Header Ads

ads header

Flash News

Terengganu Diiktiraf Destinasi Mesra Muslim


SEKTOR pelancongan Terengganu mencatat satu lagi kejayaan apabila diiktiraf sebagai Destinasi Mesra Muslim, selain Banda Acheh, Indonesia.

Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, pengiktirafan Anugerah Standard Kualiti Islam (IQS) daripada Universal Crescent Standard Center (UCSC) itu, menjadi pemangkin untuk kerajaan negeri mencapai sasaran menjadikan negeri penyu ini sebagai Koridor Pelancongan Islam Antarabangsa.

Beliau berkata, pengiktirafan yang mengujakan itu juga diharap dapat menarik lebih ramai pelancong dari Asia Barat dan negara Timur Tengah untuk berkunjung ke negeri ini.

“Terengganu sebenarnya banyak kapasiti pelancongan yang boleh dibangunkan untuk menjadi hab pelancongan.

“Sekarang ini kita lihat, negara menerima ramai pelancong Timur Tengah, bagaimanapun sebahagian besar mereka ini tidak datang ke Terengganu.

“Jadi pengiktirafan sebagai Destinasi Mesra Muslim ini diharap dapat menjadi alat untuk kita menarik perhatian pelancong Timur Tengah untuk datang ke Terengganu.

“Kalau diikutkan, Terengganu mempunyai tarikan pelancongan serba lengkap dengan jajaran pantai dan pulaunya yang tercantik, alam semula jadi yang memukau selain terkenal sebagai tapak penyebaran Islam.

“Namun masih kurang menerima pelancong dari negara Timur Tengah,” katanya selepas Majlis Penyerahan Anugerah Standard Kualiti Islam daripada UCSC dan Majlis Berbuka Puasa Bersama Portfolio Pelancongan di Kuala Terengganu, semalam.

Hadir sama Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat negeri, Ariffin Deraman dan Pengarah Jabatan Pelancongan negeri, Tun Ahmad Faisal Tun Abd. Razak.

Mengenai kemungkinan tema pelancongan Islamik itu akan menjejaskan kemasukan pelancong bukan Islam terutama dari negara Barat dan China, beliau berkata, ia persepsi salah yang perlu diperbetulkan.

“Sebenarnya ramai tidak faham dalam bidang pelancongan juga, kita ada pertimbangan Islam dan sebagai kerajaan di bawah pentadbiran PAS sudah tentu kita mahu menitikberatkan pelaksanaan tema Islam itu dalam semua aspek.

“Mungkin di awalnya ada sedikit rasa kurang selesa bagi pelancong bukan Islam, tetapi saya yakin apabila mereka faham mengenainy ia tidak akan menjadi masalah kerana tidak ada apa yang boleh menjejaskan mereka pun (pelancong bukan Islam),” katanya. – Metro Online


......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
https://telegram.me/mindarakyat
https://www.facebook.com/Mindarakyat

4 ulasan:

  1. Kebersihan adalah faktor penarik utama. Kalau pantai barat gagal dalam aspek ini, pantai timur harus lebis tegas dan zero kompromi dlm aspek jagaan kebersihan agar mampu tampil lebih bergaya dan berjaya capai apa yang pantai barat gagal mencapainya.

    BalasPadam
  2. dalam masa 2 minggu macam2 aktiviti/programe utk rakyat dijln oleh pemerintah DANA RAYA,air percuma 20 m3 KARNI PERKAHWINAN.tuuu belum dapat royalti lagi tu.dgr nk dpt tanah lot rumah plok. ini mcm nak pindah duduk trengganu

    BalasPadam
  3. Saya cadangkan kerajaan mengalih replika Batu Bersurat dari bulatan ladang untuk diletakkan di Pulau Warisan sebagai mercu tanda Bandar Kuala Terengganu. Bila para pelancong mengambil gambar maka secara tidak langsung mereka mempromosi Negeri Terengganu. Kedudukan Batu Bersurat di bulatan ladang tidak strategik dan menyukarkan para pelancong mengambil foto dsb. Kerajaan juga perlu memikirkan untuk membina satu Masjid Negeri yang moden. Boleh memuatkan jamaah sehingga 10000 orang. Segala aktiviti sambutan keagamaan boleh dilakukan di sini

    BalasPadam