Header Ads

ads header

Flash News

Bubar UMNO masuk Pas dan bernaung dibawah satu parti


KOTA BHARU- Aktivis politik veteran Kelantan, yang mendapat jolokan nama Tok Batin Menyumpit mengajak umat Islam bersatu dalam satu parti dengan mengamalkan mawaddah (sifat kasih sayang) dalam politik sambil berkata, “kita tiru tindakan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata, sejak lebih 28 tahun Kelantan diperintah oleh PAS, pihaknya tidak nampak ada hubungan (mawaddah) wujud di antara parti Pas dan Umno biarpun terdapat Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) di negeri ini.

“Kita ajak orang Melayu supaya berbalik semula kepada Islam kerana apabila kita tinggalkan cara Islam, ertinya kita sudah terlajak.

“Apabila kita terlajak, kita tidak percaya kepada Islam dan apabila tidak percaya kepada Islam, kita tidak percaya kepada al-Quran, tidak percaya kepada Nabi Muhammad dan tidak percaya kepada ALLAH…ini cukup bahaya,” kata beliau kepada pemberita  selepas menhadiri majlis ifthor bersama anak yatim di Hotel D Veana di sini hari ini.

Tok Batin Menyumpit berkata, sebagai umat manusia, mereka diminta menjaga Islam kerana ajaran agama itu cukup sempurna termasuk melalui demokrasi Islam.

Menurutnya, dalam politik, manusia perlu menghubungkan politik dengan Nabi Muhammad iaitu apabila menyebut nama Nabi Muhammad SAW, ia mengingatkan umat terhadap politik Islam.

“Dalam sembahyang, kita menyebut salam ke atas Nabi Muhammad biarpun Nabi tiada waktu kita solat, namun kita diajar ada hubungan rapat manusia dengan Nabi,” katanya.

Aktivis politik itu berkata, bagi melaksanakan mawaddah dalam kedua-dua parti (Pas-Umno) berkenaan, beliau ada membuat cadangan kepada pimpinan  UMNO  di FB nya sebelum ini.

“Saya tulis begini kepada pimpinan UMNO, kita tiru tindakan Dr Mahathir (Tun) buat kepada Parti Semangat 46 iaitu semasa Parti Semangat 46 nak masuk Umno dulu, Dr Mahathir kata bubar Parti Semangat 46.

“Begitu juga jika Umno mahu berbaik dengan Pas setelah kerajaan UMNOBN tumbang kini, kita juga mahu bubar dasar kebangsaan dalam Umno, kita (Pas) masukkan dasar Islam, bubar Umno, apa kurangnya dengan Islam,” katanya.

Katanya, Dasar Kebangsaan itu pertamanya adalah ajaran dari Eropah dan keduanya, Islam mampu menjamin manusia ke pintu syurga.Pihak pimpinan UMNO tidak perlu fikir panjang dah sebab UMNO tunggu masa sahaja untuk berkubur. Jika UMNO betul betul Ikhlas nak lihat Islam diperkasakan dan MELAYU bersatu, maka PAS lah wadah terbaik masa kini. Pas membuka pintu luas seluasnya menerima kemasukan ahli UMNO.Hentikan politik permusuhan dan kebencian. Marilah kita bersatu atas paksi ISLAM.

Syed Hassanullah Bin Syed Kuning

https://www.facebook.com/groups/625023094246556/permalink/1703476686401186/


......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
Whatsapp MR | Telegram MR | Facebook MR

25 ulasan:

  1. Ku Nan dah hntar notis henti bayaran kpd umno di bawah.Jelas sekali dedak dah abis setelah pencen 60 menyusul.Tak bangkit dah sebab semuanya berasaskn dedak.Fikir2kn

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kawe berpandangan dana UMNO bukan kehabisan, untuk menyelowkan penyusutan sbb kadar yg keluar akan melebihi kadar yg masuk. Berbeda dgn sebelum di mana kadar masuk mungkin 3-4x ganda dari kadar yg keluar.

      Bakali la.

      Padam
  2. tak join pon tak paa janji undi .. tak lama dah kurang dari 1800 hari jeee bang.. prk parlimen mana tah lagi dekat...

    BalasPadam
  3. PAS jgn sombong sangat dengan umno dulu masa dengan DAP kafirun tidur sebantal boleh je bertolak berasnsur demi Islam kenapa tidak cuba berbaik supaya negara boleh ditadbir dibawah pemerintahan islam sepenuhnya.Jangan terlalu bangga dengan merampas Terengganu dan kekalkan kelantan.Bangga la bila negara Malaysia dibawah pemerintahan islam sepenuhnya.

