Header Ads

ads header

Flash News

BN sudah sampai garis penamat… UMNO kena bangkit sendiri


Rasanya siapapun tidak perlu nak berdolak dalik lagi.Barisan Nasional yang ditubuhkan pada 1973 dari asalnya Perikatan kini sedang berhadapan dengan situasi ‘gone case’.

Malah sejak pilihanraya umum ke 14 melabuhkan tirai pada 9 Mei lalu ada yang sudah membilang hari hayat gabungan 13 buah bekas parti pemerintah itu.

Ini terbukti bila situasi di Sabah bergegar dengan tindakan UPKO kemudian LDP dan seterusnya diikuti PBS dan PBRS keluar dari BN pada hari pertama,kedua dan ketiga sejurus selepas pilihanraya umum.

Pada Selasa pula menyaksikan empat parti di Sarawak PBB,PRS,PDP dan SUPP angkat kaki dari BN untuk tubuh Gabungan Parti Sarawak (GPS) untuk bergerak sendiri.

Ia bukanlah satu langkah mengejut kerana ramai pemerhati politik sudah menduganya dalam lanskap politik terkini.

Ibarat kata semuanya kena berpijak di bumi nyata dan mencari dahan untuk bergayut.

Di semenanjung MyPPP yang berdepan kemelut dalaman juga sudah keluar dari komponen.

Dari 13 anggota komponen BN kini tinggal empat sahaja yakni UMNO,MCA,MIC dan Gerakan.

UMNO kekal menjadi komponen terkuat dan parti tunjang yang mempunyai jumlah ahli Parlimen terbanyak yakni 54.

Sebaliknya MCA tinggal satu iaitu Parlimen Air Hitam ,MIC dua Tapah dan Cameron Highland manakala Gerakan pula tiada Ahli Parlimen langsung.

Prestasi MCA,MIC dan Gerakan yang ‘hancur lebur’ ini satu hal.

Apa yang paling menjolok mata ialah kajian mendapati BN cuma dapat 2.4 peratus sahaja undi kaum Cina dalam PRU14.

Walaupun UMNO tidak dapat pertahan 88 kerusi yang dimenangi pada PRU13 dan tinggal 54 kerusi Parlimen namun undi orang Melayu pada parti itu tetap steady.

Harapan untuk melihat MCA yang menang 7 kerusi pada PRU13 , MIC  4 kerusi  dan Gerakan 2 kerusi dapat bangun semula pada PRU14 tidak kesampaian.

Inilah antara situasi yang ramai kalangan ahli dan pimpinan UMNO nampak BN selaku sebuah gabungan tidak ada masa depan lagi.

Siapa saja yang realistik terpaksa membuat kesimpulan pedih itu.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Nazri Aziz secara terbuka kata pemimpin-pemimpin BN perlu menerima hakikatnya jenama gabungan itu tidak lagi boleh dipasarkan.

Katanya sukar untuk mempertahankan BN sekarang ini di Malaysia Barat apabila MCA, MIC dan Gerakan tidak lagi diterima rakyat.

“Parti seperti MIC, MCA dan Gerakan sudah dikalahkan begitu teruk dan tidak mungkin dalam masa singkat ini mereka boleh bangun semula.

“Kalau mereka tidak boleh bangun semula, bagaimana BN hendak berfungsi. Kita kena terima hakikat, BN sudah tidak boleh pergi dah,” katanya.

Beliau mencadangkan agar BN dibubarkan untuk mencari hala tuju baru dikemudian hari.

Katanya  pimpinan BN perlu melihat contoh Parti Perikatan yang dibubarkan pada 1973. Gabungan ad hoc itu, yang diasaskan pada 1957 di Tanah Melayu, dibubarkan selepas beberapa siri rundingan dengan parti pembangkang dan kemasukan Gerakan, MyPPP dan PAS pasca tragedi 13 Mei 1969.

“Kena buat macam dulu, apabila Perikatan lemah, terus bubar Perikatan dan tubuhkan BN. Kemudian jemput parti lain bergabung bersama. BN ini sudah 45 tahun, saya ingat ini yang terbaik,” katanya.

Beliau melihat dari sudut positif empat parti Sarawak meninggalkan BN dan menubuhkan gabungan sendiri dan begitu juga halnya dengan UMNO di Malaysia Barat.

“Dalam PRU akan datang kita boleh bersama dengan parti gabungan Sarawak ini untuk tubuh kerajaan di peringkat Pusat. Itu yang terbaik,” katanya.

Kalangan pemerhati sendiri melihat UMNO tiada pilihan lain kecuali bergerak guna kekuatan sendiri untuk bangkit semula.

Sekalipun kini cuma berkuasa di dua negeri Perlis dan Pahang namun pegangan 54 kerusi Parlimen adalah satu kekuatan yang tidak boleh dipandang ringan oleh lawan.

