Header Ads

ads header

Flash News

Anggota UMNO dipelawa sertai PAS


ALOR SETAR, 16 Ramadan 1439H, Jumaat – PAS mempelawa anggota UMNO agar menyertai parti itu untuk membentuk gabungan yang kuat selepas parti berteraskan bangsa Melayu itu tewas besar pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) lepas.

Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, parti itu sentiasa membuka pintu kepada anggota UMNO untuk berbuat demikian kerana pada masa sama tidak mungkin parti itu akan membentuk kerjasama dengan UMNO.

“Saya sudah lama ajak mereka (UMNO) masuk PAS. Bila mereka sudah hilang kuasa pada PRU lalu, saya rasa sudah tiba masanya untuk mereka sertai PAS, bukan PAS yang akan sertai UMNO.

“Apa yang berlaku pada PRU lepas adalah kerana rakyat tolak Barisan Nasional (BN), jadi atas sebab itu kita buka pintu kepada BN dan UMNO untuk sertai PAS,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Himpunan Kesyukuran Pasca PRU14 di Kompleks PAS Kedah di sini, malam tadi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Anggota Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman bahawa UMNO dan PAS perlu bergabung dan membentuk kerjasama yang dapat memberikan cabaran kepada Pakatan Harapan (PH) dan dalam masa sama menjaga kepentingan Melayu.

Dalam perkembangan lain, Tuan Ibrahim menyatakan kesediaan PAS sekiranya dijemput untuk berada dalam jawatankuasa yang akan ditubuhkan kerajaan bagi melihat dan mengkaji semula peranan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

“Saya minta kerajaan kekalkan peranan Jakim selain mempertingkatkan jabatan itu. Jakim mendapat pengiktirafan dunia apabila cop halalnya diiktiraf seluruh dunia selain jabatan tersebut bertanggungjawab untuk menyelaras isu-isu agama Islam dan sistem perundangan negara,” katanya.

Sementara itu, diminta mengulas mengenai tawaran PAS kepada Pakatan Harapan untuk mewujudkan kerajaan gabungan di Kedah, beliau berkata, perkara itu disuarakan bagi mengelak berlakunya Pilihan Raya Negeri (PRN) berikutan isu perlantikan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Itu jalan keluar yang ada tetapi kalau mereka tidak terima kita sedia untuk hadapi PRN. Tetapi rakyat baru sahaja selesai mengundi jadi kalau boleh kita ingin elak PRN daripada berlaku, namun kita lihat sahaja keputusannya nanti,” katanya.

Sebelum ini, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Tun Mahathir berkata, timbul sedikit kesulitan berhubung pelantikan jawatan Speaker di DUN Kedah berikutan Pakatan Harapan (PH) yang membentuk kerajaan negeri memperoleh 18 kerusi DUN pada PRU14, menyamai jumlah 18 kerusi yang dimiliki PAS dan BN iaitu masing-masing 15 dan tiga kerusi.- Bernama


......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
Whatsapp MR | Telegram MR | Facebook MR

12 ulasan:

  1. Umno tidak akan tenggelam sepenuhnya meskipun kebanyakan krew terjun ke laut.

    Ini bermakna BN juga tidak akan tenggelam sepenuhnya.

    Ini bermakna 3 penjuru masih ada dan masih mampu memberikan tekanan.

    So selain misi memancing, misi selepas itu ialah mengurangkan penjuru agar tinggal 2 sahaja.

    BalasPadam
  2. Yaa.. PRN kita kalahkan Ph kita menangkan PAS takbirr... Ph = Bn

    BalasPadam
  3. Kapal amno sedang tenggelam tetapi sebilangan pemimpin amno masih berpaut pada kapal tersebut akhirnya mereka akan tenggelam bersama kapal amno.

    Orang yang bodoh akan berenang ke kapal pakatan lanun untuk dijadikan khadam.

    Orang yang cerdik akan berenang ke kapal PAS untuk menyertai perjuangan Islam supaya kita semua mendapat kejayaan di dunia dan akhirat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sy suka ayat ni 6.15

      ''Orang yang bodoh akan berenang ke kapal pakatan lanun untuk dijadikan khadam.''

