Header Ads

ads header

Flash News

Dr Maza baru sedar menipu pengundi itu haram


Setiap satu perkara yang dijanjikan dalam manifesto parti politik wajib ditunaikan kerana kegagalan dalam melaksanakannya disifatkan sebagai satu penipuan.

Mufti Perlis, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin berkata, tindakan menyenaraikan pelbagai janji manis dan popular bagi meraih undi sedangkan sedar mereka tidak mampu melakukannya menyebabkan perbuatan tersebut haram.

“Penipuan sering berlaku dalam musim pilihan raya. Antaranya mempamerkan manifesto bohong yang pihak meletakkan itu sendiri mengetahui bahawa mereka tidak mampu melaksanakannya.

“Demikian memberikan maklumat palsu mengenai calon yang disokong ataupun yang ditentang. Dengan maklumat yang palsu itu maka pengundi akan tertipu dan membuat keputusan yang salah,” katanya menerusi akaun Facebooknya baru-baru ini.

Kerajaan pusat yang ditunjangi Pakatan Harapan mengakui sukar menunaikan Janji 100 Hari Pakatan Harapan yang menjadi manifesto gabungan itu pada pilihan raya umum lalu dengan alasan kedudukan kewangan negara kini dalam keadaan buruk.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, kemenangan Pakatan Harapan membawa beban yang amat besar kerana membuat pelbagai janji kepada rakyat supaya kehidupan rakyat menjadi lebih bahagia daripada sebelumnya.

Katanya, janji tersebut dibuat berasaskan pengetahuan yang tidak mencukupi kerana tidak tahu setakat mana kerosakan yang berlaku dan mendapati bahawa walaupun sudah berbuat janji dalam jangka masa 100 hari, mereka akan tunaikan 10 perkara tetapi tidak terlaksana.

Sementara itu, Mohd. Asri turut menguatkan hujah tersebut dengan dua hadis Nabi Muhammad.

“Sesiapa yang memperdaya kami (kaum Muslimin) maka dia bukan dalam kalangan kami. Tipu daya dan tipu helah itu dalam neraka.

“Sesiapa yang memberikan pendapat untuk saudaranya dalam sesuatu perkara sedangkan dia tahu bahawa kebaikan itu pada perkara yang lain (pendapat lain) maka dia telah mengkhianatinya,” kongsi beliau kepada pengikutnya di media sosial.

Hadis tersebut dipetik daripada Riwayat al-Tabarani dan Ibn Hibban serta Riwayat Abu Daud. - UM

MR : Pelik bagi seorang Mufti yang sebelum ini dengan jelas berkempen untuk Harapan dan bersetuju dengan manifesto Harapan menolak idea mudarat besar dan mudarat kecil akhirnya cuba mengelak diri atas janji-janji sebelum PRU. Malah Mufti ini dengan jelas menyokong bekas ketua penyamun dengan menutup mata atas kesalahan ekonomi dan agama pemimpin tersebut.

Hairan seorang Mufti tidak memahami janji palsu dengan janji benar. Tidak memahami persepsi dengan kebenaran. Tidak boleh menguasai 'aqidah' sesuatu pertubuhan.


......
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
Whatsapp MR | Telegram MR | Facebook MR

19 ulasan:

  1. Suka dengan komen Ust Zaharuddin pasal Dr Maza.. "Dia Memang Kontrovesi Selalu"...

    BalasPadam
  2. Senang citer beginilah. Derang itu adalah majoritinya kapiaq, tak timboi isu halalan toyiba yakni kalau derang cakap mohong sekalipun, tak ada perasaan bersalah buat derang. Amacam orait?

    BalasPadam
    Balasan
    1. PAYAH CITER KALAU GINI .ISLAM merupakan agama yang paling meluas dianuti di Malaysia sebanyak 64.3%. Selebihnya adalah agama lain yang dianuti orang Malaysia adalah Buddha (20.2%), Kristian (7. 3%), Hindu (6. 5%)


      Padam
  3. PAN bersubahat dengan penipu.Berbanggalah dengan gelaran YB dan gaji haram tu jika anda bukan kalangan BERTAQWA.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju dgn saudara..pan la spesis yg paling celaka..memfitnah no satu..snggup menjadi pengkhianat Islam semata2 nk kuasa dn berbaik dgn kuffar dap..pan kamu dipertnggngjwb sepenuh nya jika Islam cuba dijatuhkan oleh golongan munafik dan kuffar. .jwab ke kamu..

      Padam
  4. pengundi 5 juta x der hal pun. Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin hanya mewakii golongan minoriti ISLAM yg tahu ttg tipu helah meraih undi itu dalam neraka.

    BalasPadam
  5. Bile tok peti gong berbunyi...