Apa lagi kalau nak dibandingkan dengan PAS yang juga pegang dua negeri Kelantan dan Terengganu cuma ada 18 Ahli Parlimen,

PPBM pula yang pengerusinya Tun Dr Mahathir Mohamad pegang jawatan Perdana Menteri cuma ada 13 kerusi Parlimen dan bergantung hayat pada kekuatan gabungan bersama PKR DAP dan PAN.

Siapa sangka PPBM,parti kecil yang bermula dengan keadaan tidak meyakinkan boleh menjadi kuasa besar hari ini.

Begitu juga PKR yang bermula dengan protes penyingkiran Datuk Seri Anwar Ibrahim boleh sampai tahap sekarang sekalipun ambil masa 20 tahun.

Bagi kalangan pemerhati dalam arina politik yang terkenal dengan istilah nothing is impossible segala kemungkinan menanti UMNO di depan.

Pentasnya luas terbentang.Apa yang penting semua rapatkan saf dan elak perpecahan khususnya semasa pemilihan UMNO pada 30 Jun ini agar parti terus utuh.

Untuk mengharungi segala cabaran.dalam situasi sekarang setelah 61 tahun tidak pernah kalah semua ahli kena berpegang kepada ayat...sendiri mau ingat


......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
Whatsapp MR
Telegram MR
Facebook MR

# Boleh pilih (klik) nak komen guna facebook atau blogger

7 ulasan:

  1. Pada PRU 15 perlawanan sebenar adalah di antara Islam dan sekutunya menentang Harbi dan sekutunya. Itulah hakikat akhir zaman. Samada kita bersedia atau tidak, mahu atau tidak, suka atau tidak, kita sedang menuju kepada al-mahamah al-kubro. Tiada lagi pemisah kaum cuma ada pemisahan agama. Umat Islam akan berpecah kepada pro Islam atau anti Islam.

    BalasPadam
  2. masa susah ni baru tahu sapa kawan menangis dan sapa kawan ketawa..masa ada kuasa negeri yg di kuasai parti islam di nafikan hak hak peruntukan..skrg Allah dan tarik kuasa...apa macam

    BalasPadam
  3. Pakatan mencapai kemenangan dalam PRU14 dengan menabur:

    (i) pelbagai janji palsu untuk menipu rakyat supaya rakyat mengundi pakatan.

    (ii) pelbagai fitnah untuk menghasut rakyat membenci dan menolak semua parti lawan seperti parti Islam PAS pimpinan ulama Islam.

    Maka kita tidak merasa hairan melihat pakatan menentang dan menolak RUU anti-berita palsu kerana pakatan tidak boleh memenangi PRU14 tanpa berita palsu.

    Apabila rejim pakatan ditubuhkan, rejim pakatan telah menunjukkan ciri-ciri munafik dengan memungkiri semua janji pakatan sendiri.

    Bilangan MP kafir adalah lebih ramai dari bilangan MP Melayu dalam rejim pakatan menyebabkan pemimpin-pemimpin Melayu termasuk PM sendiri terpaksa mengikut telunjuk pemimpin-pemimpin kafir.

    Sekarang kita melihat puak munafik sekular liberal dan puak kafir harbi semakin berani melakukan provokasi terbuka terhadap agama Islam dan umat Islam. Musuh-musuh Islam ini semakin berani menfitnah, menghina dan memburuk-burukkan ajaran Islam, institusi Islam, ulama Islam, Agong dll dan menafikan hak umat Islam dan mereka mahu menghapuskan institusi Islam seperti JAKIM, jabatan agama Islam, mahkamah Islam dll.

    Rejim pakatan telah, sedang atau akan memecat kakitangan awam termasuk ustaz dan ustazah yang terdiri dari kaum Melayu Islam seolah-olah rejim ini anti-Islam dan anti-Melayu.

    Peguam negara Melayu dipecat dan digantikan dengan peguam kafir dengan alasan konon kaum Melayu Islam tidak bermoral. Sebilangan hakim Melayu juga diarahkan meletakkan jawatan. Selepas ini apa pula ?

    Semua ini berlaku kerana sebilangan pemimpin UMNO BN adalah penganut sekular tegar yang didakwa terlibat dalam pelbagai skandal menjadikan Islam sebagai makeup sahaja dan mereka lebih suka orang ramai terutamanya kaum muda hanyut dalam pelbagai program hiburan yang bersifat hedonistik yang amat melalaikan kaum Melayu sehinggakan mereka memandang remeh kepada agama Islam dan hak umat Islam.

    Sebilangan orang Melayu jahil murakkab sekular liberal telah mengundi parti sekular liberal dan parti kafir harbi yang menentang agama Islam tanpa berfikir secara kritikal.

