Header Ads

ads header

Flash News

PAS Kedah serah pada PAS pusat putuskan tindakan selanjutnya


PAS Kedah sedang menunggu keputusan kepimpinan PAS P\pusat berhubung tindakan yang perlu diambil setelah parti memenangi 15 daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14) ini.

Pakatan Harapan menguasai negeri Kedah selepas mendahului dengan 18 daripada 36 kerusi DUN yang dipertandingkan pada PRU14. BN memenangi tiga kerusi DUN dan PAS 15 kerusi.

"PAS bertuah dapat tambah bilangan kerusi DUN menjadi 15, manakala Parlimen tiga kerusi iaitu di Jerai, Pendang dan Sik. Cuma bilangan (kerusi DUN) tersebut tidak dapat untuk PAS bentuk kerajaan. Bagaimanapun, PAS sedia untuk berada dalam apa saja posisi sama ada menjadi pembangkang atau kerajaan di negeri ini bergantung kepada PAS pusat," kata Pesuruhjaya PAS negeri Dr Ahmad Fakhruddin Sheikh Fakhrurazi.

"Kalau menjadi pembangkang, kami akan menjadi pembangkang yang kuat dan jika mahu membentuk kerajaan pula, apa yang paling mustahak adalah membentuk kerajaan yang stabil dari segi politik," katanya dalam sidang media khas di Kompleks PAS Kedah di Kota Sarang Semut  awal pagi ini.

Ahmad Fakhruddin berkata PAS negeri yakin sebarang tindakan yang diambil oleh kepimpinan PAS pusat pastinya akan bersandarkan kepada kepentingan rakyat.

Berhubung dakwaan bahawa PAS mahu menjadi penentu di Kedah, beliau mengakui perkara itu tidak mustahil.

"Seperti mana diungkapkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum ini, PAS hanya akan bersama dengan gabungan yang boleh menerima tawaran kami," katanya.

- Bernama



......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/

Tiada ulasan