Header Ads

ads header

Flash News

Apakah kerajaan ketandusan tokoh peguam muslim, soal PAS


KUALA LUMPUR: Bantahan tegas PAS terhadap cadangan melantik Tommy Thomas sebagai Peguam Negara bukan kerana sikap anti non-Muslim.
“Saya lihat ada pihak cuba manipulasi bantahan majoriti umat Islam ini,” ujar Ketua Penerangan PAS Pusat, Ustaz Nasrudin Hassan menerusi laman Facebook.

Jelasnya, PAS tidak persoal ilmu, kemahiran dan profesionalismenya sebagai peguam yang handal.
Menurutnya, apa yang umat Islam bantah ialah cadangan pelantikan beliau ke platform Peguam Negara.

“Bukan bermakna lawyer yang handal, sesuai mengisi post rasmi sebagai penasihat undang-undang YDPA (Yang di-Pertuan Aging) dan Kerajaan Malaysia,” katanya lagi.

Beliau berkata, Malaysia kini menghadapi banyak isu mengenai kedudukan dan wibawa syariat Islam dalam negara.

Ini, ujarnya memerlukan Peguam Negara yang mampu memberi nasihat dengan tepat dan bertindak dengan bijak demi keutuhan Islam di Malaysia.

“Apakah Kerajaan Malaysia telah ketandusan tokoh peguam muslim yang berkaliber tinggi untuk mengisi post Peguam Negara?”tanya beliau.
......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
Whatsapp MR | Telegram MR | Facebook MR

6 ulasan:

  1. Raja-raja Melayu perlu tiupkan semangat umat Islam supaya bangkit menentang Tun Mahathir boneka kafir. Satu persatu keistimewaan dan kedudukan orang Melayu dipersoalkan dan diserang. Bermula dari UiTM , JAKIM , IKSIM dan kini Peguam Negara bukan Islam pula. Apa lagi selepas ini ? Jikalau kita berdiam diri maka naiklah tocang Talibaruy Kristian Evangelist ini.
    Saya syorkan kita buat Perhimpunan Solat Terawih dan Solat Hajat Besar-besaran di Dataran Merdeka dan menyuarakan kemarahan kita terhadap Tun Mahathir dan pulaukan dia dari sebarang upacara ugama Islam. Kita pulaukan si Munafik ini dan kita tentang dia habis-habisan. Minta Raja-raja Melayu semua bangkit dan menentang Regime kafir Mahathir.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul aku setuju kita buat perhimpunan solat tarawih dan solat hajat besar besaran didataran merdeka kita jangan berdiam diri tunjukan kita islam bersatu menentang orang munafik dan kafirun yang hendak menginjak nginjak islam ditanah melayu.

      Padam
  2. A votebot is a type of Internet bot that aims to vote automatically in online polls, often in a malicious manner. Votebots attempts to act like a human, but conduct voting in an automated manner in order to impact the result of the poll. A variety of votebot programs, targeted different kinds of services from normal websites to web applications, are sold online by individuals and groups.

    Komen:

    Jadinya jangan percaya sangat akan undian atas talian kerana ada banyak cara untuk memalsukan sebuah keputusan.

    BalasPadam
  3. Kita umat Islam berdiri teguh menyokong Yang DiPertuan Agong membela dan melindungi agama Islam, hak umat Islam dan negara ini.

    Tindakan rejim pakatan melantik peguam kafir yang bersikap prejudis terhadap agama Islam, institusi Islam seperti Mahkamah Syariah dan umat Islam adalah bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan seperti Perkara 3(1), Perkara 11(4), Perkara 12(2) Perkara 37(1) , Butiran 1 kepada Perkara 74, Perkara 121(1A) dan semua dasar yang menyentuh kepentingan Islam.

    BalasPadam
  4. Dahulu pemimpin-pemimpin pakatan sibuk mahu memecat peguam negara kerana kononnya peguam negara bersikap pro-BN.

    Sekarang rejim pakatan pula yang mahu melantik peguam kafir yang bersikap pro-pakatan menjadi peguam negara.

    Pemimpin-pemimpin rejim pakatan mempunyai lidah biawak cakap tak serupa bikin ! Dan semua janji pakatan telah ke laut !

    BalasPadam
  5. Jangan salahkan DAP bila Islam diinjak...tapi salahkan pemimpin Islam PH yang kamu sendiri undi kerana mereka jadi pasu bunga dan tangga kepada golongan kafir,munafiq,fasiq naik toncang ....mereka ini mempunyai strategi secara halus untuk meminggirkan Islam....Harapan ummah hanya kepada PAS yang konsisten dengan Islam dan sanggup hilang sokongan rakan rakan yang anti Islam demi meninggikan Islam

    BalasPadam