Header Ads

ads header

Flash News

Shukri sudah minta maaf panggil saya pengkhianat negara


PETALING JAYA: Bekas ketua pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Dzulkifli Ahmad menerima permohonan maaf daripada penggantinya, Datuk Seri Shukri Abdull yang melabelkannya “pengkhianat negara” semalam.

Dzulkifli dalam satu kenyataan hari ini berkata, tuduhan itu teramat berat kerana hampir 25 tahun berkhidmat kepada kerajaan, beliau menjalankan tugasnya dengan penuh bertanggungjawab, profesional serta komitmen tinggi.

“Saya sesungguhnya tidak pernah pada bila-bila masa menjadi atau bertindak sebagai ‘pengkhianat negara’.

“Bagaimanapun, saya amat terharu dan ingin memaklumkan Datuk Seri Shukri menghubungi saya pagi ini melalui WhatsApp dan sebagai seorang yang berjiwa besar, beliau memohon maaf kepada saya di atas kenyataan yang tidak sepatutnya dikeluarkan terhadap diri saya dalam sidang media semalam.”

Semalam, Shukri berkata, beliau memohon persaraan awal pada 2016 dengan alasan mahu menyambung pengajian kerana tidak mahu berkhidmat di bawah Dzulkifli yang dianggapnya pengkhianat.

“Di akhir perkhidmatan (Ketua Pesuruhjaya SPRM ketika itu) Tan Sri Abu Kassim Mohamed dan saya, kami dengar desas-desus ketua setiausaha negara (KSN) tidak suka Tan Sri (Abu Kassim). Saya berusaha bersungguh-sungguh yakinkan KSN untuk letakkan Datuk Seri Mustafar Ali sebagai pengganti.

“Kemudian Dzulkifli dilantik sebagai ketua SPRM, saya takkan bekerja di bawah seorang pengkhianat.

“Dzulkifli datang pada 1 Ogos 2016 dan saya keluar bulan Oktober. Saya tidak akan kerja di bawah beliau.

“Saya buat permohonan berhenti awal dan pergi ambil kursus. Anda tahu saya ambil kursus apa? Saya ambil kursus bahasa Arab di UKM (Universiti Kebangsaan Malaysia), saya tak kisah, asal dapat keluar dari SPRM.”


......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
https://telegram.me/mindarakyat
https://www.facebook.com/Mindarakyat

1 ulasan:

  1. Institusi itu bukanlah gelanggang mak bawang membebel terhadap pak bawang. Kalau nak membebel pi kedai kopi. Kat situ bolehlah mak bawang pok pek pok pek puas2!!!

    BalasPadam