Header Ads

ads header

Flash News

Baling kasut kepada kucing, arkitek didenda RM2,000


KUALA LUMPUR: Tindakan seorang arkitek membaling kasutnya kepada seekor kucing jalanan di lobi lif kondominium membawa padah apabila dia didenda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret hari ini.

Majistret Wong Chai Sia menjatuhkan hukuman itu ke atas Zaini Othman, 59, selepas lelaki itu yang memakai kemeja bercorak petak serta seluar slack dan kelihatan sugul mengaku bersalah atas pertuduhannya.

Mahkamah turut memerintahkan Zaini selaku Orang Kena Saman dipenjara 2 bulan jika gagal membayar denda. Dia membayar denda itu.

Zaini didakwa secara tidak wajar menakutkan seekor kucing berwarna hitam dengan membaling menggunakan kasut miliknya di tingkat 1, Lift Lobi Intan Tower Maskiara Residence, Jalan Datuk Sulaiman, Taman Tun Dr Ismail, antara jam 6.40 petang dan 6.43 petang, 20 September 2017.

Pertuduhan mengikut Seksyen 44(1)(a) Akta Binatang 1953 dibaca bersama Akta Binatang (Pindaan) 2013 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 44(1) akta sama membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya.

Ketika rayuan, Zaini yang tidak diwakili peguam dalam nada tersekat-sekat menahan tangisan memberitahu mahkamah dia tidak tahu perbuatannya itu merupakan satu kesalahan dan merayu tidak dikenakan hukuman penjara kerana mahu menyambut hari raya Aidilfitri minggu hadapan.

Bapa kepada 3 orang anak itu juga memberitahu dia berpendapatan rendah serta tidak tetap dan memohon kasutnya yang digunakan untuk membaling kucing itu yang diambil penguatkuasa veterinar dipulangkan kepadanya.

Pegawai Pendakwa Jabatan Perkhidmatan Veterinar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Mohd Sharif Sabran memohon hukuman berat dikenakan mengambil kira lelaki itu melakukan perbuatan tidak wajar kepada seekor kucing yang tidak mempunyai kebolehan untuk berkata-kata dan tidak mempunyai pemilik.

Mengikut fakta kes, seorang penghuni kondominium itu menerima satu rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan kezaliman terhadap binatang iaitu yang menunjukkan tertuduh membaling kasutnya kepada kucing itu.

Dalam video itu jelas menunjukkan kucing tersebut dalam ketakutan apabila cuba melarikan diri dari Zaini yang mengejarnya dan beberapa kali membaling kasut ke arah kucing tersebut lalu pengadu membuat laporan polis.

MR : Kalau semua rakyat prihatin, rasanya negara akan menjadi aman damai..


......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
Whatsapp MR | Telegram MR | Facebook MR

# Boleh pilih (klik) nak komen guna facebook atau blogger

1 ulasan:

  1. Ambil port akan perbuatan jiran tetangga itu baik tapi jangan sampai terlalu menjaga tepi kain orang atau sampai menyalahgunakan fungsi jabatan tertentu. Sivic minded juga harus mengambil kira impak ke atas hubungan sesama insan dan ketenteraman umum.

    BalasPadam