbg menteri dlm kerajaan. Kenapa tak nak lihat kredibiiti dia sbg seorang yg ada merit memegang portfolio trs dn dia dibantah semata2 kerana dia seorang cina. Mempertikai dn khuatir Tun M pegang 2 portfolio, kononnya bersalahan dgn manifesto, jadi PM juga jadi menteri pendidikan, skr hal itu tak jadi pun masih nak melalak ke? Dan mendabik dada kononnya Tun tak jadi menteri pendidikan kerana ada campurtangan petition drp mereka. Ya Allah.... riaknya.

    Pselah WU, jgn terlalu pertikai PH nak buat kerja, nak susun negara. Nak tegur nak pertikai, PH baru saje melangkah dn jangan terlalu nak membantah hanya berdasarkan kpd andaian2 dan berkalau2. Nasi yg PH baru tanak belum jadi bubur, kalau terlebih air masih boleh dikurangkan lagi airnya supaya nasi tak lembik dn enak dimakan. Jgnlah terlalu jumud dan fikir kalau pihak PAS aje boleh memerintah dgn baik. PAS perintahlah dgn baik mengikut cara pas sendiri sementara PH biarlah PH perintah negara dgn acuan PH sendiri. InsyaAllah, orang Islam PH tetap atas landasan Islam juga cuma tak ditrompetkan sekuat spt PAS lakukan. PAS ada Allah, orang2 Islam PH pun ada Allah juga, Allah yg Satu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tolong bagitau pada Siti Kassim la ye!

      Padam
    2. Org Islam PH xleh wat bising2 sungguh,kang kena sound geng2 siti kassim,senyap lallu bohh..��

      Padam
    3. ko yang berkokok pasal hebatnya PH ko tu... ko sendiri ada kuasa ke dalam PH tu..?

      Ko cuma tgh mencangkung depan periuk nasi yg dimasak geng liberal ni semua sambil tunggu nasi masak ja....

      PAS dan UMNO dah Nampak dah yg nasi ko tu nak jadi bubur. Cuma ko ja tak nak percaya sebab belum jadi lagi.

      soalan..
      ko ada kuasa ke nak top-up atau buang air dalam periuk tu atau sekadar tengok..?

      Stupidity knows no bounds.

      Padam
  9. PAS PIS PUS . PAS bukan agama . Jgn Taksub .

    BalasPadam
    Balasan
    1. PAS bukan Agama,PAS adalah pejuang dlm menegakkan Agama ISLAM!

      Padam
    2. Statement ni macam penah ku dengo... dah lompat rupenyee..

      Padam
  10. Bila Siti Kassim tunjuk jari tengah,fuhhhh, org Islam PH tunjuk ibu jari...

    BalasPadam
  11. Pas kena byk berdakwah. 80% umat islam di malaysia tak solat 5 waktu(ni kajian dr university). Mcm mana nak pikir pasal kedaulatan islam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. U islam jugak kee or not ..kalau islam apa u buat tentang org islam yg ramai tak solat..

      Padam
  12. Boleh bagi last link yg kata dr maszlee dituduh sokong dr zakir naik dan ada bukan islam yg tak setuju dia jadi menteri?
    2."Pada waktu yang sama Lim Guan Eng dan parti DAP dah banyak keluarkan statement statement yang rasis dan menentang Islam. Tapi ada orang Islam dalam PH peduli? Tak ada. Mereka sokong jer macam lembu." Boleh sertakan link yg menyokong hujah ni?

    Saya harap WU tidak jadi seperti platform parti lain yg hanya fitnah aja lebih.
    Kemukakan bukti

    BalasPadam
  13. Siapa buat andaian kedengkian ... Allah yang mengadilinya .... Takutlah azab ALLAH ....

    BalasPadam