    Akibatnya terbentuklah rejim pakatan yang sedang menindas agama Islam dan kaum Melayu Islam maka pengundi-pengundi pakatan akan berdosa besar setiap kali rejim pakatan melakukan kezaliman dan akhirnya mereka akan dihumbankan ke dalam neraka.

    Firman Allah dalam Surah al-Ahzab ayat 66-67- Maksudnya :

    Pada masa muka mereka dibalik-balikkan dalam neraka, mereka berkata (dengan sesalnya): “Alangkah baiknya kalau kami dahulu (semasa di dunia) taat kepada Allah serta taat kepada Rasul. Dan mereka berkata lagi: “Wahai Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mematuhi kehendak ketua-ketua dan orang-orang besar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan yang benar.

    Maka kita bersetuju dengan Anon 16 Jun 2018 10:55 PG bahawa PRU15 adalah perlawanan sebenar di antara Islam dan musuh Islam di mana:

    (i) umat Islam yang cintakan Allah dan RasulNya akan menyokong dan mengundi parti Islam PAS pimpinan ulama Islam dan UMNO (jika UMNO ikhlas kembali kepada ajaran Islam).

    (ii) puak munafik sekular liberal akan menyokong parti munafik sekular liberal dan parti kafir harbi yang telah menentang, menghina, menfitnah dan memburuk-burukkan ajaran Islam dan menafikan hak umat Islam.

    Sekarang kita melihat orang-orang kafir bersatu menentang agama Islam dan menafikan hak umat Islam termasuk kaum Melayu Islam. Jika umat Islam termasuk kaum Melayu Islam berpecah belah, umat Islam akan menjadi lebai malang menang sorak kampung tergadai.

    Jika jika parti sekular liberal dan parti kafir harbi memenangi PRU15, umat Islam di negara ini akan menerima nasib malang seperti Melayu Singapura di mana pemerintah kafir atau proksi kafirnya menindas agama Islam dan umat Islam.

    Insaflah wahai umat Islam dan kembalilah kepada ajaran Islam dan bersatulah menyokong dan mengundi parti Islam PAS pimpinan ulama Islam dalam PRK, PRN dan PRU15 untuk membela dan melindungi agama Islam dan hak umat Islam dan rakyat di negara ini.

    BalasPadam
  4. Kita di PAS tolak PH kerana syariat Islam bukan agenda utama pemerintahan..kumpulan PH ini x yakin kerajaan Islam adalah kunci kejayaan dunia & akhirat..yg ada hnya parti amanah yg dilihat mesra Islam ttp mereka ini sgt lemah & tidak tegas, hnya bersandar pd penerangan secara lemah lembut kpd non muslim tp itu tidak akan mbawa Islam mjd kuat..matlamat parti amanah adalah utk mjatuhkn BN, kini matlamat mereka sudah tcapai, so next apa matlamat mereka? Lebih baik PAS bersendirian utk bjuang kerana Islam dri bsama kumpulan yg kt x bole buat apa2 ttg Islam..PAS bukan parti pasu bunga

    BalasPadam
    Balasan
    1. Pan adalah khadam politik yang bernaung di bawah parti kafir harbi yang telah menghina ajaran Islam dan menafikan hak umat Islam maka adalah mustahil untuk PAN memperjuangkan Islam.

      Bahkan abang besar parti kafir harbi telah menggunakan pan untuk melemahkan atau menghapuskan perjuangan Islam dan parti Islam.

      Maka pan hanya berfungsi sebagai pasu bunga berdiam diri setiap kali puak kafir harbi menghina Islam dan umat Islam semata-mata kerana pan mahu mendapatkan undi dari puak kafir harbi maka Islam tidak penting bagi pan.

      Bahkan sikap pemimpin-pemimpin pan yang menantang atau menghina ajaran Islam dan membela atau menyokong LGBT, atheis, pluralisme, feminisme, liberalisme, sekularisme yang bertentangan dengan Islam dan seorang pemimpin pan telah menghina Allah membuktikan pan bukan parti Islam. Pan seolah-olah menganut 'Islam' liberal.

      Kita juga menolak pakatan kerana pakatan terdiri dari parti-parti sekular liberal dan parti kafir harbi yang telah menentang dan menghina ajaran Islam dan menafikan hak umat Islam.

      Dan sekarang kita menyaksikan puak munafik sekular dan puak kafir harbi sedang mendesak rejim pakatan untuk menindas agama Islam dan umat Islam dan ramai kakitangan awam termasuk ustaz dan ustazah dari kaum Melayu Islam menjelaskan lagi sikap rejim pakatan.

      Padam
  5. Pembetulan komen 1.00 ptg:

    Pan adalah khadam politik yang bernaung di bawah parti kafir harbi yang telah menghina ajaran Islam dan menafikan hak umat Islam maka adalah mustahil untuk pan memperjuangkan Islam.

    BalasPadam