Header Ads

ads header

Flash News

Pembahagian barisan exco Pulau Pinang tak adil, kata Adun PKR


GEORGE TOWN: Seorang Adun PKR hari ini mendakwa barisan exco berat sebelah kepada DAP, walaupun kemenangan di 37 daripada 40 kerusi DUN pada pilihan raya baru-baru ini dimenangi Pakatan Harapan (PH) secara bersama.

Adun Penanti Norlela Ariffin berkata barisan exco PH di Selangor, Negeri Sembilan dan Johor nampak lebih adil berbanding Pulau Pinang.




Beliau berkata bilangan kerusi yang dimenangi PKR, Amanah dan PPBM dijumlahkan menjadi 18 kerusi, hampir menyamai 19 kerusi yang dimenangi DAP.

Beliau berkata pada pilihan raya lepas mereka yang mengundi Pakatan Harapan di kawasan bandar kebanyakannya pengundi Cina, tetapi kali ini pengundi Melayu juga mengundi PH.

“Barisan exco mesti seimbang dan mencerminkan perkongsian kuasa di portfolio penting. Pengundi Melayu memberi kepercayaan kepada kita apabila mereka menyertai PKR, Amanah dan PPBM,” kata Norlela.

Brisan exco sekarang tidak termasuk ketua menteri ialah 7 dari DAP dan 3 dari PKR. Pecahan wakil rakyat di Dewan Undangan Negeri ialah 19 dari DAP, 14 dari PKR, 2 dari Amanah, 2 dari Barisan Nasional dan 1 dari PAS.

“Saya harap Majlis Presiden PH boleh berbincang sama ada barisan exco mesti adil dan mencerminkan kedudukan di Dewan Undangan Negeri,” kata Norlela.

“Porfolio utama iaitu perumahan, kerajaan tempatan, kerja raya, utiliti, sukan dan sebagainya sama seperti barisan exco penggal lepas.


“Walaupun jawatan timbalan ketua menteri 1 diberi kepada Ahmad Zakiyuddin Ahmad Rahman yang dihormati sebagai seorang jurutera kawalan banjir, dia tidak diberi portfolio prasarana yang penting itu di mana dia oleh menyumbang kepakarannya.

Zakiyuddin yang mewakili DUN Pinang Tunggal diberi portfolio hal ehwal Islam, pembangunan industri dan hubungan antara kaum.

Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata barisan exco sekarang mengikuti nisbah 7:3 DAP kepada PKR seperti penggal lepas.

Nisbah itu dianggap “formula kemenangan” bagi memastikan janji pilihan raya dipenuhi.

Pada pilihan raya 2013, Pakatan Rakyat yang terbubar menang 30 kerusi DUN. DAP menang 19 kerusi, PKR 10 dan PAS 1. BN ketika itu memegang 10 kerusi.


......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
https://telegram.me/mindarakyat
https://www.facebook.com/Mindarakyat

2 ulasan:

  1. untuk apa KERUSI banyak kalau permintaan khalayak masuk telinga kiri keluar telinga kanan

    untuk apa kuota KERUSI samarata kalau jurang pemilikan rumah dan harta terus tidak sama tara.

    BalasPadam
  2. nak kebersamaan dgn dap .. jgn beharap sangat laa..

    BalasPadam