Header Ads

ads header

Flash News

PAS dan PRU14, satu pandangan awal


Pilihan Raya Umum ke-14 baru ini dicirikan oleh gelombang populisme yang kuat, hingga menenggelamkan Umno dan BN dan menyapu sekali PAS, walaupun parti Islamis ini dapat menguasai dua negeri.

Bagi PAS, kesan populisme menolak GST dan BN ini menyebabkannya tewas teruk di Pantai Barat, walaupun menyimpan harapan untuk menambah kerusi Parlimen di Selangor terutamanya.

Tetapi, dilihat dari dalam, kegagalan PAS kali ini sebahagian besarnya melibatkan kegagalan media (media rasmi dan penerangan parti) dan kelemahan strategi, terutama dalam menerangkan mesej manifesto dan dokumen besar lain seperti WINS, Dokumen Hijau.

Ramai pemimpin PAS sendiri tidak mampu menerangkan dokumen-dokumen penting parti ini kepada umum.

Seperti wujud satu "paradox of plenty" apabila dokumen dan mesej yang banyak ini tidak ada satupun yang dapat dipersembahkan dengan berkesan kepada pengundi.

Media PAS - yang sifatnya sangat tradisional dan eksklusif - hampir tidak kelihatan dalam pilihan raya kali ini, walaupun kehadiran di media sosial dirasai pada tahap tertentu.

Jelas sekali selepas pilihan raya kali ini, media sosial ialah wilayah populis anti-Umno dan anti-PAS. Kekuatan tentera siber PAS tidak cukup menangani lawannya.

Tidak ada mesej besar utama yang dapat disampaikan kepada umum yang menyentuh keresahan mereka dengan baik.

Mesej PAS masih banyak diungkapkan dalam bahasanya yang kurang difahami orang ramai dan kurang usaha untuk menterjemahkannya kepada pengundi - berdasarkan prinsip KISS, "Keep it simple, stupid."

Kempen negatif terhadap PAS juga memberi kesan sehingga ia dikaitkan dengan Umno yang tidak popular.

PAS juga muncul dengan Gagasan Sejahtera dalam bentuk tidak sempurna dan tidak kohesif dibandingkan dengan Pakatan Harapan yang juga menggunakan satu logo yang dikenali, dan berjaya dilihat sebagai pilihan lain selain BN.

PH mempunyai parti-parti komponen yang jelas, dirasakan keberadaannya, mempunyai tokoh-tokoh nasional dan calon perdana menteri yang berpengalaman, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kemunculan Gagasan Sejahtera sebagai satu blok hanya ditonjolkan dengan lebih agresif menjelang pembubaran Parlimen, tempoh yang amat singkat sebelum hari pilihan raya.

Berbanding PKR, PPBM dan malah juga Umno, PAS tidak kelihatan mempunyai pemimpin muda yang prominen dan tidak mempunyai tokoh "pemuda cool" yang menarik kepada ramai pengundi muda, menjadikannya secara perbandingan amat eksklusif.

Hampir keseluruhan masalah yang melanda berhubung dengan masalah media dan komunikasi PAS yang gagal menjadi senjata penting dalam pertempuran kali ini.

Walau bagaimanapun, jumlah undi yang besar diperolehi dan ahli-ahli yang masih komited mungkin boleh mengubah nasib PAS menjelang pilihan raya umum selepas ini, sekiranya masalah-masalah ini ditangani dengan cara yang sering disebutnya: teknokratik dan profesional.

Hariz Zalkapli

......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
https://telegram.me/mindarakyat
https://www.facebook.com/Mindarakyat

8 ulasan:

  1. Bila simpati terhadap Wak Men Dela membusut2 dan keangeran terhadap aparjid melimpah-limpah lowlife lah yang paling basah kuyup, high life cuma terkena tempiasnya saja. Kini Wak telah lepas, euporia menggantikan anger, undi simpati bakal hilang, padang kini seimbang.

    BalasPadam
  2. Jaga jaga DSAI sedang menyasarkan Terengganu dan Kelantan untuk PRU 15

    BalasPadam
  3. PAS wajib wujudkan strategi dan pelan media sosial yang menyeluruh dan ampuh mulai sekarang. Pertarungan bukan lagi pada bendera siapa yang paling tinggi dlm PRU15.

    BalasPadam
  4. PAS perlu mengorak langkah terutamanya mengalas harapan aspirasi anak muda yang menjadi penyokong pelapis seperti peluang pekerjaan,sukan dan lain lain. Adalah dijangkakan kadar pelancong yang mengunjungi Terengganu akan meningkat yang mana ini boleh merancakkan ekonomi. Kerajaan Terengganu wajar mempercepatkan pembinaan pasar borong moden di Bukit Payong yang menjadi nadi pemacu pertanian,membina replika batu bersurat di Pulau Warisan sebagai mercu tanda Kuala Terengganu yang mana para pelancong boleh memasarkan negeri melalui foto foto percuma. Kegiatan bercorak keagamaan akan semakin melonjak kesedaran di kalangan rakyat. Apa yang penting ialah menunaikan janji dalam manifesto pru 14 yang lalu. Pemikiran lama iaitu masih bersikap seperti pembangkang walaupun sudah menjadi kerajaan perlu dikikis

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tambahan sedikit...
      -perlu dijaga kebersihan di semua tempat bukan hanya tertumpu di kawasan pelancongan sahaja...targetkan 'sampah sifar'
      -wujudkan aktiviti lasak yang agak lain dari tempat lain...contoh 'Jelajah Paya'

      Padam
  5. Setuju sgt dgn artikel ini. Pas banyak kelemahan dan yg paling menonjol ialah sosial media nya. Walaupun terkenal dgn sikap anti Pasnya, tapi malaysiakini tetap unggul cara pemberitaan dan propagandanya sampai org Pas sendiri pergi ke sana utk mendapatkan berita. Selagi Pas tidak dapat bersaing dalam media sosial dgn memiliki satu pasukan portal online dan cybertrooper yg agresif, it is a matter of time saja sebelum Kelantan dan Terengganu turut dicabar PH, itupun apabila penggunaan internet di sana mula meluas berbanding skrg. Come on Pas. Cubalah jadi pro aktif. We all love you.

    BalasPadam
  6. Saya sangat2 setuju.. Media PAS agak ketinggalan. Saya banyak mempromot PAS dilaman sosial tetapi agak sukar mendapat maklumat dari pihak PAS. Kekadang saya pon kompius maklumat yg nak disampaikan tu betul atau tidak pasal dapat dari pihak ke-3 dan ke-4.

    BalasPadam