Header Ads

ads header

Flash News

Bukan muslim ada hak bahas undang-undang syariah kata Anwar


Bukan muslim di Malaysia mempunyai hak untuk membahasakan dan mempertimbangkan undang-undang yang dikenakan terhadap orang Islam.

Ini kerana, kata Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, undang-undang berkenaan juga boleh memberi kesan kepada bukan muslim.

Dalam wawancara bersama The Star, Anwar merujuk contoh perbahasan berhubung usul meminda bidang kuasa Mahkamah Syariah.

Kata Anwar, meskipun sesuatu undang-undang dilihat hanya dikenakan ke atas orang Islam, orang bukan Muslim juga boleh terkesan.

"Mereka (penyokong rang undang-undang itu) bercakap seakan-akan kita semua orang Islam dan orang lain tak perlu peduli.

"Mereka (buka muslim) mempunyai hak untuk peduli," katanya merujuk rang undang-undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU 355 yang diusulkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

"Sebarang perundangan, meskipun kelihatan hanya memberi kesan kepada orang Islam, tidak dapat tidak akan turut mempengaruhi orang bukan Islam, maka mereka ad hak untuk ikut serta," tambah Anwar.

Jelas Anwar yang mengambil maklum kebimbangan orang bukan Islam terhadap usul berkenaan, kebimbangan itu adalah dari bagaimana ia akan memberi kesan terhadap mereka.

"Mereka bimbang ia akan djadikan alat menceroboh kehidupan peribadi seseorang. Kita perlu mempertimbangkan isu ini," katanya dipertik sebagai berkata.

Anwar berkata, PKR menghormati hak Abdul Hadi sebagai anggota parlimen bagi membentangkan RUU itu, namun PKR menekankan bahawa anggota parlimen lain perlu diberi peluang untuk bahas, pinda atau menolah RUU berkenaan.

"Ini kerana apa yang dibentangkan bukan hudud, dan kedua, ia adalah terjemahannya (Abdul Hadi) sendiri," katanya.

Dalam wawancara itu, Anwar menggesa orang awan meneliti pendirian PKR berhubung RUU 355 dengan lebih dekat, yang terlah dikeluarkan dalam bentuk risalah bertajuk Pemerkasaan Perundangan Syariah di Malaysia yang dimuat naik di laman web parti itu.

"Kami bukan liberal yang menolak untuk melaksanakan prinsip Islam.

"Kami meweakili nurani Islam, namun kami tidak mewakili Islam konservatif model lama yang mahu memaksa orang lain menerima tafsiran tertentu," katanya.


......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
Whatsapp MR
Telegram MR
Facebook MR

# Boleh pilih (klik) nak komen guna facebook atau blogger

10 ulasan:

  1. Kepada pemimpin pemimpin PAS jangan melenting, apa yang DSAI syorkan tu adalah satu opportunity besar untuk PAS berdakwah dan berhujah tentang kebaikan kebaikan yang akan dibawa jika RUU355 diluluskan. PAS boleh diberi satu platform untuk berdialog dan berdiskusi di media mainstream seperti Astro Awani, TV3. Allah dah beri ruang yang luas untuk menyebarkan Islam. Berilah kesedaran pada orang ramai bahawa PAS bukan menggunakan dakwah untuk mencapai cita cita politiknya tetapi PAS menggunakan politik untuk berdakwah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Opportunity ?! Opportunity untuk orang kafir hentam orang Islam dan Hentam syariah adala !

      Nak bahas apa jikalau dua kalimah syahadah pun tak lepas. Umpama seorang yang tidak tahu anatomy berbahas tentang isu pembedahan !
      Ya ia akan melibatkan orang lain. Tapi perbahasan perlulah ada sandaran ilmu dan amal !

      Padam
  2. Kefahaman dan penerimaan adalah dua perkara berbeza. Apabila ada kefahaman, ada peluang untuk penerimaan.

    Namun kefahaman bukan jaminan akan ada penerimaan. Kefahaman tanpa penerimaan tidak akan ada pelaksanaan.

    Makanya kalau pelaksanaan perlu menunggu akan adanya kefahaman dan penerimaan yang penuh, ia mungkin berlaku bila kucing telah bertanduk.

    BalasPadam
  3. Undang-undang Islam akan beri kesan ke atas non muslim. .. tp pesta arak dan aktiviti maksiat x beri kesan pada umat Islam ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu la dia....double standard

      Padam
  4. Dasar libral pandai pusing nnt akhirat pusinglah

    BalasPadam
  5. Hanya upgrade pun Anwar Penin ,, patutPa lambat lg jd pm

    BalasPadam
  6. Orang kafir bebas campurtangan dalam urusan agama Islam, mengapa orang kafir meroyan histeria sakan jika kita campurtangan dalam urusan agama kafir?

    Jika orang kafir bebas memfitnah dan menghina agama Islam dan umat Islam, memgapa pula orang kafir melabel umat Islam sebagai rasis apabila umat Islam membela agam Islam dan hak umat Islan?

    Jija kedai dobi Muslim dikutuk oleh puak kafir dan talibarut Melayu mereka, mengapa pula puak hipokrit ini berdiam diri dengam istilah 'Chinese Only' dll?

    Nampaknya orang kafir mengamalkan double standard dan sikap prejudis dan hipokrit terhadap umat Islam dan agama Islam.

    BalasPadam
  7. Dah banyak kali dialog, penerangan, diskusi yang TGHH & PAS buat, boleh cari di youtube. Sebenarnya bukan masalah non muslim boleh membahaskan @ tak perkara ni, tapi kome yang tak mau laksana RUU td.. cakap siang2 kan senang, hehe

    BalasPadam