    BalasPadam
  4. sepatutnya Pas yng masuk Umno.sbb Umno dah wujud sebelum merdeka..apasalahnya kamu berkorban..tak nak pun tak pe..tp masuk BN...mcm parti Mca Mic Gerakan..dan parti dari Sarawak..kita benamkan PH laknatullah tu..yng terdiri dari kafir harbi dan munafik...mcm mana cadangan saya....
    waktu pru nanti kita bahagi kerusi...buat mcm PH..bila Pas bertanding BN sokong..Bila BN or Umno bertanding PAs Sokong...demi ummmah..demi Islam..demi tanah air... berkorban Allah akan membalas atas sikap saling tolong menolong utk menyelamatkan akidah rakyat Malaysia
    InsyaAllah..ganjaran kat akhirat yng kita nak kan...bukan habuan di dunia ..mcm PH..now jgn mimpi lah semua manifesto mereka dah ke laut...mereka kan guna Mahathir utk screw Melayu.. so jgn lah kita berharap Mahathir... Mahathir sebelum mati dia nak boboi.. anak dia jadi PM
    dia nak anak2 dia yng billionaire duit lebih bnyak mcm firaun..
    dan nak pastikan kroni2 boleh sambung menyamun.. tanpa tender terbuka dan bila bangkrap senyap gitu jer.. faham tak

    BalasPadam
    Balasan
    1. UMNOlah yang sepatutnya dibubarkan dan ahlinya menyertai parti Islam PAS pimpinan ulama Islam kerana kerana parti Islam dan perjuangan Islam tidak wajar menjadi pengikut parti sekular nasionalisme.

      Padam
    2. masih tak sedar diri umno nii

      Padam
    3. Umno... Umno... sedahlah... dah x relevan dah parti ketuanan sekarang. Parti bangsa semata2 yang x ada Roh Islam

      Padam
    4. UMNO n Pakatan Harapan Sama saja. Pilihan terbaik adalah PAS!!!

      Padam
    5. Apa yang saya perhatikan suasana politik dari zaman tok guru lagi PAS lebih sanggup berdakapan dengan Dap dari Umno.Saya dari selangor begitu kecewa dengan tindakan Pas mempertahankan elizabeth wong sewaktu skandal eli meletup dulu..dan rampasan arak di seven eleven shah alam juga Pas membiarkan Hassan Ali terkorban.Bila Pas keluar dari pakatan harapan saya sangat gembira dan sekarang menunggu Pas untuk membuat barisan baru dengan umno demi memurtabatkankan islam dinegara Malaysia.Pas dan umno tidak perlu dibubarkan tapi disatukan dibawah satu barisan iaitu barisan Islam.

      Padam
    6. Tgk sejarah beb dl pas masok bawah parti perikatan. Apa umno buat dekat pas dl. Nak masok bn plak? Mmg idok laaa

      Padam
    7. Semua pemimpin umno mgajar ahli2nya spya menentang islam dan membatalkan keislaman mereka selama 60thn. Pemimpin2 umno hnya dlm kepala hotaknya nk baham duit projek sbb nk kaya seorg, bantu rkyat pun ibarat sambil myelam minum air. Lps tu nk cekik darah rkyat sampai mampus. Baik ke umno ni?

      Padam
  5. Elok cadangan bubar Umno tu kerana nama sudah tercemar pada PRU14 oleh generasi muda.Antara sbb PAS ditolak di Pantai Barat kerana fitnah UG dgn UMNO.Ikhlas saya ckp.

    BalasPadam
  6. Fakta menunjukkan, pertembungan tiga penjuru di pantai timur satu kelebihan buat Pas.

    Sebaliknya pertembungan tiga penjuru di pantai barat beri kelebihan besar pada PH.

    Justeru pilihan terbaik buat Umno adalah:

    1. Masuk Pas di pantai barat dan selatan bagi mengimbangi kuasa PH.

    2. Masuk PH di pantai timur bagi mengimbangi kuasa Pakatan Sejahtera

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bila kita membaca cadangan "Masuk PH di pantai timur bagi mengimbangi kuasa Pakatan Sejahtera", aku berpendapat cadangan ini adalah cadangan bahaya untuk menghapuskan perjuangan Islam yang dibawa oleh parti Islam PAS.

      Kita perlu berhati-hati dengan musang berbulu ayam yang memberikan cadangan negatif untuk memusnahkan perjuangan Islam yang dibawa oleh parti Islam PAS pimpinan ulama Islam.

      Nampak puak Abdullah bin Ubai masih wujud di dalam abad ke-21 ini.

      Padam
    2. koi rasa umno ni payah dah nak bangkit sbb perjalanan operasi nya kebanyakan di enjinkan dgn duit..tadak duit kerja tak jalan.dato nan pun dah kuar surat perkelilng mengatakan duit utk operasi di seluruh negara dah tarakk..

      Padam
    3. aku rasa mung ni jenis tak dok matlamat perjuangan...

