Header Ads

ads header

Flash News

Perang dalam Harapan Makin Menarik Wong Chen masuk bantu Rafizi


Anggota Parlimen Subang Wong Chen hadir mempertahankan Rafizi Ramli, yang dikritik hebat selepas mendakwa Tun Dr Mahathir Mohamad tidak berbincang dengan PKR sebelum melantik tiga menteri hari ini.

Wong berkata Rafizi berbuat demikian kerana tidak mahu pentadbiran Mahathir bermula dengan langkah yang salah, justeru berani menyatakan teguran kepada perdana menteri.

"Dan kerana itu dia dicerca kebanyakan di kalangan anda. Sikap tidak mempersoalkan autoriti yang tidak sihat inilah punca utama mengapa kita membenarkan Najib dan Rosmah memerintah kita selama sembilan tahun," katanya di Facebook malam ini.

Dalam sidang media petang tadi, Mahathir mengumumkan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng sebagai menteri kewangan, Presiden AMANAH Mohamad Sabu sebagai menteri pertahanan, manakala Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai menteri dalam negeri.

Menurut Perlembagaan Persekutuan, pelantikan menteri kabinet dibuat Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat daripada perdana menteri.

Rafizi bagaimanapun mendakwa Mahathir tidak berunding dengan PKR berhubung perkara itu, bertentangan dengan Pakatan Harapan yang mengutamakan konsensus.

Wong berkata PKR adalah parti terbesar dalam kerajaan baru, dengan 47 anggota parlimen dan seorang anggota parlimen bebas yang bersepakat dengan parti itu.

Justeru, katanya, apabila tiada portfolio diumumkan untuk PKR, Rafizi menyuarakan bantahannya.

"Belum ada untuk PKR, parti terbesar dalam HARAPAN? Jadi apakah tindakan Rafizi yang salah di pandangan orang ramai?

"Beliau menyatkan kebenaran bahawa pelantikan dibuat tanpa restu PKR. Kemudian beliau beritahu Dr Mahathir akan bertemu Anwar di hospital untuk mendapatkan pandangannya dan berharap mereka akan dapat meperbetulkan isu ini," katanya.

Malaysiakini difahamkan Mahathir telah bertemu Anwar di Hospital Rehabilitasi Cheras dan meninggalkan hospital itu pada kira-kira 7 petang tadi tanpa bertemu media.

Dalam sidang media hari ini, Mahathir turut berkata kesemua empat parti komponen HARAPAN masing-masing diminta menghantar tiga nama, bagi baki tujuh kementerian yang belum diumumkan.

Kementerian itu adalah Kementerian Pendidikan; Kementerian Pembangunan Luar Bandar; Kementerian Ekonomi; Kementerian Kerja Raya; Kementerian Pengangkutan; Kementerian Multimedia, Sains dan Teknologi; dan Kementerian Luar Negeri.


Khai Rul dari Ungku Omar Polytechnic berkata kalau terlalu banyak sangat jurucakap dalam kerajaan susahlah PM nak buat kerja.Rakyat gelak je. Tak kan nak tunggu PKR baru boleh buat keputusan kata Khai. Khai berkata lagi PKR bertanding kawasan campuran sebab itu banyak kerusi dimenangi berbanding parti lain dalam gabungan. Kata bukan sebab kekuatan PKR, tetapi rakyat memilih sebab Tun M dan UMNO yang telah rosak.

Andy Jo Hor  pula kata "Apa pulak yg takde portfolio nye...PKR dah diberi jawatan TPM...tu bukan jawatan kanan ker...tu yg paling kanan kan...aduhai...yg sokong pun bongkak plak.... 4 presiden 4 jawatan kanan....apa masalag lg...cara menegur dah nampak korang pun tamak jawatan...mcm mana ni...aduhai....jgn buat aku rase sia2 plak sokong PH k..."

 


Nampaknya PKR telah menunjukkan sikap tamak selama ini. Sebelum ini mereka bergabung dalam PAKATAN RAKYAT bersama PAS dan DAP membuat perangai macam itu juga sehingga PAS memutus tahaluf siasi kerana dikatakan PKR mengkhianati perjanjian antara mereka. Dulu orang tak nampak sikap buruk PKR tapi kini ramai sedar bahawa PKR banyak buat onar dalam PR dan juga HARAPAN.

......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
https://telegram.me/mindarakyat
https://www.facebook.com/Mindarakyat

5 ulasan:

  1. Dalam konteks pembahagian hampas perang, Baba mestilah dapat lebih dari 'Abang Beso' dan Abang Beso akan dapat lebih dari adik pompuan.

    Nak buek camno.. dah kor yang gate tangan pi declare deper tu Baba Saviro dan Abang Beso.. haha tak payah nak luah bagai.. telan jer.

    BalasPadam
  2. Tukar la minda rakyat ni jd website official mcm fmt...blogspot ni cikai sgt

    BalasPadam
  3. yg myebabkan pkr menang banyak tu sbb semua calon PH guna logo pkr walaupun dr parti yg berlainan. jadi nampak pkr bnyak menang majoriti la hahha.

    BalasPadam
  4. Saudara rafizi ni byk kebolehan, dan tak blh nafi kebijakannya, jauh pandangannya..

    BalasPadam
  5. Baqu nak tau itu sebab Pas ada prinsip... yg tau UG UG UG... last2 Ph yg UG dgn Bn takpa la pulak... nanti hampa kena kencin dgn tok Det la... baqu padan muka....

    BalasPadam