Header Ads

ads header

Flash News

Anwar Akui Pakatan Harapan Sukar Tunai Janji


KUALA LUMPUR – Setelah berjaya memenangi Pilihan Raya Umum ke-14 yang lalu, kerajaan Pakatan Harapan (PH) telah mengakui agak sukar untuk mereka menunaikan janji manifesto mereka secepat mungkin.

Oleh itu, kerajaan menggesa seluruh rakyat Malaysia untuk memahami keadaan ekonomi negara yang ketika ini dibebani dengan hutang besar yang ditinggalkan oleh kerajaan terdahulu.

Menurut Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kerajaan baharu di bawah pentadbiran Tun Dr. Mahathir Mohamad sedang berusaha sedaya-upaya untuk mengembalikan negara ke landasan tepat.

“Jadi kita harus terima kenyataan seperti Tun Mahathir memberitahu beberapa projek (manifesto) yang kita janji terpaksa ditangguhkan,” katanya dalam satu wawancara bersama Sinar Harian.

Anwar mendakwa, semua janji manifesto yang dibuat oleh PH sebelum ini adalah berdasarkan angka yang diberikan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) semasa pentadbiran mereka.

Justeru katanya, PH terpaksa menangguhkan beberapa perkara yang telah dijanjikan dalam manifesto setelah mengenal pasti angka sebenar hutang negara lebih buruk daripada yang diwartakan.

“Sekarang kita sudah menjadi kerajaan dan mendapati angka itu lebih buruk dari apa yang disebut.

“Sebab itulah unjuran kita kurang tepat,” ujarnya.

Bagaimanapun, Anwar mengakui bersyukur bahawa PH telah dipilih oleh rakyat untuk menjadi kerajaan bagi menangani masalah hutang negara ini.

Tambahnya, kerajaan mampu menyelesaikan masalah hutang negara ini sekiranya rundingan yang baik berjaya dibuat dengan pihak-pihak terbabit mengenai kos projek yang tinggi.

“Kita lihat kos projek adalah tinggi, sekiranya rundingan berjaya dibuat dengan pihak-pihak, sudah tentu kita mampu menyelamatkan berbilion ringgit,” katanya lagi.

Mengulas mengenai kerjasama yang dijalin dengan seteru lamanya, Mahathir yang bertanggungjawab memenjarakannya, Anwar berkata beliau seorang yang mudah memaafkan orang lain.

Jelas Anwar, ini merupakan masa untuk mereka dua meletakkan perkara tersebut di belakang dan bekerja bersama untuk membangunkan semula negara.

Anwar berkata, beliau tidak mengalam sebarang masalah mengenai perkara itu, melainkan isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Ismail dan anak- anaknya.

“Saya seorang yang mudah untuk memaafkan. Ini adalah masa untuk bekerja bersama- sama,”

“Mereka (keluarga Anwar) sangat beremosi apabila kami (Anwar dan Mahathir) banyak mengadakan rundingan secara serius, namun ianya sudah dijelaskan” katanya.

Dalam masa sama, Anwar ketika diminta mengulas sama ada beliau akan segera bertanding untuk menjadi ahli parlimen secepat mungkin, beliau berkata perkara itu tidak akan berlaku.

“Jangan risau, tiada apa-apa perkara yang berlaku dalam tempoh dua tahun ini,” ulasnya.

MR:
Kadang kala nampak macam Anwar ni 'bos' Harapan, semua perkara di nak jawab.

......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
Whatsapp MR
Telegram MR
Facebook MR

# Boleh pilih (klik) nak komen guna facebook atau blogger

11 ulasan:

  1. Mamat ni berbelit jugak

    BalasPadam
  2. Semua tahu berbohong atau memungkiri janji adalah nilai2 negatif yang perlu dipertanggung jawabkan.

    Sepatutnya akal mendahului emosi dan nafsu dalam membuat pilihan supaya pilihan berdasarkan realiti, bukan imaginasi.

    Bila emosi/nafsu menguasai pilihan, pilihan tidak lagi dipandu oleh akal tapi oleh emosi/nafsu.

    Bila emosi/nafsu tersasar memilih, hanya akal yang boleh mengesan kepesongan dan seterusnya kembali ke arah yang lurus.

    Tapi kalau emosi terus mendahului akal, akal tidak lagi reaktif, kaku dan beku.

    Dengan itu pembohongan dan pemungkiran akan terus mengaburi kebenaran.

    BalasPadam
  3. Bohong kuat puak ni ,,,, SeghoPHaaaa BN

    BalasPadam
  4. Orang yang tiada jawatan ini semakin melalak ke sana ke mari kononnya buat kerja. Jumpa Agong kononnya. Rakyat boleh kritik kerajaan kononnya. Bukan Islam boleh kritik syariah juga katanya. Kepala hotak dia. Siapa dia ? PM bukan, Peon pun bukan. Pengacau. Munafik. Setan.

    BalasPadam
  5. Wakil Al-Gore Dajjal Al-Masih.

    BalasPadam
  6. Woi ph mai kita buat pilihanraya smula d kedah..kita tgk apa nk jadi..dah speaker pun hampa x leh settle hahahaha
    Ada brani...ada brani..?

    BalasPadam
  7. Apakah jenis pemimpin-pemimpin pakatan yang hanya pandai menabur pelbagai janji manis dalam PRU14 tetapi sengaja enggan melaksanakan semua janji tersebut apabila pakatan memenangi PRU14?

    Bahkan mereka mencipta pelbagai alasan untuk memungkiri semua janji tersebut.

    Jawapan:

    Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah SAW bersabda, “Tanda-tanda orang munafik ada tiga, iaitu apabila dia berbicara dia dusta, apabila dia berjanji tidak ditepati dan apabila diberi amanah dia khianati.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

    BalasPadam
  8. Sukar tidak bermakna tidak boleh. Orang berjanji.. tak tunaikan.. antara ciri-ciri munafik..

    BalasPadam
  9. PH janji bulan dan bintang dalam manifestonya bila menang mula terkial-kial mencari alasan.

    BalasPadam
  10. Dapat kerajaan pun melalui pitnah. Berjanji bohong pulak tu hukumnya haram jadah. Termasuk dlm golongan munafik moden.

    BalasPadam
  11. Pakatan..krna nk menang dn kuasa demi nafsu serakah..snggup brjnji dgn sepenuh jiwa dan raga di tambah dan kekuatan fitnah yg sehebat rasa..fitnah yg bole dianggap terhebat dlm sejarah politik..fitnah dn cacian terhadap ulamak2 mmg x bole dimaaf..knwlaupn dh tau iany amat sukar di penuhi 100% tp nah sanggup berjanji haprak..pakatan..u r the lidah biawak man..the munafikin man..baik @ jahat ada r perhitungan dr Allah.

    BalasPadam