    BalasPadam
  6. PH yang menipu janji manifesto ini siapa pula...masih pemimpin melayu juga ke ?!!!..rakyat fikir sebelum membuang undi...mereka ini tidak menipu,suci dari rasuah,tidak menyamun harta rakyat dsb...mereka percaya dan beriman puak kafir lebih baik,lebih jujur,lebih amanah hahaha...

    BalasPadam
  7. Pusat judi haram adalah perosak. Sama macam perasuah dan penerimanya adalah perosak.

    Dalam hal rasuah, bukan saja Mokmeen ambil berat malah Mutu dan AhLong pun ambil berat atas hal rasuah.

    Berbeza dengan pusat judi haram macam cendawan lepas hujan yang mana hanya Jamal saja yang ambil kisah.

    Bukan saja ambil kisah tapi dalam 26 juta kepala, hanya Jamal sorang yang sanggup tido lokap kerananya.

    BalasPadam
  8. Drpd tinggalkan hutang 1 trilion dan berkata "oooh msia ok lagi" sdgkan dlm diam 60% tanah dah terjual.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalu terjual ke cina malaysia aku percaya, kalu terjual ke china tanah besar sebanyak 60% tu menipu...agak2lah nak wat komen

      Padam
  9. Selama ini seorang mofti di utara sibuk mengutuk, menghina , memburuk- burukkan dan menfitnah perjuangan parti Islam PAS menegakkan agama Islam dan membela hak umat Islam menyebabkan kita berfikir mofti ini mempunyai masalah hati hitam berkarat.

    Tindakan mofti tersebut bersahabat dengan puak Islam liberal dan menyertai forum puak liberal bersama-sama dengan tokoh-tokoh liberal yang sesat lagi menyesatkan seolah-olah mofti ini mempunyai kecenderungan kepada Islam liberal.

    Tindakan mofti ini menyokong pakatan yang terdiri dari puak sekular liberal dan puak kafir harbi yang menentang dan menghina ajaran Islam dan menafikan hak umat Islam menyebabkan kita meragui integriti mofti tersebut.

    Akhirnya mofti ini membuat kejutan besar apabila dia cuba menghalalkan umat mengundi calon-calon kafir sedangkan Allah dan RasulNya, Al-Qur'an dan jumhur (majoriti) ulama telah mengharamkan umat Islam mengundi calon kafir menjadi pemimpin.

    Tindakan mofti yang tidak bertanggung-jawab ini boleh mempengaruhi sebilangan umat Islam untuk mengundi pakatan dalam PRU14.

    Akibatnya, pakatan berjaya membentuk rejim pakatan untuk memerintah negara dan memungkiru semua janji pakatan dalam PRU14.

    Sebaik sahaja rejim pakatan memerintah negara , puak munafik sekular liberal dan puak kafir harbi sudah mula berani melakukan provokasi terhadap umat Islam , agama Islam, Yang DiPertuan Agong dan institusi Islam.

    Ini bererti jika rejim pakatan melakukan kezaliman, kemungkaran dab kesesatan, pengundi pakatan dan mofti tersebut juga turut berdosa.

    BalasPadam
  10. baguihlahh kalu dah sedaq,buktikan anda dah sedaq dgn kalam dan perbuatan

    BalasPadam
  11. Haram apa haram...Puak PH ini babi yang di sembelih pun nak mintak fatwa boleh makan atau tidak.


    BalasPadam
  12. jgn takot en. u punya post tak dak org amek punya so hayun en. hayun...

    BalasPadam
  13. Kalau saya webmaster blog ni tak payah le kita nak bagi air time kat Dr. MAZA ni. Lagi diberi liputan lagi naik ego dia. Kita jaga tingkah laku kita biar dia dengan ego dia tu. Dia jadi macam tu pasal kita layan dia macam dia sorang saja mufti kat Malaysia ni.

    BalasPadam
  14. sebenar nya mp cina di mlysia ni lebih kurang byk tu aja. namun apabila parti melayu islam pecah pada lima.maka mp melayu islam dah tak menjadi majoriti..sebenarnya mp cina dan bumiputra sabah dan serawak lah yg menjadi king maker bagi pollitik di malaysia ini selagi melayu islam tidak bersatu maka selagi itulah kita akan gagal memerintah kembali..startegi ini lah yg di gunakan oleh org2 kapir dlm menakluki putrajaya..ternyata startegi yg bertahun2 di usahakan org mereka telah menunjukan hasil nya

    BalasPadam
  15. Percaya la perancangan Allah terbaik.Bila semua islam bersatu dinegara ini kafir tidak akan bersuara dan berkutik lagi.Undang undang islam hudud akan dikuatkuasakan.Sila la sentap wahai semua orang kafir dan islam munafik terutama yang berada dalam parti Punah Harapan @ PH.

    BalasPadam