      Padam
  7. oh..yer k...tp Umno tak pernah tido sebantal ngn Pas...tu mulianya Umno..dan 60 tahun Umno menjadibtunjang negara...Islam terus makmur dan subur kan...dan jgn sbb pemimpin yng tamak.. Umno disalah ertikan.. masih ada..ramai pemimpin yng ikhlas dan berlatar belakangkan Agama dlm...inilah Pas...mcm arwah Nik Aziz..sombong melangit...dgn Umno haram belaka...tp dgn Dap kafir harbi tu boleh pulak..kan..tak pe Allah ada..InsyaAllah..Umno dan BN akan bangkit semula sbb dlm Umno ramai yng berkebolehan...bukan mcm Pas..dah menang bnyak kerusi pun kt Selangor suruh gak Azmin jadi MB kt Selangor dah tu..ramai gak orang Pas yng rakus..mcm Mat Sabu..Husam...Khalid Samad...so jgn kondem Umno jer..dah namanya manusia..ada nafsu..ada keinginan..pangkat harta..itu lah senjata iblis nak lalaikan manusia..jadi jgn kutuk Umno..tanpa Umno kita masih dijajah..tanpa Umno kita masih merempat... so..jgan sombong jgn bongkak..mcm Umno ni tak ada buat kebaikan langsung...ingatlah...bila kita tak reti berterimakasih maksudnya kamu tu sombong bongkak..mcm iblis laknatullah...tak nak tak pe..tp tolong jgn kutuk Umno sbb Umno tak pernah nak kutuk atau mendoakan keburukan utk Pas...ingat now akhir zaman..Allah byr cash

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sorry silap Umno tak pernah tido sebantal dgn Dap

      Padam
    2. Apabila kita membaca komen 1:20 PTG seolah-olah kita membaca iklan sabun cap X.

      Walaupun konon Islam terus makmur dan suburkan di bawah pemerintahan UMNO BN tetapi kita melihat pusat maksiat seperti niteclub, disko, pusat urut @ pelacuran, kedai judi dll bersepah di seluruh negara kecuali Kelantan dan Terengganu.

      Akibatnya terbentuk generasi muda yang tergila-gilakan hiburan dan memandang remeh terhadap ajaran Islam. Akibatnya mereka undi pakatan kerana jiwa mereka kosong mudah diperdayakan oleh pakatan.

      Pemimpin-pemimpin UMNO BN berada di mana di waktu rakyat dilanda kesukaran hidup dan pelbagai masalah? Adakah cukup hanya berlakon di hadapan rakyat sebelum PRU 14 ?

      Bahkan pusat judi di Genting Highland adalah di antara pusat judi yang terbesar.

      Mungkin UMNO BN juga berbangga dengan bilangan kilang arak di negara kita.

      UMNO BN juga mungkin berbangga dengan pembinaan bangunan dan perumahan pada harga mampu tengok sahaja.

      Rakyat hidup menderita kerana GST dan kenaikan harga minyak dan tol dll yang mencetuskan kenaikan harga barangan dan perrkhidmatan.

      Pemimpin-pemimpin UMNO BN pula sibuk dengan pelbagai projek yang berharga berbillion atau berpuluh billion ringgit tanpa memikirkan kemampuan negara untuk membayar balik hutang tersebut. Akhirnya rakyat yang akan memikul biawak hidup !

      Banyak lagi keburukan UMNO BN jika kita mahu tulis.

      Sekarang pakatan dan UMNO BN pun dua kali lima sahaja ! Sama saja ! Tabur janji palsu.

      Padam
    3. Ada org cakap ph baru aje ambilalih putrajaya, janji serta merta tu kena tggu pulak sampai hujung thn nk pru15 sbb projek nk mjnta sokongan pgundi.

      Padam
  8. Tak payah bubar UMno, tinggalkan saja Umno tu dan join Pas, tak payah isi borang Pas pun takpa nanti Umno akan terkubur sendiri, jom kita berjuang bersama-sama demi memartabatkan kembali Islam yang telah banyak tercicir selama 60 tahun di bawah UmnoBn. Tunggu apa lagi dalam Umno yg dah mula mereput tu, biarkan dia tumbang sendiri bersama -sama mereka yang masih ingin berpaut dengannya.

    BalasPadam
  9. Apa yang menjadi kehairanan ialah mengapa UMNO masih mengaku udah berusia 60 tahun...padahal udah mati dibunuh sewaktu krisis TM ngan TR. Yang hidup sekarang ni UMNO baru...

    BalasPadam
  10. Rupa2 nya set2 umno ni msh x sedor diri lg..tetap sombong..ada plok yg jenih bodo bengong ungkit psal arwah TGNA sombong..bangang pnya umno..

    BalasPadam