      Kelakar tapi mmg ada betulnya

      Padam
  4. Di hadapan tuan puan terdapat dua pilihan sama ada tuan puan memilih:

    (1) ideologi buatan manusia sesat seperti sekularisme, liberalisme, pluralisme, nasionalisme dll yang bertentangan dengan ajaran Islam.

    (2) parti Islam PAS pimpinan ulama Islam yang telah menjadikan AlQuran, Sunnah, Qias dan Ijma' sebagai perlembagaan PAS dan garis panduan perjuangan politik Islam PAS.

    Maka perjuangan Islam PAS adalah jihad dan Allah membalas jihad dengan balasan syurga.

    Nota:

    Jangan dengar propaganda seorang mofti dan gengnya di utara yang bencikan perjuangan Islam PAS kerana beliau cintakan puak Islam liberal dan bersekongkol dengan tokoh Islam liberal dari luar dan dalam negara.

    BalasPadam
  5. Umno..tidak akan mundur atau patah semangat...Umno will bangkit InsyaAllah...Umno ditubuhkan dgn keringat. air mata dan darah nenek moyang orang Pas..so Umno perlu hidup subur demi menghargai perjuangan nenek moyang kita...Pas waktu tu tak wujud pun...lagi...so jgn sombong dan takbur..mcm mana pun Umno tak pernah tido sebantal berpeluk dgn Dap kafir harbi..Umno masih tebal Islamnya walau tak menunjuk2 Allah Maha Melihat..so tak payah orang Pas pandang rendah..adatlah..ada waktu kita di atas ada waktu kita di bawah...ada hikmahnya..kan...so kami..warga Umno berlapang dada. terima qada dan qadar Allah...dan kami tidak sesekali akan lemas atau mengalah..sbb Allah ada

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tak payah masuk umno, perlembagaan umno pun bknnya acuan islam pun. Parti dan semua pemimpin umno menentang islam serta mgajak semua org melayu menentang perjuangan islam yg telah membatalkan irar 2 kalimah syahadah rakyat. Hanya diri merasa syok masih islam. Fahami dan pelajari lah dgn mendalam ikrar kalimah syahadah serta 5 rukun islam itu.

      Padam
    2. Anon 6:43 PTG,

      Jika Umno masih tebal Islamnya konon, mengapa bilangan kilang arak bertambah, pusat judi di Genting Highland antara yang terbesar, pusat hiburan seperti disko, niteclub, rumah urut @ pusat pelacuran dll bersepah di zaman pemerintahan UMNO BN hingga sekarang?

      Walaupun UMNO tak pernah tido sebantal berpeluk dgn Dap , UMNO bersekutu dengan MCA, MIC dll yang bersikap anti-Islam.

      Selepas PAS menyertai BN, UMNO BN telah mengakhianati parti Islam PAS dalam tahun 1977 apabila UMNO BN mendaruratkan Kelantan pada akhir 1977 menyebabkan Kelantan berjaya dirampas oleh UMNO selepas PAS menyertai BN !

      Pemimpin-pemimpin PAS seperti Dr Burhanuddin al-Helmy juga menjadi mangsa penyalahgunaan ISA.

      Oleh sebab itu, sekarang PAS tidak mahu menjadi sekutu UMNO BN kerana menyertai UMNO BN bererti masuk perangkap UMNO BN sekali lagi.

      Padam
    3. Jika Umno masih tebal Islamnya , mengapa Umno menganut ideologi buatan manusia iaitu nasionalisme bukan ideologi Islam?

      Bukankah nasionalisme bertentangan dengan Islam?

      Bahkan pemimpin UMNO pernah menolak ajaran Islam seperti Hudud secara terbuka!

      Padam
  6. Ahli from umno je yer. Not the politician pls. Tapi klu mereka dh bertaubat alhamdulillah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rase politician pun OK...
      Xyah bg ape2 jawatan...
      Jd ahli je cukup...

      Padam
  7. bak kata tok aku..nah ambik ni lima sen..gi main jauh2

    BalasPadam