Header Ads

ads header

Flash News

UMNO dah hancur Baru Nak Buat Mesyuarat Agung


KUALA LUMPUR: Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (JPPM) bersetuju memberi tempoh lanjutan pemilihan seluruh jawatankuasa, termasuk Majlis Tertinggi Umno dijalankan selewat-lewatnya 19 April 2019.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata JPPM bersetuju memberi tempoh lanjutan itu merujuk Fasal 10.16 Perlembagaan Pertubuhan.

“Fasal itu membenarkan penangguhan pemilihan di peringkat Majlis Tertinggi dalam tempoh tidak lebih 18 bulan dari tarikh yang sepatutnya diadakan, iaitu pada 30 April 2018,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, selaras itu, Majlis Tertinggi Umno menetapkan tarikh persidangan tahunan cawangan Umno dan Wanita, Pemuda serta Puteri dimulakan pada hari ini sehingga 10 Jun depan.

Katanya, mesyuarat Umno di peringkat bahagian pula ditetapkan pada 30 Jun ini dan semua persidangan ini dijalankan serentak dengan pemilihan parti di semua peringkat.

Tengku Adnan berkata, Umno menerima kebenaran daripada JPPM yang memaklumkan lanjutan pemilihan itu melalui surat bertarikh 31 Oktober 2017.


......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
https://telegram.me/mindarakyat
https://www.facebook.com/Mindarakyat

1 ulasan:

  1. Betoi dah tu, kalau tak rosak nak repair apernya. Kini bila dah rosak, barulah ada motivasi untuk betul2 repair kesemua yang sudah rosak. Kalau ada ikhlas tiada kerosakan yang mustahil untuk di baikpulih.

    BalasPadam