Header Ads

ads header

Flash News

Penganalisis politik, Khoo Kay Peng persoal Azmin sebagai menteri ekonomi


Penganalisis politik, Khoo Kay Peng mempersoalkan keputusan Dr Mahathir menamakan Datuk Seri Azmin Ali sebagai menteri hal ehwal ekonomi sedangkan beliau sudah dilantik sebagai menteri besar Selangor.

Katanya, ia adalah kementerian berbeza yang bukan lagi memfokuskan ekonomi tradisional.

“Ini berbeza daripada jawatan menteri kewangan yang merangkumi perbendaharaan, bank pusat dan Suruhanjaya Sekuriti. Beliau akan menjadi akauntan Kabinet.

“Ada ekonomi baru, ekonomi digital, industri 4.0 dan banyak lagi. Skopnya semakin besar dan industri itu lebih banyak lapisan.

“Kedudukan Malaysia sama dengan ekonomi semakin berkembang seperti Myanmar, Vietnam, Thailand dan Indonesia, banyak perkara yang perlu dilakukan.”

“Beberapa orang daripada mereka ialah menteri dan ahli Parlimen kali pertama. Menteri Kabinet datang dengan pelbagai kemahiran dan dalam dunia hari ini, anda juga perlu menjadi seorang teknokrat kerana tugas meliputi pelbagai aspek.


......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
https://telegram.me/mindarakyat
https://www.facebook.com/Mindarakyat

1 ulasan:

  1. Macam ada kaitan dengan bilangan kritikan terhadap Mahathir.

    Ada yang amat kritikal, ada yang kurang kritikal dan ada yang play safe.

    Antara Raft Easy dan Maminco, pencarian di web, dapat menentukan yang mana satu kritikal terhadap Tun dan yang mana satu play safe.

    Makanya jangan hairan bila dua jawatan utama dalam kabinet dapur terlepas dari tangan Raft Easy meskipun kelayakannya mengatasi Maminco.

    BalasPadam